Diam. Tiada perbicaraan di antara kami. Aku masih terkedu dengan apa yang keluar dari mulut Zariel tadi. Ini adalah kali pertama Zariel berani menengking diriku.
Salahkah aku? Salahkah aku hanya kerana merisaukan keadaan suamiku sendiri? Aku dapat melihat raut wajahnya yang bertukar garang ketika mula berjalan masuk ke dalam kereta. Aku tidak tahu apa yang dia dan sahabatnya bualkan hingga dirinya menjadi marah seperti ini.
"M-maira... a-aku tak ada niat--"
"Tak apa. Saya tahu awak mesti penat kan? Kalau awak tak nak pergi hospital pun tak apa. Awak kan ketua bodyguard, setakat luka kecil ni apalah sangat kan bagi awak." Aku tersenyum paksa ke arahnya. Walaupun hati masih terkejut dengan jerkahannya tadi, namun aku tetap tegar untuk tidak menangis di hadapannya. Aku tidak ingin dianggap sebagai perempuan lemah!
Diam. Zariel tidak membalas ucapanku. Zariel meraup kasar wajahnya. Selang beberapa saat dia menyelut poket seluarnya untuk mengambil kunci kereta. Dia menghidupkan enjin dan mula menekan minyak dan melajukan kereta dengan kecepatan biasa.
°°°Audi Q5 milik Zariel mula masuk melepasi pagar hadapan rumah banglo ini menandakan kami berdua sudah tiba di rumah.
Lantas aku membuka seat belt kereta dan turun dari kereta. Aku berjalan ke arah pintu rumah dan sebaik sahaja aku ingin membuka pintu, tenyata pintu rumah ini dikunci. Baru aku ingat bahawa kunci rumah ini berada pada Zariel.
"Cari ni ke?" Soal Zariel sambil menggoyangkan kunci rumah yang berada di tangannya hingga mengeluarkan bunyi.
Aku menoleh ke arah belakang. Dan ya! Dia masih lagi memegang kunci itu sambil tersengih ke arahku.
Aku masih diam. Zariel mengeluh nafas berat. Kemudian dia berjalan mendekat dan berdiri di sebelahku untuk membuka pintu. Aku sedikit menjarakkan tubuhku dari berada dekat dengannya.
Cklek!
Pintu dibuka dan tanpa membuang masa langkah kakiku terlebih dahulu mendahului Zariel. Tanpa salam terus saja aku melulu masuk. Zariel menatapku hairan. Namun aku tidak menghiraukannya.
Aku menutup keras pintu bilik. Huh! Aku masih tertanya di dalam benak fikiranku. Mengapa harus aku yang dimarahinya? Mengapa harus aku yang dijadikan tempat dia lampiskan kemarahan?
Aku tahu dia tidak menyakitiku secara fizikal. Sebaliknya secara mental! Aku sangat terkilan dengan apa yang dijerkah olehnya. Walaupun ini bukan kali pertama aku pernah dinerkah oleh lelaki, namun diri ini masih shock akan tindakan tersebut.
Aku mendengar pintu ditolak oleh seseorang. Aku mendengar langkah kaki sesekrang mula mendekat ke arahku. Aku tahu itu siapa. Zariel!
"Sayang marahkan abang lagi ke?"
Blurp!
Sayang? Dia panggil aku sayang? Ini adalah kali pertama dia panggil aku macam tu!
Terus aku menoleh ke arahnya. Jujur, memang pipiku sangat merona merah sekarang.
"Kenapa? Salahkah kalau abang panggil sayang macam tu?" Soal Zariel lagi.
"S-saya nak pergi bilik air dulu," aku cuba untuk mengelak. Lantas aku mula bangun dari dudukku tadi dan ingin mula menapak ke dalam bilik air.
"Abang tak habis cakap lagi!" Suara Zariel terdengar sedikit tegas membuat langkahku terhenti seketika.
"Abang minta maaf. Abang tahu abang tak patut tengking macam tu dekat sayang. Maafkan abang ya sayang..." Zariel merayu sambil menggenggam erat kedua tanganku. Namun dengan pantas aku menepis tangannya.
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pasti mempunyai rahsia bukan? Tetapi bagaimana pula jika diri seseorang dijadikan sebagai rahsia yang...