Part 1

34.4K 1.2K 14
                                    

Kepalanya ditunduk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kepalanya ditunduk. Lelaki yang berada di hadapannya dipandang hormat.

"Selamat pagi, Tuan Dika." Sapanya hormat. Lelaki itu hanya menganggukkan kepala sekali sebelum melangkah masuk ke dalam kereta mewahnya.

"Tuan Dika ada nak ke mana-mana ke sebelum kita pergi office?" Soal Irdan selaku personal bodyguard lelaki itu. Dia sudah berkhidmat selama 7 tahun, sejak dirinya berumur 21 tahun lagi. Dan kini dia sudah berumur 27 tahun bermakna sudah lama dia kenal bosnya itu. Randika Daniel. Walaupun majikannya itu seorang yang beku dan tegas, dia tetap berasa bangga dengan pencapaian Randika dari semasa ke semasa. Dialah yang ada ketika lelaki itu susah dan senang sehingga Randika berjaya membuka syarikat perhotelan dengan usaha kerasnya sendiri. Disebabkan itu, dia langsung tiada niat untuk mencari kerja lain. Bekerja dengan Randika sangat menyenangkannya walaupun kadangkala susah untuk memahami perangai lelaki itu.

"Tak." Sepatah sahaja dia membalas. Matanya ralit menghadap telefon pintarnya.

Irdan hanya mengangguk sebelum menekan pedal minyak lantas meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Sejujurnya, dia tidak kecil hati langsung dengan kedinginan Randika dalam melayaninya kerana walaupun begitu, lelaki itu tetap menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya, tetap mengambil berat apa sahaja berkaitan pekerja-pekerjanya terutama dirinya sendiri. Randika sangat murah hati, kadang-kadang kerja yang disuruh tidaklah terlalu berat tetapi gaji yang diberi sangat lumayan. Apabila ditanya, lelaki itu akan berkata, anggap sahaja itu sedekah.

Sampai sahaja di hadapan pintu masuk Royal Inn Hotel, seorang lelaki iaitu penyambut tetamu, membuka pintu penumpang belakang dengan berhati-hati.

Lelaki yang berkacukan Melayu-Indonesia itu keluar dari kereta selepas dibuka pintu. Tangan membetulkan kot yang dipakai, disapu lembut debu yang berada di lengan kotnya sebelum membuka langkah masuk ke dalam hotel tersebut dengan penuh karisma. Mata-mata yang memandang tidak dihiraukan. Pekerja-pekerja yang menyapanya hanya dibiar sepi tidak dibalas. Semua orang di situ tahu dengan sikap dingin Randika Daniel, membuatkan mereka sudah lali jika kemesraan mereka tidak dibalas oleh lelaki itu. Randika Daniel kan? Apa dia peduli pasal orang lain?

Dia terus melangkah masuk ke dalam lif khas untuknya sahaja. Tiada seorang pekerja pun mempunyai akses untuk masuk ke dalam lif itu tanpa keizinannya, jika tidak mahu dikenakan hukuman. Hukuman yang diberi juga bukan biasa-biasa sehingga boleh melibatkan nyawa.

"Selamat pagi, Tuan Dika." Personal assistantnya iaitu Arif menyapa hormat kepada majikannya apabila terlihat lelaki itu bergerak ke bilik CEO. Seperti biasa, Randika hanya mengangguk sekali sahaja.

Tablet berbentuk segi empat itu diambil sebelum mengikut langkah Randika dari belakang.

"Apa jadual aku hari ini?" Soal Randika serius. Dia melontarkan pandangan ke luar tingkap dengan tangan yang dimasukkan ke dalam poket seluar.

Lost In Revenge  (TERBIT)Where stories live. Discover now