"APA YANG KAMU KATAA?" bergema suara Dato Dafih memecahkan suasana ruang tamu itu. Daniel hanya diam menunduk, tahu bahawa dirinya punca semua ini berlaku. Dia tahu sebab itu dia mahu bertanggujawab.
Puan Alleya yang turut terkejut itu mengeleng kepala tidak percaya. Sukar benar mahu memahami anak kandungnya ini. Entah di mana agaknya silap mereka membesarkannya. Kalau kata tidak diberikan didikan agama tidak juga. Sewaktu Daniel kecil-kecil dahulu dia memang sekolah agama. Namun, entah mengapa sudah besar sebegini semakin menjadi-jadi pula perangainya.
"Daniel taukan apa yang daniel buat tu salah? What wrong with you son?" tegas Dato Dafih bertanya. Suaranya mula perlahan sedikit tatkala isterinya mengusap lembut belakang badannya agar menyuruhnya bersabar.
"abang, jangan marah sangatlah.. "
"Macam mana abang tak marah, tengoklah apa anak awak buat tu?" terhenti terus suara Puan Alleya mendengar. Keluhan di lepaskan lemah.
"Daniel minta maaf papa, ma.. Daniel tau salah tapi daniel mengaku jugakan dan daniel nak bertanggungjawab" ujar Daniel penuh berharap. Kedua wajah mama dan papanya di pandang. Tolonglah, untuk kali ini saja.
"Daniel, kawin tu bukan main-main tau.. " Puan Alleya berdiri mendekati anaknya. Kedua tangan Daniel digenggam lembut. Dia tidak mahu berkasar, dia tahu anaknya baik cuma otaknya kadang tak boleh berfungsi agaknya.
"i know maa.. Daniel pun tak main-main bila daniel kata nak kawin dengan sara.. "
"mama tau, tapi besar tanggungjawab daniel tau bila dah jadi suami orang. Daniel dah sedia ke untuk semua tu? Mama tak nak perjudikan hidup sara biarpun apa yang kamu buat memang kena bertanggungjawab.." panjang kata-kata Puan Alleya.
Kalau ikutkan hati mahu saja dia pulas telinga anaknya itu biar putus. Betapa terkejutnya dia bila Daniel mengaku dia punca Maisara demam. Dan lebih mengejutkan hati tuanya tatkala Daniel juga sudah menyentuh Maisara. Nasib baiklah dia kata sentuh sedikit saja kalau banyak? Takkah jadi masalah besar juga nanti?
"Daniel tahu. Daniel dah sedia. Pleasee maa. Kan dulu mama nak sangat Daniel kawin dengan dia and now why susah sangat?"
"disebabkan perangai kamu papa susah nak restu" sampuk Dati Dafih yang mula bertenang. Dia pun tadi sikit saja lagi nak lempang wajah tampan Daniel tadi nasib baik Puan Alleya sempat menyabarkannya. Muka handsome perangai hauk pun tak guna.
Daniel terdiam. Dia tahu itu. Dia tahu dia tidak sesuai dengan kehidupan Maisara yang begitu menjaga agamanya berbanding dirinya yang suka melepak, suka minum, suka kelab malam dan paling suka meniduri wanita-wanita di luar sana tapi hanya satu gadis yang begitu sulit dia mahu dapatkan iaitu Maisara. Dialah satu-satunya gadis yang benar-benar menarik perhatiannya.
"Tapi pa..Daniel janji akan berubah kalau papa dengan mama setuju kawinkan Daniel dengan sara, Daniel janji Daniel berubah" ucap Daniel. Kali ini bersungguh-sungguh.
Puan Alleya dan Dato Dafih berpandangan. Keduanya bingung. Memang itu yang mereka mahukan tapi dengan perangai Daniel yang semakin menjadi-jadi ini buatkan mereka ragu-ragu dengan anak mereka itu. Kawin bukan perkara main-main.
"boleh pakai ke janji kamu tu? Kamu yakin ke boleh jaga sara dengan perangai kamu yang suka keluar malam tu? Yakin ke kamu boleh ubah semua perangai buruk kamu tu?" bertubi-tubi soalan yang di berikan pada Daniel.
"Daniel janji! Sumpah demi Sara Daniel sanggup berubah" Daniel mengangguk berkali-kali mengiyakan kata-kata. Demi memiliki gadis itu dia sanggup berubah asalkan dapat restu daripada kedua ibu bapanya.
Dia tahu mereka tidak mempercayai dirinya yang tiba-tiba mahu berkawin dengan Maisara. Bahkan selama ni bukan tidam pernah mamanya mahu menikahi mereka berdua tapi dia tolak keras oleh Daniel dengan alasan belum bersedia mahu mendirikan rumah tangga.
YOU ARE READING
MRS.DANIEL
RomanceFAIZ DANIEL-Dia lelaki tampan, berkerjaya, hebat, romantik, dan dia juga PLAYBOY. Apa lagi gelaran yang sesuai untuknya. Semuanya ciri-ciri idaman para gadis dia juga punya. Tidak hairanlah kalau dia begitu menjadi kegilaaan ramai gadis. Rata-rata g...