Naratif #1 : Tips Menulis Babak Pertarungan 1

23 5 0
                                    

BAGAIMANA MENULIS BABAK PERTARUNGAN?

Sebelum anda mula menulis:

✓Tanya diri sendiri, apa sebab yang kukuh untuk menambah babak pertarungan di dalam cerita anda?

✓ Apakah tahap realisme yang anda inginkan dalam babak pertarungan anda?

✓ Buat kajian! Terutamanya apabila anda menulis babak pertarungan yang realistik atau mempunyai watak yang sepatutnya pandai seni bela diri.

Apabila anda sudah mula menulis:

✓ Pastikan ayat dan perenggan anda pendek untuk memastikan cerita bergerak

✓ Bezakan petarung anda melalui bentuk fizikal mereka.

✓ Pastikan watak perspektif (POV character) ada sesuatu yang dipertaruhkan

✓ Masukkan keletihan, kesakitan, dan kecederaan untuk meningkatkan deskripsi babak.

✓ Pertimbangkan menulis penutup/akibat babak itu berbanding pertarungan itu sendiri

✓ Cuba lakonkan semula babak pertarungan tersebut.

TIPS TAMBAHAN

✓ Jika anda ditumbuk di hidung, mata anda akan berair dengan banyak, walaupun tumbukan itu tidak terlalu sakit

✓ Badan anda mengikut kepala anda. Jika kepala anda ditolak ke kanan, badan akan ikut tumbang ke kanan sekali

✓ Kena tumbukan di perut menyakitkan. Kena tumbukan di diafragma (Titik antara dada dan perut), lagi seksa. Ia menyebabkan kekejangan dan menyukarkan anda untuk bernafas.

✓Apabila melawan dengan orang yang lebih besar tubuh, mereka akan lebih mudah menolak dan menjatuhkan anda

✓ Rahang ialah punat pengsan. Untuk membuatnya berkesan, hentam rahang orang dengan sekuat tenaga.

✓ Belakang kepala ialah titik yang lemah. Boleh mengakibatkan kecederaan yang serius jika tempat itu terkena hentakan.

✓ Tumbuk di buah pinggang. Sakitnya tidak terperi.

✓ Orang yang berpengalaman akan cuba berada di posisi yang selesa, penggusti akan cuba membuatkan lawan mereka jatuh ke tanah, dan peninju akan berusaha kekal berdiri. Dan sebagainya. Anda patut kaji kecenderungan setiap pengamal seni bela diri yang berbeza.

✓ Cara paling mudah untuk membalas sepakan ialah dengan bergerak sedekat mungkin dengan penyerang, supaya mereka tidak mempunyai jarak yang efektif untuk menyepak.

✓ Jika anda mahu babak pertarungan yang realistik, kurangkan gerakan yang berbunga-bunga dan mewah. Pertarungan yang realistik mementingkan kepraktisan.

Jika anda ada pengetahuan tambahan seperti ini, jemput komen dan kongsi!

Menguasai Dunia Fantasi 101Where stories live. Discover now