BAB 11🥂

1.5K 54 10
                                    

Maisara diam memandang belakang tubuh Daniel, sejak tadi dia tidak bersuara, hanya membisu mengikut jejak lelaki itu bagaikan hamba mengikut rajanya. Tangannya yang berada dalam genggam Daniel di pandang. Sedari tadi tangan itu tidak lepas dari mengenggam tangannya. Bukan dia tidak membantah, namun lelaki itu bukannya dengar cakap sangat.

Maisara memandang sekeliling buat seketika, percaya atau tidak sekarang mereka sudah membeli barang persiapan mereka untuk majlis perkawinan nanti. Secepat itu? Iya, walaupun dia juga masih terkejut tapi mahu membantah lagi dia tidak berdaya. Tak apalah, sekurang-kurang selepas ini apa saja tindakan lelaki itu, dia tidak perlu berasa berat hati lagi kerana selepas ini perbuatannya sudah tetap halal kan?

"WELCOME!!" lamunan Maisara terhenti tatkala mendengar suara wanita menyapa mereka. Maisara sempat memberi senyuman kecil sebelum dia di tarik masuk ke dalam kedai cincin tersebut. Tak perlu tanya lagi kut kenapa diaorang ada kat sini? Semestinya mahu mencari cincin pernikahan mereka.

"Come baby, duduk sini!" Ujar Daniel menepuk kerusi di sebalah. Maisara hanya akur, merah wajahnya bila Daniel selamba badak saja memanggil dengan gelaran itu. Tak tahu ke dia malu? Bukannya dia tidak perasan gadis di depan mereka tersenyum-senyum memandang ke arahnya.

"Kau nak cincin macam mana ni. Kau pilihlah.." sekali lagi Daniel berkata memandang Maisara.

"Erkk, sara ikut abang je.." perlahan suara Maisara menjawab seolah ingin berbisik. Daniel tersengih, alahaiii..ni yang nak kawin cepat-cepat ni.

"Asyik ikut aku je, kau pilihlah"

"Sara tak tahu nak pilih yang mana" berkerut dahi Maisara memandang ke meja berkaca yang meletakkan pelbagai jenis cincin itu. Semua berkilau-kilau, rasa takut pula nak beli.

"Boleh saya bantu?" serentak Daniel dan Maisara memandang ke arah gadis yang bersuara di depan mereka tadi. Daniel hanya tersenyum kecil sebelum menunjuk ke arah satu bentuk cincin yang menarik perhatiannya sejak tadi lagi.

"Give me this one" Mendengar kata-kata itu pantas saja gadis tersebut mengangguk sebelum mengambil cincin yang di tunjuk oleh Daniel tadi.

Maisara hanya diam memerhati seperti tadi. Di biarkan saja gadis tersebut dan Daniel berbual serba sedikit. Tapi entahlah makin dia melihat makin dia rasa sesuatu. Tak tahu apa yang penting perutnya rasa tidak selesa melihat Daniel saling berbalas senyuman dengan gadis di depannya itu.

Dia akui gadis bertudung hitam shawl itu kelihatan manis dan ayu. Sedap mata memandang. Dia menoleh pula ke arah Daniel. Bukan main lelaki itu berbual, seperti tidak sedar tentang kewujudannya di sini. Haih, semakin pelik pula rasa perasaan ini. Jujur, dia tidak suka melihat situasi sekarang.

"Nah, cuba try yang ni" tersentak Maisara dengan suara Daniel. Belum sempat dia mahu bersuara, Daniel lebih pantas mengambil tangannya dan sepantas kilat cincin tadi sudah tersarung di jari manisnya. Matanya terkebil-kebil memandang cincin itu. Cantik.

"Urmm not bad. Kau suka tak?" Daniel merenung anak mata Maisara. Bukan main payah benar dia mahu mendengar suara ayu itu.

"Cantik tapi.."

"Hmm, tapi..?"

Maisara diam lagi. Matanya memandang silih berganti ke arah Daniel dan gadis di depannya itu, entah siapa agak nama dia.

Dia suka cincin ini, tapi kenapa dia rasa tak suka pula eh bila sepertinya Daniel dan gadis itu yang memilih buatnya. Dia tidak kisah sangat kalau Daniel yang pilih tapi gadis itu..hmm, dia rasa macam diaorang dua pula yang nak kawin. Rasa tak elokkan kalau gadis lain yang pilihkan cincin untuknya?

"Sara nak yang lain boleh?" Lama berdiam akhirnya Maisara bersuara saja.

"Kenapa tak nak yang ni? Cantik apa.." balas Daniel. Tangan Maisara di tarik dan di usap perlahan jari manis tersebut yang sudah tersarung cantik.

MRS.DANIELWhere stories live. Discover now