Larissa mematikan enjin kereta. Tubuhnya perlahan dibawa keluar dari kereta. Kaki laju melangkah memasuki butik kepunyaannya. Alhamdulillah dengan usaha titik peluhnya sendiri, dia mampu menjadi ahli perniagaan dengan jayanya. Lagi mengujakan, dia akan membuka butik di cawangan yang lain pula.
"Good morning, Cik Rissa." Sapa Shila, personal assistantnya.
Larissa senyum ke arah gadis itu. Sudah lama Shila bekerja dengannya, sejak dia baru membuka butik lagi dan kini gadis itu masih setia berkhidmat untuknya.
"Morning, Shila." Kakinya melangkah masuk ke dalam pejabat diikuti Shila di belakang.
"Semalam macam mana? Sale okay? Ramai orang tak?" Disebabkan semalam dia tak dapat hadir ke butik, hanya gadis itulah yang menguruskan butik seorang diri. Kasihan juga tetapi hendak buat macam mana, tiba-tiba kepalanya diserang sakit yang teramat. Terpaksa dia berehat di rumah sahaja semalam.
"Alhamdulillah, semuanya baik-baik je, Cik Rissa. Sale pun boleh tahan juga, ramai." Mekar senyuman di wajah Shila. Sejujurnya dia bangga dengan majikannya, sentiasa menjaga pemakaian sebagai seorang wanita, sentiasa buat dia juga ingin menjadi seperti gadis itu. Seorang yang sopan, menjaga batas dan menutup aurat dengan sempurna. Seorang yang lemah lembut, juga murah dengan senyuman.
Larissa hanya mengangguk kepala sebelum menguntum senyum manis. Baru sahaja dia hendak menuturkan kata, telefon pintarnya berdering bingit.
"Saya keluar dulu, Cik Rissa." Shila meminta izin, tidak mahu mengganggu privasi majikannya untuk menjawab panggilan.
"Thanks, Shila." Gadis itu hanya mengangguk lalu menunduk hormat sebelum melangkah keluar dari pejabat itu.
"Assalammualaikum." Salam diberi.
"Wa'alaikumussalam, beb! Hai!" Teruja suara pemanggil di sebelah sana.
"Hai!" Makin lebar senyuman Larissa.
"Beb, kau sihat ke? Lama tak jumpa!"
"Sihat, alhamdulillah. Kau lah tak nak jumpa aku." Sengaja dia buat suara seakan-akan berjauh hati. Mengusik.
"Sorry weh! Aku busy sangat, ni pun baru balik dari Dubai, ada shooting kat sana." Larissa hanya senyum sahaja. Rose, kawan baiknya sejak universiti lagi dan sekarang bekerja sebagai seorang model antarabangsa. Sering ke luar negara mengikut jadual kerjanya. Lantaran itu, sudah jarang mereka bertemu disebabkan komitmen masing-masing. Dia faham saja dengan kerja gadis itu, langsung tidak ambil hati.
"Tak apa lah. Kau ni, macam baru kenal aku pula. Kau tahu kan aku support je kerjaya kau, aku faham lah!"
"Betul ni?"
"Iya! Kalau kau rasa bersalah sangat, belanja aku makan!" Ujarnya diselangi tawa kecil, sengaja mengusik lagi.
"Eh, kau macam tahu-tahu je aku nak jumpa kau. Jom lah lunch sekali hari ni." Ajak Rose.
YOU ARE READING
Lost In Revenge (TERBIT)
Storie d'amore[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuan...