Watak #1 : Nilai, Cita-Cita & Matlamat

45 6 0
                                    

Kuasai Dunia Fantasimu!

Kita kena jelas apa yang watak-watak kita mahukan. Kemahuan dan sebab di sebalik kemahuan itu yang akan menggerakkan cerita. Apatah lagi apabila nilai, matlamat dan cita-cita watak Protagonis & Antagonis bertentangan. Nilai, cita-cita, matlamat watak sangat penting kerana inilah kunci yang membentuk personaliti watak agar menjadi lebih kuat.

Apa beza ketiga-tiga ini?
Saya beri contoh dengan watak-watak dalam Hunger Games. Anda pasti kenal cerita ini.

KATNISS EVERDEEN
[Watak Utama Hunger Games]

❇️Nilai (Values) : Perkara yang dipercayai, menjadi prinsip dan perkara yang menentukan tindakan watak

🏹 "Tiada yang lebih penting dari bertahan hidup"

🏹 "Tiada yang lebih penting daripada adik aku Prim"

🏹 "Tiada yang lebih penting daripada mengelakkan mencintai orang lain, sebab semakin banyak aku menyayangi dan menyintai orang lain, semakin banyak orang yang perlu aku risaukan. Itu aku tak mampu tanggung."

❇️Cita-cita (Ambition) ; Harapan atau perkara yang sangat ingin dimiliki oleh watak

🏹 Untuk kekal hidup

❇️Matlamat (Goal) : Perkara-perkara yang akan dilakukan watak untuk mencapai cita-cita.

🏹Mahu lari dan bersembunyi sementara peserta tribute yang lain saling membunuh antara satu sama lain. Jika ada sesiapa yang menjumpai aku, aku akan lari dan lawan hanya jika perlu.

PEETA MELLARK

❇️Nilai

🗡 "Tiada yang lebih penting daripada bertahan hidup"

🗡"Tidak ada yanag lebih penting daripada memastikan orang yang disayanginya diam-diam iaitu Katniss untuk kekal hidup"

🗡"Tidak ada yang lebih penting daripada menjadi diri sendiri."

❇️Cita-cita
🗡Membantu Katniss untuk kekal hidup

❇️Matlamat

🗡️Bersekutu dengan pemain tribut elit dengan berjanji untuk memerangkap dan menyerahkan Katniss kepada mereka, tapi kemudian mengkhianati dan membunuh mereka supaya Katniss dapat kekal hidup.

Dengan mengenal pasti ketiga-tiga perkara ini, anda akan mengenali dengan lebih dalam watak-watak anda sendiri.

Jangan sisihkan watak antagonis. Mereka juga watak-watak yang penting dalam cerita kamu. Layan watak antagonis seperti mana anda melayan watak utama atau hero anda.

Semoga bermanfaat!💚
https://www.instagram.com/p/CQx4p9_pTAi/?igshid=MDJmNzVkMjY=

Menguasai Dunia Fantasi 101Where stories live. Discover now