"Tuan, dia dah sampai."
Randika mengangguk sekali sebelum bangun dari duduknya. Daripada tadi dia hanya bersenang-lenang di salah satu bilik yang terdapat dalam markas. Tangan menyeluk poket seluar. Sepuntung rokok dikeluarkan dari kotak dan disua ke mulut. Api dinyala lantas dihisap perlahan.
"Tuan Randika..." namanya diseru kuat apabila figuranya kelihatan. Lelaki itu hanya santai melangkah bersama anak-anak buahnya di belakang.
"What's up, dude? Apa lagi masalah kau?" Soalnya dingin. Asap rokok dihembus santai.
"Apa masalah?" Lelaki itu berdecit sinis.
"Macam mana kau berniaga eh? Tahu nak untung je!" Bentak Taufiq kasar. Dia elok bersandar di keretanya.
Randika hanya memerhati dengan tatapan tajamnya. Langsung tak tergugat dengan amukan lelaki itu.
"Aku dah bayar dengan harga sepatutnya, tapi kenapa apa yang aku dapat tak sama macam expectation aku?! Apa guna anak buah ramai kalau seorang pun tak boleh nak buat kerja elok-elok?! Senjata api yang kau jual kat aku, tak cukup! Tak elok!" Marah Taufiq lagi. Wajahnya nampak benar sedang menahan bara dalam hati.
Perlahan-lahan Randika melangkah ke arah lelaki itu.
"Kau cakap apa? Anak buah aku tak buat kerja?" Suaranya kekal kasar dan dingin.
"Shafiq..." panggil Randika.
Shafiq di sebelah Randika daripada tadi mula membuka mulut, "kalau macam tu, serahkan semua senjata api yang dijual tu, biar kita orang yang periksa betul atau tak apa yang kau tuduh!"
Taufiq kelihatan terkulat-kulat sendiri. Tiba-tiba mulutnya kelu untuk bersuara.
Suasana sepi sebentar. Mata Randika masih tidak beralih dari memandang tajam lelaki di hadapannya.
"Kau nak cakap aku menipu ke?!" Bentak lelaki itu lagi.
"Kita orang tak cakap macam tu pun. Aku cuma minta kau serahkan balik senjata api tu semua, biar kita orang sendiri yang periksa! Apa yang susah sangat?! Bagi je lah!" Shafiq sudah mula naik angin. Hampir sahaja dia hendak menyerang Taufiq jika tidak dihalang oleh Randika.
"Kau pergi baliklah, jangan buang masa aku." Halau Randika kepada Taufiq. Sungguh dia tiada masa hendak melayan lelaki itu. Rokok dihisap sehingga habis, puntungnya dilempar ke tepi.
"Eh, apa masalah kau hah?!" Taufiq mara ke arah Randika dan mencekak kolar baju lelaki itu. Randika hanya beriak kosong.
Anak-anak buah lelaki itu sudah mengacu pistol ke arah Taufiq apabila merasakan bos mereka dalam ancaman.
Tiba-tiba ketawa Randika kedengaran. Sinis.
"Kau sentuh aku, sepuluh orang akan pastikan nyawa kau di tangan mereka." Matanya meliar melihat anak-anak buahnya yang sedang bersedia untuk menyerang. Dia mengangkat tangannya memberi isyarat supaya mereka menurunkan senjata.
Hampir serentak, pistol disimpan semula.
"Just straight to the point, kau nak apa?" Soal Randika. Muak pula dia dengan drama lelaki itu.
"Duit. Aku nak kau bayar balik ganti rugi. Aku nak duit aku balik! Jual beli dengan kau tak berbaloi langsung!" Amuk Taufiq lagi.
Randika mengukir senyum sinis. Dia menjatuhkan kepala berkali-kali.
"Irdan..."
"Iya tuan?"
"Give him what he wants."
"Baik, tuan." Irdan mengundurkan diri.
Taufiq sudah tersenyum suka. Tak lama lagi... makan besar lah dia...
Randika memusingkan tubuh membelakangkan Taufiq sebelum dengan pantas dia mengeluarkan pistol yang tadi berada di poket belakang seluarnya, dia menembak ke langit. Mendengarkan itu, anak-anak buahnya terus mengeluarkan senjata mereka untuk memulakan serangan.
Taufiq yang tidak sempat mempertahankan diri mula kalut apatah lagi melihatkan konco-konconya ada yang sudah terkulai layu akibat diserang mengejut dari anak-anak buah Randika.
Irdan dengan cepat mengeluarkan pistolnya menembak salah seorang konco Taufiq yang ingin menyerangnya. Tepat peluru mengena dada kiri lelaki itu. Irdan tersenyum puas.
Taufiq yang sudah gelabah mula mengeluarkan pistol di dalam keretanya dan diacu ke arah Randika. Randika hanya diam sahaja. Shafiq yang melihatkan keadaan itu mula mengacu senapangnya ke arah Taufiq. Sekali peluru tembus ke tubuh Randika, akan dia pastikan berpuluh-puluh peluru tembus tepat ke otak Taufiq.
Sesekali mata Taufiq meliar melihat konco-konconya yang sudah tumbang.
'Cis, lemah!' Marah Taufiq dalam hati. Disebabkan dia terlalu leka melihat sekeliling, pistolnya terbang jauh ditendang oleh Randika. Lelaki itu mara ke arah Taufiq. Leher lelaki itu dicekik sekuatnya sebelum satu tumbukan kuat hinggap di pipi lelaki itu. Berkali-kali sehingga terpercik darah ke muka Randika. Randika duduk melutut di tepi Taufiq yang sudah tersungkur lemah di atas lantai.
Pisau lipat yang disimpan di dalam poket dikeluarkan. Raut wajah Taufiq sudah pucat lesi. Air liur diteguk payah.
"Tak seronoklah kalau kau mati sekarang, kan?" Pisau lipat itu dimain-mainkan di pipi Taufiq.
"Lain kali... kalau nak menipu..."
"Tengok orang dulu."
"Kau jangan lupa..." ditekankan sedikit pisau lipat itu ke dalam pipi Taufiq. Darah pekat mula mengalir lesu keluar dari pipinya.
"Kau tengah berhadapan dengan aku..."
"Randika..." ditekan lagi kuat pisau itu. Jeritan sakit Taufiq mula kedengaran kuat di segenap ruang itu.
"Daniel!" Ditarik keluar pisau yang sudah terbernam dalam pipi lelaki itu dengan kasar.
"Argghhhhhhhhhhh!" Kuat jeritan Taufiq.
Randika tersenyum sinis. Pistol dikeluarkan semula dan diacu di dahi Taufiq.
Bang!
Bang!
Dua buah peluru tembus tepat ke dalam kepala lelaki itu. Terpercik darah merah ke muka dan baju Randika. Tangannya juga sudah berlumuran darah lelaki itu. Seketika dia ketawa sinis.
"I really miss doing this." Matanya terhala ke arah sekeliling yang penuh dengan mayat-mayat yang bergelimpangan.
"Campak mayat tu semua dalam gaung." Arah Randika. Sepuntung lagi rokok dikepit di bibir sebelum dibakar. Asap dihembus mengena wajahnya.
'Beware the power of the dark side.'
YOU ARE READING
Lost In Revenge (TERBIT)
Romance[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuan...