BAB 1

327 27 0
                                    

OZAN FALEEQ



TAK lama aje lagi, aku akan balik ke Malaysia. Cepat betul masa berlalu. Lima tahun rasa macam lima jam aje. Rasa macam baru aje sampai Korea dan menikmati Tteokbokki, dah kena balik. Sebenarnya, aku rasa teruja nak balik ke rumah sebab dah lama tak balik. Walaupun aku hanya dapat kebebasan sewaktu berada kat Korea, tapi aku rindulah nak makan makanan Malaysia. Terutamanya, nasi Vanggey!

Lagipun, aku dah mula rindu kat semua orang tapi... Hati rasa tak sedap pula nak balik. Macam ada hidden agenda.

Ini semua salah Hakim. Kalau dia tak cakap pasal Elena dan mama... Hati aku mesti tenang, otak aku tak akan mereka plot yang bukan-bukan!

"Sebaik aje kau sign dokumen yang aku hantar tu... Kau officially COO Omami Foods. Selangkah aje lagi untuk jadi CEO."

Aku memegang dokumen yang baru aku terima. Tak sempat nak honeymoon selepas habis belajar... Dah kena mula kerja. Mama dan baba... Memang tak bagi aku peluang langsung. Lepas ni agaknya apa pula yang dia orang aturkan untuk aku?

Kahwin?

Takkan soal permaisuri hati pun mama dan baba nak tentukan? Benda lain aku boleh ikut, tapi soal hati... Please stay away! Sepatutnya dia orang jadikan aku CEO. Jadi, semua benda Ozan Faleeq yang punya. Dia orang tak boleh masuk campur dah.

Malangnya...

Kenapa surat lantikan ni setakat jawatan COO? Sepatutnya... Dia orang lantik aje aku jadi CEO terus! Siapa lagi yang bakal memegang jawatan tu pun kalau bukan aku? Agenda apa pula dia orang kali ni?

"Kenapa baba tak lantik aku terus jadi CEO aje? Bukan ini ke yang dia dan mama nak aku buat seumur hidup aku? Kalau aku jadi CEO, semua kuasa ada kat tangan aku. Bolehlah aku buat apa yang aku nak buat..."

"Sebab dia orang tu faham sangat kepala otak kau. Datuk Owais tak nak lepaskan jawatan CEO selagi kau belum kahwin. Dia takut perempuan yang kau pilih tak boleh nak bantu kau uruskan syarikat dengan baik. Macam dia dan Datuk Fateen la. Duo... Yang hebat!"

Aku mengeluh...

Dah agak!

"Ah... Memang hebatlah bila baba tu pak turut dan mama yang buat semua keputusan. Aku tak nak duo macam tu. Aku nak isteri aku duduk rumah, jaga aku dan jaga anak-anak. Dan bila malam... Isteri aku bersandar pada bahu aku sambil sembang pasal masa depan dan pasang impian bersama."

"Aku rasa kau dengan angan-angan kau bakal menjadi kenyataan..."

"Sebab?"

"Aku nampak Elena kat ofis Datuk Fateen."

Ah, sudah...

"Serius la?"

"Silap hari bulan, kau balik nanti... Bukan aje meraikan kepulangan kau dan kerja baru kau tu tapi... Mungkin meraikan sekali majlis pertunangan kau."

"Hah? Not again! Sempat ke aku lari?"

"Sampai bila kau nak lari, Ozan? Kau tak boleh lari selagi kau masih duduk di bawah bumbung rumah Datuk Fateen tu. Anyway, aku ucap tahniah dulu. Aku probably tak akan ada pada majlis tu nanti. Sebab aku kena pergi JB. Datuk Owais suruh aku finalise kan agreement untuk opening new factory. Kilang tu kena siapkan cepat... Itu kiranya kau punya legasi."

Tak guna...

Tak guna betul.

Sepatutnya kawan...

Kenalah tolong kawan!

MR. GROOMWhere stories live. Discover now