Watak #1 : Menamakan Watak

80 8 3
                                    

Kuasai Dunia Fantasimu!

Menamakan watak.
Ramai rakan-rakan penulis saya yang setuju menamakan watak ini umpama menamakan anak sendiri. Lagi-lagi, watak utama. Saya ada beberapa tips yang saya telah kutip melalui pembacaan saya. 

1. Pastikan nama watak tidak berulang dengan huruf pertama atau huruf terakhir yang sama.

Biasanya pembaca hanya akan 'skim reading'. Oleh itu, apabila ada beberapa watak mempunyai huruf pertama yang sama, hal itu akan mengelirukan pembaca dan memaksa mereka untuk kembali dan membaca semula. Ini juga membuatkan cerita akan sukar untuk diikuti.

Contohnya, menamakan 4 watak sebagai Aakif, Aathif, Alif, Ariff bukanlah satu idea yang baik. Kalau boleh, khaskan huruf pertama untuk watak utama anda untuk dia seorang sahaja. Watak lain sudah tidak boleh ambil. Benar, dalam dunia nyata anak beranak atau adik beradik ada yang cenderung dinamakan hampir sama. Tetapi, hal ini tidak begitu praktikal dalam fiksyen. Jika masih ingin menamakan watak hampir sama, kita mesti memberikan mereka sesuatu ciri yang membezakan mereka.

2. Pastikan suku kata nama watak bervariasi.

Sebab yang sama dengan perkara di atas, kita tidak mahu pembaca terkeliru. Cuba variasikan suku kata nama watak anda. Misalnya:

Mia (1 suku kata)
Arwa (2 suku kata)
Darisa (3 suku kata)
Khairunnisa (4 suku kata)

3. Pastikan nama itu mudah dibaca.

Ini khasnya untuk penulis fantasi atau fiksyen sains yang memerlukan nama watak yang lain dari yang lain supaya sesuai dengan latar. Helah yang biasa digunakan oleh mana penulis ialah dengan mengubah ejaan nama yang sedia ada. Walau bagaimanapun, janganlah sampai nama itu susah untuk dibaca kerana terlalu banyak huruf vokal atau tidak ada huruf vokal sama sekali! Contohnya, Auoreia dan Ijkyl. Bingung pembaca!

4. Pastikan nama itu bersesuaian dengan umur, latar belakang dan identiti watak.

Masih berkaitan dengan perkara sebelumnya, adalah penting untuk menamakan watak bersesuaian dengan latar belakang atau peribadinya. 

Seorang nenek tua di kampung tidak sesuai dinamakan Isabella Amerilis. Seorang nelayan miskin tidak sesuai dinamakan Dato’ Burhanuddin. Seorang pemuda warganegara Korea Selatan mustahil namanya Mustakim dan sebagainya

5. Pastikan nama watak bersesuaian dengan zaman, latar tempat dan latar masyarakat.

Misal kata, jika cerita mengambil tempat ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Masyarakat Melayu tradisional pada zaman itu mungkin masih menamakan anak-anak mereka dengan nama unsur-unsur alam, flora dan fauna.

Itu sahaja, semoga bermanfaat!☘️☘️☘️

Menguasai Dunia Fantasi 101Where stories live. Discover now