OZAN FALEEQ
JARANG agaknya orang asing bersalin kat sini. Asal nampak aku aje...
"Aisyaui nampyeon (suami Aaisyah)..."
Nampyeon (suami).
Nampyeon (suami).
Tak sudah-sudah.
Aku bukan suami dia, tapi...
Sorang pun tak nak dengar cakap aku. Nak kata kawan pun bukan, apa lagi nak kata suami. Aku cakap bahasa Korea pun tak faham... Cakap bahasa Inggeris pun dia orang salah anggap. Cakap Melayu lagilah!
Haih...
Kenapalah aku tak tunggu aje ambulans tu datang tadi? Kalau aku tunggu... Tak adalah aku kena hadap macam-macam hari ini.
Paling tak boleh lupa...
Part lap tuala tu kat...
Huh...
Hilang sakit aku derma darah tadi!
"Helo... Kau sakit ke?"
Baru nak keluar dari hospital tu...
Aku dapat panggilan daripada Hakim.
Sahih...
Sahih dia nak bising kat aku sebab aku caj kan kad syarikat sebanyak 25 ribu tadi. Aku tak ada pilihan sebab... Kad tu aje yang unlimited. Nak keluarkan tunai, nak kena ke bank. Nak tak nak aku swipe ajelah. Aku tak nak duduk kat hospital ni lama-lama.
"Taklah."
"Tapi kad..."
"Kau kan lawyer aku. Tapi, kenapa... Kadang-kadang kau macam akauntan aku eh? Nanti aku bayarlah balik. Aku malas nak keluar cash. Tu sebab aku terpaksa swipe kad syarikat. Kau pun tahu, aku bukan belanja yang bukan-bukan."
"Kau buat apa dengan 25 ribu? Kau buat apa kat hospital? Kau sakit ke? Perlu ke aku cakap dengan Datuk Fateen?"
"Neon michyeoss-eo (kau gila ke)?"
"Dulu, mungkin aku tak faham maksud tu. Tapi, aku dah belajar tau. Kau kata aku gila kan? Gila apa pula. Betul apa. Kalau kau sakit..."
"Bukan aku la."
"Dah tu, siapa?"
"Kawan jiran sebelah rumah aku, dia bersalin dan aku... Tolong dia."
"Pula!"
"Hari ini aku buat kerja gila sampai gila aku dibuatnya."
"Apa yang kau dah buat?"
"Tadi... Tiba-tiba pintu rumah aku diketuk dan aku pun bukalah. Perempuan tu mengerang sakit, aku ingatkan apa. Rupa-rupanya dia nak bersalin. Aku call 119 tapi, ambulans lambat datang dan jeritan dia semakin kuat. Lepas tu, dia pengsan pula. Nak tak nak, terpaksalah aku drive dan bawa dia pergi ke hospital sendiri."
Itulah permulaannya...
"Sampai kat hospital, satu hospital ni ingat aku ni suami dia. Aku cuba untuk terangkan dalam semua bahasa tapi satu bahasa aje yang dia orang faham iaitu... Aku ni suami Aaisyah. Dia tak boleh cakap sebab dia dah pengsan."
"Aaisyah?"
"Ya... Nama perempuan tu Aaisyah."
"Kau tak call husband dia ke?"
"Tak. Sebab dia tak ada husband."
"Hah?"
"Kawan dia beritahu yang dia tak ada husband."
YOU ARE READING
MR. GROOM
Storie d'amoreSemua ini sebab mama. Kalau dia tak sibuk nak tunangkan aku dengan Elena, aku tak akan ikut idea gila Olive tu. "That's it... Kahwin kat sana dan bawa balik bini. An arranged bride. Balik sini, terus jadi CEO. Habis cerita. Tak ada siapa boleh kacau...