Kuasai Dunia Fantasimu!
Sepanjang merancang plot, anda pasti sudah dapat membayangkan watak-watak yang akan memainkan peranan dalam cerita kamu. Mungkin ada yang kamu sudah berikan nama dan ada yang belum.
ENAM JENIS WATAK YANG PERLU ADA DI DALAM CERITA ANDA
Bila dikaji novel-novel ‘Young Adults’ yang popular, ada lima sehingga enam watak sahaja yang penting dan mesti ada dalam cerita anda.Sebelum itu, elok kita ulangkaji semula mengenai perkara asas mengenai watak dalam cerita.
WATAK UTAMA
Watak utama ialah watak-watak yang menjadi titik fokus cerita. Cerita berkisar tentang mereka. Mereka inilah yang dipanggil sebagai watak Protagonis dan Antagonis.
Protagonis
Protagonist ialah watak yang menjadi sorotan atau fokus cerita anda. Cerita itu ialah tentang apa yang protagonist ingin dapatkan, apa yang ingin dia lakukan untuk mendapatkan hal itu.
Dalam contoh paling klise, Protagonis adalah seorang pahlawan yang ingin menyelamatkan negaranya.
Antagonis
Antagonis pula watak yang menjadi lawan kepada Protagonis. Antagonis akan menghalang Protagonis dari mencapai matlamatnya. Selalunya, dua watak ini akan berkonflik kerana keinginan mereka bertembung.
Kembali kepada contoh paling klise, seorang raja dari negara musuh yang ingin menakluk negara si Protagonis akan menjadi Antagonis dalam cerita ini.
WATAK SAMPINGAN
Watak sampingan pula ialah watak-watak yang menyokong watak utama. Mereka selalunya mempunyai hidup mereka sendiri dan terlibat dengan perjalanan hidup watak utama. Mereka boleh berperanan sebagai Sidekick, Mentor dan sebagainya kepada watak utama.
Watak sampingan/sidekick
Watak-watak yang akan menjadi pembantu kepada watak-watak utama (protagonis & antagonis). Mereka boleh muncul sebagai kawan rapat, adik-beradik, rakan sekerja, ‘partner-in-crime’ dan sebagainya
Mentor
Watak yang akan membimbing watak utama. Mereka yang akan membantu watak dengan kebijaksanaan dan pengalaman mereka. Contohnya, guru seni bela diri.
Orang yang disayangi/Love interest
Watak yang menjadi orang yang disayangi watak utama. Contohnya, kekasih.
Authority figure
Watak yang mempunyai kuasa autoriti ke atas watak. Contohnya, ibu bapa/pemerintah. (Ini terpakai buat watak-watak yang masih berada di bawah umur dan penjagaan orang tua.)
Dalam bab-bab yang seterusnya, kita akan bincang lebih mendalam untuk setiap jenis-jenis watak yang disebutkan
Walau bagaimanapun, ini bukanlah sebuah peraturan yang perlu dipatuhi. Artikel ini hanya sebagai panduan, bukan untuk diikuti bulat-bulat.
YOU ARE READING
Menguasai Dunia Fantasi 101
Non-FictionBuku ini ialah koleksi artikel-artikel tips penulisan yang ditulis oleh pengasas Inkfinity iaitu @Niemza untuk rujukan rakan-rakan penulis Wattpaders yang ingin memperbaiki teknik penulisan.