Plot #1 - Penjanaan Idea Cerita

120 10 0
                                    

Kuasai dunia fantasimu!
Nak mula menulis tapi tak tahu nak tulis cerita apa?
Sebelum menulis, tentulah kita kena bermula dengan sebuah idea atau gambaran tentang apa yang kita nak tulis.

Tapi, tiba-tiba pula otak buntu dan enggan bekerjasama untuk menghasilkan idea cerita. Di bawah ialah cara-cara saya untuk mendapatkan idea cerita!

TIPS MENDAPATKAN IDEA CERITA

1. Bina scenario
Letakkan watak anda dalam satu keadaan.

Bayangkan anda ada satu watak. Tiba-tiba, watak itu pulang dengan keadaan tercedera? Kenapa dia tercedera? Bagaimana dia boleh mendapat kecederaan? Atau, apa akan jadi jika seseorang remaja dari zaman moden tercampak ke masa lalu? Bagaimana dia menyesuaikan diri? Mengapa dia yang tercampak di situ? Bagaimana dia boleh pulang?

Letakkan dia dalam satu keadaan atau masalah. Anda boleh memikirkan penjelasan yang berlaku sebelum dan selepas keadaan itu sebagai cerita anda!

2. Prompt penulisan
Prompt penulisan atau 'writing prompt' ialah sesuatu yang memberikan seseorang klu untuk membantu mereka fokus pada sesuatu topik. Prompt penulisan boleh didapati dam bentuk beberapa perkataan, ayat atau gambar. Ada banyak prompt penulisan yang terdapat di internet untuk membantu anda mencetuskan idea cerita. Satu prompt jika ditulis oleh 100 penulis yang berbeza akan menghasilkan cerita yang berbeza.

Untuk mendapatkan prompt penulisan, anda digalakkan untuk mencari di enjin carian dengan kata kunci bahasa inggeris + genre. Misalnya, 'Thriller writing prompt'. Selain Google, saya juga mendapatkan prompt penulisan saya di Pinterest, Instagram, Reddit dan Tumbler. Anda juga boleh menggunakan gambar untuk mula menjana idea.

3. Penceritaan Semula
Misalnya, apa akan jadi kalau Bawang Merah dan Bawang Putih anak lelaki? Apa yang akan berlaku kalau Si Kitol tidak bocorkan rahsia Melaka? Bagaimana kalau ibu tiri Cinderella sebenarnya tidak jahat, sebaliknya hanya seorang janda dengan 3 anak perempuan yang tertekan?

Alur cerita akan berbeza jika anda manipulasi lebih banyak aspek cerita asal.

4. Inspirasi dari mimpi
Mimpi selalu misteri. Kadangkala ia akan terputus di tengah jalan jika anda tiba-tiba terjaga. Cuba teka dan tulis sambungan mimpi anda. Boleh jadi hasilnya penuh Majika. Novelist remaja terkenal Ain Maisarah menulis siri Impiana dengan mendakwa beliau kecewa mimpinya terputus di tengah jalan.

5. Bersangka-sangka kisah orang asing
Setiap orang ada cerita tersirat yang berbeza-beza. Cuba duduk perhatikan gelagat orang. Kenapa gadis yang duduk seorang di penjuru cafe berduka wajahnya? Kenapa lelaki itu resah mundar-mandir di depan pagar sekolah? Bermain dengan imaginasi dan sangkaan anda. Anda boleh cipta cerita dari watak yang anda bayangkan itu.

Menguasai Dunia Fantasi 101Where stories live. Discover now