"Dia nak jumpa kau."
Sebaris ayat yang baru sahaja dia dengar sering bermain-main di fikirannya kini. Kepalanya tidak berhenti berfikir. Lidah menolak dinding pipi dari dalam. Jari masih seperti biasa, bermain-main dengan cincin di jari tengah tangan kanannya.
"Kau dengar tak ni aku cakap?"
Randika mendengus kasar.
"Untuk?" Dia yang tadi berdiri menghadap tingkap mula mengambil tempat di kerusi empuknya.
Shafiq mengangkat bahunya sekali.
"Dia cakap nak minta maaf pasal bapak dia."
Randika berdecit sinis.
"Minta maaf? Dia minta maaf?" Randika menggeleng kepala sekali.
"Wujud ke perkataan maaf dalam hidup dia? Bibir dia tu tak pernah sebut perkataan maaf walaupun sekali seumur hidup. Buang tabiat ke nak minta maaf sekarang?"
"Mungkin." Balas Shafiq.
"She looks different." Sambung Shafiq.
"Maksud kau?"
"Dia nampak lain. Pemakaian dia tetap sama tapi... personality. Lain. Tapi tak tahu lah kalau itu semua lakonan."
"Jangan mudah percaya. Dia tu pandai mengaburi mata-mata jantan sampai jatuh dalam genggaman dia." Dia mengaku dia juga nampak perubahan pada gadis itu ketika mereka bertembung tempoh hari. Namun dia tidak mahu mempercayainya lagi. Cukuplah dia pernah tertipu dan dia akan pastikan dia takkan jadi seperti dulu lagi.
Shafiq mengangguk kepalanya bersetuju dengan kata-kata Randika.
"Pergilah jumpa dia."
Randika memandang Shafiq tajam. Tatapannya sangat dingin.
"Bila lagi kau nak jumpa dia? Inilah masa kau nak munculkan diri. Peluang dah ada depan mata."
Lelaki itu hanya diam.
"Ke kau takut? Takut jatuh cinta semula kat dia?" Sambung Shafiq diselangi tawa kecil. Sinis.
"Tak. Aku cuma takut..."
"Aku hilang sabar tengok dia nanti. You know me, right?" Dia mengukir senyum sinis.
Meremang pula bulu roma Shafiq melihat Randika. Lelaki itu memanglah... terlalu misteri. Menggerunkan. Kadang-kadang dia rasa dia berkawan dengan orang gila pula.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk."
Kelihatan seseorang melangkah masuk dengan laju sebelum menunduk hormat ke arah Randika dan Shafiq.
"Maaf menganggu, Tuan Dika, Tuan Shafiq."
Randika hanya diam, Shafiq mengangguk kepala sekali.
"Why, Irdan?"
"Taufiq."
"Who's he?"
"Dia pelanggan kita, Tuan Dika. Dia ada beli beberapa jenis senjata api dengan kita minggu lepas. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Tapi, dia dah buat kecoh depan markas Black Devil malam tadi, Tuan Dika."
Mata Randika saling berpandangan dengan Shafiq.
"Apa kes ni?"
"Dia kata senjata api yang kita jual tak cukup dan tak memuaskan. Dia minta kita bayar ganti rugi dan pulangkan balik duit dia kalau tak... dia akan buat kecoh macam semalam lagi."
Randika menghentak meja dengan kuat. Terhinggut bahu Shafiq dan Irdan terkejut. Tak lama lagi dah ni... sekejap lagi mesti meletup.
"Bukan aku dah pesan suruh check dulu sebelum jual?" Keras nada suara Randika. Nafasnya sudah berbunyi kuat. Sesekali dia mengambil nafas cuba menenangkan diri. Dia cukup pantang kalau anak buahnya membuat kerja sambil lewa.
"Dah, tuan. Saya sendiri yang periksa semua senjata api kita sebelum jual. Tapi... saya tak tahu macam mana boleh tak cukup dan tak elok bila sampai kat dia."
"Kau pasti?" Matanya mencerlung tajam ke arah Irdan. Menggigil kecil lelaki itu melihat majikannya.
"Pasti, tuan." Hampir tenggelam suaranya. Bibir dijilat perlahan menahan gerun.
Tiba-tiba Randika ketawa. Kelihatan sinis. Shafiq yang melihat pula rasa kecut. Dah sampai dah gila dia ni...
"Liar."
Suasana hening seketika.
"He's a liar. Tapi dia lupa..."
"Bukan senang nak perdayakan seorang Randika Daniel."
Sekarang baru Shafiq mengerti apa yang cuba disampaikan Randika.
"Maksud kau..."
"Nak cepat kaya, tapi tak nak usaha. Menyusahkan orang!" Pintas Randika keras.
"Irdan..."
"Iya tuan?"
"Aku nak jumpa dia malam ni kat markas."
"Baik, tuan. Saya minta diri dulu." Dia menundukkan kepala sekali lantas melangkah keluar dari bilik yang penuh dengan aura gelap Randika Daniel. Tak sanggup dia berlama-lama di situ.
Randika menatap tangannya seketika.
"Dah lama rasanya tangan ni tak berlumuran dengan darah." Dia memandang wajah Shafiq dengan suara dominannya.
Seketika Shafiq tersenyum sinis. His dark side...
Bukan semua orang tahu sisi gelap seorang Randika Daniel. Iya, dia merupakan usahawan yang berjaya. Semua orang tahu dan sedia maklum. Namun, tiada siapa tahu dia juga merupakan seorang mafia yang sangat digeruni. Bukan sebarangan orang bisa mendekatinya. Mencari masalah dengannya seolah-olah menggali lubung kubur sendiri. Tidak akan pernah terlepas dengan mudah.
Black Devil, kumpulan mafia yang ditubuhkan olehnya selama hampir 5 tahun. Beratus-ratus anak buah yang diupahnya dan bekerja di bawahnya. Semakin lama, kumpulannya semakin dikenali. Dikenali sebagai kumpulan mafia yang paling ditakuti.
'I'm coming, dude.'
'He wears the smell of blood and death like a perfume.'
YOU ARE READING
Lost In Revenge (TERBIT)
Romansa[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuan...