BAB 4 🥂

634 27 1
                                    

Maisara menilik tubuhnya di hadapan pantulan cermin besar itu. Tangannya bergerak mengikut bentuk dress berwarna putih itu. Sekali tengok macam nak pergi nikah pun ada. Tudung yang tersarung juga berwarna sama. Dia pun tidak tahu, beli masanya dress ini dibelikan untuknya. Ala, biasalah orang kayakan. Mana nak hairan sangat.

Bibir yang sudah siap tercalit lipstik itu mengeluh perlahan. Ikutkan hati dia tidak mahu pun pergi. Tapi dia terpaksa. Bukan main lagi Daniel merayu dengan mama agar membenarkan dia membawa Maisara keluar. Pada mulanya memang mama agak keberatan, bukannya dia tidak tahu perangai anak terunanya itu macam mana tapi melihat Daniel yang bersungguh-sungguh berjanji akan menjaga Maisara sebaik mungkin, mahu tidak mahu akhrinya mama benarkan juga.

Bukan main happy lagi Daniel ketika itu. Entah apa niatnya mahu membawa Maisara keluar. Katanya ada majlis kawan. Tapi pelik juga. Sebab sebelum ni mana pernah dia bawa Maisara keluar ke mana-mana majlis. Setakat keluar membeli barang tu memanglah pernah. Harap tiada apa yang berlaku. Doa Maisara. Sedikit was-was mahu mengikut.

"Sara, dah siap?" lamunan Maisara terhenti tatkala suara Puan Alleya tiba-tiba kedengaran. Maisara menoleh. Puan Alleya yang baru melangkah masuk itu tersenyum melihat wajah Maisara. Alahai, cantik sangat anak dara seorang ni. Mahunya menjadi rebutan nanti di majlis orang.

"cantiknya anak mama.. " ikhlas Puan Alleya memuji. Kedua wajah Maisara di pegang. Kagum dia melihat wajah putih bersih itu tersolek sedikit make-up. Ingatkan tak pandai nak berhias, ruapnya pandai juga.

"biasa jelah, ma"

"ishh, kamu ni cantik-cantik. Risau mama kalau-kalau ada yang berkenaan nanti. Kang tak pasal-pasal sara dah kawin, kena tinggalkan mama pula" bebel Puan Alleya. Jujur dari lubuk hatinya, dia tidak rela Maisara meninggalkannya walaupun dia tahu tempat seorang isteri di sisi suami. Sebab tu dia takut kalau Maisara dah kawin nanti. Bagaimana agaknya ya hidup dia tanpa gadis ini? Selalunya Maisaralah yang menemaninya setiap hari, tiada orang lagi. Hanya Maisara.

"mama ni suka merepek bukan-bukan" tersenyum malu Maisara mendengar kata-kata mamanya. Kawin? Haa, tak terlintas langsung di kepalanya untuk kawin.

"betullah, suatu hari nanti mesti sara akan kawin jugakan." Maisara hanya mampu mengeleng. Dia menarik nafas dengan panjang sebelum di hembus perlahan. Sekali lagi dia menoleh ke arah cermin di hadapannya tadi.

"cantiklah dress ni. Pandai Daniel carikan.. " Puan Alleya menyentuh bahu Maisara. Cantik.

"kalau sara tak nak pergi boleh tak ma?" Maisara menoleh. Penuh harapan. Dia tidak selesa sangat pergi ke tempat orang ramai. Bukan nak berlagak tapi memang benar. Mungkin dari kecil dia hanya ada keluarga ini saja. Untuk bergaul? Hmm..dia sendiri tak ada seorang pun kawan.

"kenapa pula? Kesian kat abang Daniel kat luar tu. Dah menunggu kamu tu" lembut Puan Alleya berkata. Wajah mendung Maisara di tatap. Tahu sangat apa yang dipikirkan oleh gadis itu.

"insya-allah, mama yakin Daniel akan jaga sara betul-betul." Maisara mengangguk. Tidak mahu Mamanya berkecil hati jika dia terlalu memikirkan sikap anaknya seorang itu.

"dah jom, Lambat nanti nak sampai" sempat Puan Alleya menarik beg tangan yang juga berwarna putih itu bersama dan beg tangan itu juga pemberian Daniel. Semua yang Maisara pakai sekarang semuanya anak dia punya kerja. Katanya kena pakai malam ni.

Semakin dekat Puan Alleya dan Maisara melangkah semakin gusar hati Maisara. Kalau boleh hilang sekarang dia nak saja hilang. Entah kenapa jantungnya terasa berdegup kencang. Walhal nak keluar ja pun, bukannya nak pergi majlis akad nikah untuknya. Tapi kalau betul macam mana? Ishh, jauh sangat dah otak dia ni berfikir.

"amboi cantiknya anak papa seorang ni. Bak bidadarilah." suara Dato Dafih kedengaran pula memuji Maisara yang baru tiba di ruang tamu itu. Mendengar kata-kata itu membuatkan Daniel pusing 360 darjah sebelum anak matanya bertembung dengan anak mata coklat Maisara. Lama Daniel merenung wajah yang sudah menunduk itu. Bibir bawah di gigitnya tanpa sedar. Cantik. Mengoda sangat gadis ni. Aihh, janganlah dia buat perkara tak senonohnya nanti.

MRS.DANIELWhere stories live. Discover now