Pon!
Terhinggut bahu Larissa apabila bunyi hon kuat kedengaran dari arah belakang. Matanya terus terhala ke arah lampu isyarat yang sudah pun bertukar hijau. Dengan gelabah, dia menekan pedal minyak. Cecair jernih yang menyusuri pipinya sesekali diseka lembut. Dia sendiri pun tidak perasan sejak bila dia menangis. Mungkin kerana terlalu leka mengenang kisah lalu.
Kisah lalu, adakalanya ia sesuatu yang membanggakan dan kadang-kala ia adalah sesuatu yang menakutkan. Setiap orang mempunyai kisah silam tersendiri. Setiap umat manusia mempunyai kisah hidup yang tidak mahu dia tempuhinya lagi. Kita di masa lalu tidak menjaminkan kita di masa hadapan. Kita tidak boleh mengubah masa lalu, namun kita boleh mengubah masa hadapan.
•••
Pagi yang hening mula memunculkan dirinya selepas malam melabuhkan tirai. Bunyi burung-burung yang bersiulan menambahkan keheningan pada pagi itu. Jalan raya yang mula sibuk dengan kenderaan-kenderaan dari pelbagai jenama dan kelebihan menyusur laju menuju ke destinasi masing-masing.
Sementara itu, Larissa masih di dalam bilik tidurnya membetulkan tudung bawal yang tersarung indah menutupi kepalanya. Sudah 10 minit dia berada di hadapan cermin untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Semalaman dia tidak dapat tidur. Penyakit insomnianya mula menyerang diri semula setelah sekian lama. Namun begitu, dia tetap perlu bangkit dan hadapi realiti untuk meneruskan kehidupan.
"You're done, Larissa. Time to go now!" Ujarnya kepada diri sendiri. Tangan mula mencapai tas tangan yang berada di atas meja soleknya. Seketika dia memandang cermin semula.
"Smile, Larissa. New day, new spirit." Ujarnya memberi semangat kepada diri sendiri. Senyum diukir mekar di bibir. Kemudian itu, dia terus berlalu keluar dari bilik. Dia sempat melontarkan pandangan ke satu pintu. Pintu yang perlu dia lepasi sebelum menuruni tangga. Seketika, dia mengeluh perlahan.
'Papa tak balik lagi harini.' Keluh dia dalam hati. Digeleng kepalanya untuk mengusir aura-aura negatif yang mula menghurung diri. Dilajukan langkah ke tangga.
•••
Sedang elok dia hendak menarik pintu kereta, matanya terhala ke arah luar rumah. Terdapat tiga buah kereta mewah datang menyeru. Dengan langkah perlahan, dia menghampiri kereta-kereta itu. Pagar sudah dibuka awal-awal kerana dia hendak keluar sebentar lagi.
Penghuni di dalam kereta memunculkan diri selepas menutup enjin kereta. Seramai lebih kurang sepuluh orang lelaki berpakaian hitam berdiri di belakang seorang lelaki yang sedang melangkah ke arah Larissa. Gadis itu sudah mengerut keningnya hebat.
"Iya, encik cari siapa?"
"Cik Larissa?" Soal lelaki yang berada di hadapan daripada yang lain.
"Iya saya. Macam mana encik kenal saya?"
YOU ARE READING
Lost In Revenge (TERBIT)
Romansa[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuan...