Part 6

24.1K 1K 14
                                    

"What?!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"What?!"

Nyaring suara seseorang memenuhi ruang pejabat itu. Lelaki yang duduk di atas kerusi dengan tangan yang diletakkan di atas meja, jari di tangan kiri ralit bermain dengan cincin di jari tengah tangan kanannya. Mata masih menatap sepasang mata lain di hadapannya dengan tatapan tajam. Langsung tidak tergugat dengan jeritan nyaring tadi.

"Kenapa aku?! Seriously, Dika?! Why?!" Dia masih cuba untuk menjelaskan ketidakpuasan hatinya.

"Why not?" Balas lelaki itu dingin. Reaksinya hanya kosong.

Dia hanya mengeluh perlahan. Memang lah, lelaki di hadapannya ini memang langsung tiada perasaan. Susah hendak berbincang kalau begini.

"Kenapa aku yang kena hadap perempuan tu? Kenapa tak kau? Bukan ke kau tertunggu-tunggu masa ni tiba? Dan sekarang ni dah sampai masa, kenapa tak nak tunjuk muka terus dekat dia? Biar dia tahu lelaki yang dia pijak-pijak seolah-olah tak ada maruah ni sekarang berada di atas pula! Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah!" Hati yang berbara sehabis baik cuba ditenangkan. Mengenangkan itu, hatinya terasa sakit.

"It's not the time yet." Pendek sahaja balasan lelaki itu.

Shafiq semakin mengerut keningnya. Susah lah nak faham lelaki ni!

"Kalau aku muncul awal-awal, tak seronoklah. Permainan masih panjang." Ujarnya sinis. Raut wajah hanya kosong tapi dalam hati, berombak rasa amarah, dendam dan benci. Tangan digenggam kuat. Gigi diketap rapat sehingga bunyi berlaga kedengaran. Urat-urat mula timbul di sekitar dahi pelipisnya.

"Lepastu, kau nak suruh aku pula hadap dia sekarang ni? Eh kau tahu tak, tengok muka dia pun aku tak boleh tau sekarang. Risau ni ha..." telapak tangan ditunjuk ke arah Randika. "Takut telapak tangan ni melekat je kat muka dia nanti!" Shafiq merengus kasar.

"Aku suruh kau buat benda simple je. Hadap dia dan jawab semua soalan dia. Itu sahaja. Apa masalahnya?" Arahan semudah itu pun susah nak ikut!

"Masalahnya, aku tak boleh hadap dia! Lepas apa yang dia buat kat kau, dengar nama dia pun aku menyampah lah!" Balas Shafiq dengan penuh perasaan marah.

"Yang kena tu aku, yang kau emo lebih ni kenapa?" Naik pening dia dengan kawan baiknya ini.

"Memanglah kau yang hadap, masalahnya, mata ni ha... mata ni saksi kau tersungkur lemah disebabkan perempuan tu! Mulut ni juga, berbuih nasihat dan beri semangat kat kau! Dan telinga ni... dah tak sanggup dengar tangisan kau yang tak berhenti mengharapkan dia!"

Terdiam Randika seketika. Dia menelan liur payah. Apa yang dikatakan Shafiq memang betul. Dia pernah memujuk, merayu supaya perempuan itu kembali, malah dia sanggup memberi seluruh yang dia ada untuk gadis itu, namun cacian, makian dan pengkhianatan sahaja diterimanya. Pengkhianatan yang maha hebat. Takkan pernah dia lupa peristiwa itu sampai bila-bila. Hanya dia tahu apa yang dia alami. Sakit, perit, luka yang ditinggalkan takkan pernah sembuh walaupun sudah 11 tahun berlalu. Parut yang dipalit masih segar seolah-olah baru sahaja berlaku.

Lost In Revenge  (TERBIT)Where stories live. Discover now