BAB 9🥂

1K 27 4
                                    

Daniel hanya merenung saja mamanya Puan Alleya menyuapkan bubur nasi pada Maisara. Dia berdiri di hujung pintu sambil memeluk tubuh. Matanya tidak langsung lari dari wajah pucat yang sedari tadi hanya menunduk itu. Keluhan terlepas tanpa sedar.

Puan Alleya begitu lemah lembut menyuapkan Maisara, begitu nampak sifat keibuannya. Dato Dafih pula sama seperti Daniel yang hanya diam memerhati dua gadis tersebut. Sekali sekala dia tersengih mendengar bebelan isterinya yang begitu jelas amat risaukan Maisara.

"kamu ni mulut tu tak reti nak diam ke apa? Kesian budak tu ah sudahlah sakit dengar awak membebel bertambah sakit jadinya" tegur Dato Dafih. Dia pula yang sakit telinga mendengar suara Puan Alleya yang sejak tadi berbunyi itu apatah lagi si Maisara. Sudahlah sakit tambah sakit pula telinga.

"mana nak diam kalau budak ni jarang sangat sakit. Selalu dia demam pun sebab kena hujan aja hari tu.." berkerut-kerut Puan Alleya berkata. Risau sungguh dirinya dengan anak gadis itu. Maklumlah dia sayang benar dengan Maisara yang satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Biar pun hanya anak angkat tapi kasih sayangnya tak pernah menilai seperti itu.

Maisara turut diam saja. Bukan hanya telinga yang sakit malah lehernya juga turut sakit akibat menunduk saja sedari tadi. Tidak betah dia bila bertentang mata dengan anak mata lelaki yang berdiri di muka pintunya itu. Rasa seperti mahu tercabut nyawanya. Sungguh dia amat takut tika ini.

"Kamu main hujan lagi ke sara? Tapi nak main hujan waktu bilanya? Setahu mama tak ada pula hujan semalam" mendengar soalan itu Maisara laju mengeleng. Dia tahu dirinya begitu sensetif bila terkena hujan. Kalau tak selesema mesti demam. Mudah sangat jatuh sakit.

"geleng-geleng, suara mana? Mama nak dengar.. "

"t-takk.. " perlahan suara Maisara berkata tatkala Puan Alleya berkata seperti itu.

"kenapa Sara sejak tadi menunduk je? Tak sakit ke leher tu?" tegur Puan Alleya namun tegurannya itu hanya dibiar sepi. Tidak langsung Maisara menjawab mahupun mengangkat kepalanya. Sungguh dia tidak mahu bertentang mata dengan Daniel.

"mehh tengok muka mama.. " dengan selamba Puan Alleya menarik wajah Maisara memaksa supaya Maisara mengangkat kepalanya dari terus menunduk. Dia pula yang sakit lenguh.

"okay tak?"

maisara mengangguk. Dia melihat anak mata Puan Alleya lama sebelum matanya turut berair mengenangkan jasa orang tua dihadapannya ini. Begitu banyak yang dia lakukan pada dirinya. Segala sedih dan tawanya semuanya dia luahkan pada ibu tua ini. Segala kisah yang menganggu jiwanya akan dia mengadu hingga tiada siapa yang boleh menggantikan tempat istimewa dalam hatinya.

Tapi apa yang dia lakukan semalam benar-benar salah dari segi agama. Kalau mamanya tahu dia tidak dapat membayangkan betapa kecewanya Puan Alleya pada dirinya. Dia sendiri kecewa dengan dirinya. Dia sendiri terasa hina dengan dirinya. Seakan dia begitu tidak bersyukur dengan apa yang diberikan dengan melakukan kemaksiatan. Apa gunanya dia menutup segala auratnya jika begitu mudah menayangkan?

"heyy, kenapa menangis ni sayang? Ya alllah mama tak marahlah" kalut-kalut Puan Alleya berkata. Kepala Maisara yang bertudung itu ditarik rapat ke dada sambil diusap-usap lembut cuba menenangkan hati gadis itu.

Daniel semakin tidak keruan mendengar tangisan Maisara. Terasa berat sangat hatinya melihat wajah pucat ketakutan itu disebabkan dirinya. Suara tangisan itu juga punca dirinya. Tangan digenggam tanpa sedar. Sakit hati bila Maisara menangis seperti itu entah kenapa. Ikutkan hati dia mahu saja peluk tubuh itu dan memujuk sendiri tapi haihh..

"maa, paa.. Boleh tak Daniel nak cakap sikit dengan sara?" akhirnya keinginan yang satu itu diungkapkan. Terus serentak kedua orang tua itu memandang ke arah Daniel. Dahi Dato Dafih berkerut begitu juga Puan Alleya sebelum mereka berpandangan sesama sendiri.

MRS.DANIELWhere stories live. Discover now