"Eh, kau apa khabar? Sihat ke? Makin cantik aku tengok sekarang." Ujar Rose memulakan perbualan. Sesekali sudu disuap masuk ke dalam mulutnya, sedap! Haruslah sedap kalau sudah makan di tempat macam ni.
"Sihat je, alhamdulillah. Biasa je, Rose." Balas Larissa.
"Nakal macam dulu lagi ke?" Sengaja dia mengusik gadis itu. Daripada universiti lah mereka kenal, sama-sama mencipta memori bersama. Ada Larissa, ada lah dia.
"Takda lah! Aku dah berubah okay?" Nafi Larissa. Rose tergelak kecil sebelum matanya menangkap figura seseorang. Mulut ternganga kecil.
"Kau kenapa? Pandang orang macam nak telan?" Entah apalah yang dipandang Rose agaknya.
"Tu, kau tengok tu." Dia memuncungkan bibirnya ke arah belakang Larissa.
"Kenapa? Kau cakap je lah, aku malas nak pusing."
"Alah, kau pusing je lah! Cepat!" Gesa Rose. Dengan malas, Larissa memusingkan kepalanya. Terlihat seorang lelaki yang kelihatan lebih berusia dan seperti orang Jepun sedang duduk menghadapnya.
"Kenapa dengan orang tua tu?" Risau lah dia, Rose ni ada taste kat orang tua pula ke? Sejak bila tukar selera?
"Ish bukan lah! Bukan orang tua tu! Yang berhadapan dengan orang tua tu!" Sekali lagi Larissa memusingkan kepalanya. Kalau lepas ini Rose suruh dia pusing lagi, tak cakap banyak, dia sumbat je sudu dalam mulut gadis itu! Orang nak makan, disuruh mengusya pula!
Di kornea matanya terlihat seorang lelaki yang tegap dan berkulit sawo matang. Walaupun hanya dapat dilihat dari belakang sahaja disebabkan lelaki itu membelakanginya. Lelaki itu sesekali berpandangan dengan mungkin personal bodyguardnya. Dari tepi sudah nampak bulu mata lelaki itu yang lebat dan lentik. Namun apabila melihat dia dikerumuni lelaki-lelaki berpakaian hitam, terus meremang bulu roma Larissa.
"Kau kenapa?" Tegur Rose apabila perasan Larissa yang sedang menggigil kecil.
"Tak ada apa. Seriau!"
"Kenapa?"
"Tengoklah keliling dia, semua pakai baju hitam. Badan boleh tahan sado! Seram lah!"
"Mestilah beb! Orang macam dia memang ramai lah anak buah." Balas Rose dengan wajah terujanya. Perempuan ni kalau bab lelaki memang laju lah!
"Anak buah?" Berkerut wajahnya. Lagi sekali dia pusingkan tubuhnya untuk lihat sebelum kembali menatap wajah Rose.
"Ramainya anak saudara dia. Adik-beradik dia ramai ke?"
"Hah?" Apa yang gadis itu merepek pun Rose tak tahu.
"Nampak muda lagi tapi dah jadi pak cik." Sambung Larissa lagi. Wajahnya betul-betul kelihatan polos.
"Hei, apa kau merepek ni? Bukan anak buah tu lah!" Ditepuk dahinya kuat. Boleh sakit jiwa macam ni! Patutlah dia tak faham apa yang dikatakan Larissa ketika gadis itu menyebut 'anak saudara'.
YOU ARE READING
Lost In Revenge (TERBIT)
Romance[ Book 3 ] Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuan...