Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
KAKI mula dilangkah turun dari pesawat peribadinya yang diiringi oleh beberapa orang bawahannya. Langkah yang penuh gah dan bibir yang terukir senyuman sinis amat digeruni ramai pihak.
"Have you prepared all my needs, Zariel?" Soalnya kepada si ketua bodyguard yang berada selangkah dari belakangnya.
"Everything is ready as you want, sir. Kami dah sediakan semua keperluan, identiti baru dan sebagainya untuk sir. Don't worry about it." Balas Zariel kepada tuannya.
"Nice Zariel, tak sangka orang-orang kau pandai buat kerja dalam masa yang singkat ni. By the way, apa status syarikat Darkness Mega sekarang? Senjata? Bom? Ada masalah apa-apa tak?" Soalnya lagi seraya berjalan ke arah kereta mewahnya yang sudah tersedia di garaj kereta.
"Semuanya sudah lengkap dan tak ada apa-apa masalah dah sekarang ni. Walaupun sebelum ni saya mendapat berita daripada orang kita yang ada pembelot yang cuba sabotaj senjata kita, pembelot tu sudah mereka tahan and dia dah dikurung dekat penjara bawah tanah markas kita." Ujar Zariel panjang lebar.
"Bagus! Dasar pembelot tak tahu diri. Aku nak kau dan orang-orang kau seksa dia hidup-hidup! Biar dia tahu dengan siapa dia berani belot! Tak ada sesiapa yang dapat tawan Darkness Mega! Sekarang ketuanya adalah aku! Aku King Xavier Stephan! Buat macam yang aku suruh. Kau, orang yang paling aku percaya Zariel! Jangan hampakan kepercayaan aku!" Ujarnya lalu menepuk pelan bahu Zariel dan teurs masuk ke dalam keretanya lalu driver keretanya mula menekan gas menuju ke tempat yang ditujui oleh tuannya.
"As you wish sir. Aku akan pastikan pembelot tu akan sengsara dalam penjara bawah tanah tu." Ucap Zariel sambil menatap kepergian tuannya.
Bugh! Bugh! Bugh!
"Mana kau nak lari hah orang tua?! Cepat bayar hutang kau!" Ujar lelaki bertubuh sasa itu kepada Othman."Uhuk! Uhuk! T..tolong... a...aku betul-betul tak ada duit sekarang ni. B...beri aku s...sikit masa lagi..." lirih Othman yang masih tersungkur di lantai.
"Kau janji akan bayar bila cukup tiga bulan! Dan sekarang dah lebih tiga bulan habuk pun tak ada! Bangsat!" Lelaki itu hendak melayangkan lagi tangannya ke arah Othman tapi tiba-tiba dihalangi oleh seseorang.
"Ayah!"
Aku mula berlari ke arah ayahku apabila melihat ayahku yang akan dipukul teruk oleh lelaki sasa itu.
"Ayah! Ayah tak apa-apa? Kenapa boleh jadi macam ni? Kau! Kau buat apa dekat ayah aku hah?! Berani kau pukul dia sampai macam ni?!" Tengkingku kepada lelaki tersebut walaupun dalam dirinya masih ada ketakutan.
"Uish, garangnya cik adik.. takut kita.. hahaha!" Ujar lelaki tersebut dengan nada mengejek. Rakannya yang berada di situ turut memberi senyuman sinis terhadap gadis yang berada di hadapan mereka sekarang.
"Ayah.. jom balik.." Saat aku yang ingin mengangkat ayah untuk pergi dari situ, tiba-tiba sahaja tangan mungilku dicekal kuat oleh lelaki tersebut.
"Akh! Sakitlah! Lepas!" Aku meringis kesakitan apabila tanganku dicengkam kuat sebegitu rupa.
"Heh! Kau nak bawa orang tua ni pergi mana?! Hutang dia pun belum settle lagi lah!" Tengkingnya dengan tangan yang masih mencengkam erat di pergelangan tanganku.
"H...hutang apa pula ni? Ayah?" Soalku bingung. Hutang lagi? Hutang lama pun belum selesai lagi dah tambah hutang baru?
"Hutang dia dengan duit bos kita orang lah bodoh!" Jerkahnya.
"B...berapa ringgit hutang ayah saya?" Soalku menatap sayu ke arah lelaki itu.
"Hahaha! RM80 000!" Terkedu aku dibuatnya apabila mendengar jumlah duit yang begitu besar yang ayah hutang selama ini.
"A...apa? RM80 000?!" Soalku tak percaya.
"Ye cik adik. Kenapa? Kau nak bayar? Cuih, kau takkan mampu lah. Bahkan RM80 000 tu lebih mahal dari tubuh kau!" Ujarnya selamba mengherdik diriku. Tiba-tiba..
Pang!
"Encik! Encik dengar sini! Encik tak ada hak nak letak nilai diri saya ni berapa! Dasar manusia iblis! Saya bukan perempuan murahan yang encik boleh nilai dan letak harga layaknya barang sesuka hati!" Tengkingku tak puas hati selepas menampar pipi kasarnya.
Pang!
Terpeleng wajahku apabila tangan besar lelaki tersebut menampar keras pipi mulusku. Darah segar mula mengalir di hujung bibirku.
"Argh!" Ringisku lalu memegang pipiku yang masih terasa sakit akibat ditampar oleh lelaki tersebut.
"Kau ni memang nak kena..."
"Enough Leo!"
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pasti mempunyai rahsia bukan? Tetapi bagaimana pula jika diri seseorang dijadikan sebagai rahsia yang...