SETELAH sampai ke destinisi kami, ayah terus turun dari kereta lalu ke arah tempat duduk penumpang di sebalah kiri.
"Cepat turun! Cepat!" Ujarnya sambil terus menarik paksa tanganku untuk turun dari kereta.
"Tak nak! Lepaslah ayah!" Aku memberontak dengan kuat agar tanganku dilepaskan namun tiba-tiba..
PANG!
"Kau jangan nak jadi anak derhaka Humaira! Ikut arahan aku dan kalau kau berani lari dari sini siaplah kau aku kerjakan!" Ucap ayah setelah menampar keras pipiku.
Aku meringis kesakitan sambil memegang pipiku yang mendapat tamparan keras darinya tadi. Tanpa disedari, air mataku sudah mula keluar dari kelopaknya.
"K...kenapa ayah sanggup buat Maira macam ni? Maira cuma ada ayah sorang aje dalam dunia ni. Maira tak nak jadi pelacur! Maira masih ada maruah ayah!" Ucapku dengan tangisan yang masih tak kunjung henti.
"Heh! Apa lagi cara yang aku boleh buat kalau aku tak jual kau! Kau tu perempuan! Mudah dibeli. Semua lelaki confirm terliur dengan kau!"
"Ayah!" Aku menatapnya dalam. Langsung tidak ada belas kasihan yang ditunjukkan dari raut wajahnya terhadap diriku saat ini.
"Othman! Kau tercegat apa lagi dekat situ?! King dah lama tunggu kat dalam! Kau memang nak cari mati ke nak dia tunggu kau lama-lama?!" Soal salah satu anak buah King Xavier kepada ayah dari arah pintu masuk kelab malam ini.
"Dah jom! Kau tak payah nak berleter banyak kat sini!" Ucap ayah lalu menarik kasar tanganku untuk mengikut langkahnya masukke dalam kelab malam.
"Hiks, tak nak! Ayah!" Raunganku bagaikan angin yang berlalu bergitu saja. Ayah masih tetap menarik tanganku tanpa memikirkan aku yang masih meraung kesakitan akibat cengkamannya.
"King! Othman dengan anak dia dah sampai" ujar Leo kepada Xavier dan dibalas dengan anggukkan kepalanya saja.
"King! Ni anak saya. King boleh buat apa saja dekat dia. Dia hak milik king. Dia bukan tanggungjawab saya lagi! Jadi sekarang, saya nak bayarannya" ujar ayah yang kemudiannya menolakku ke hadapan hingga aku tersungkur ke bawah.
"Argh!" hanya itu saja perkataan yang keluar dari bibirku ketika ayah yang tiba-tiba saja menolakku jatuh ke bawah.
"Kurang ajar! Berani kau tolak bakal isteri aku, Othman!" jerkah Xavier dengan dengan suara garaunya hingga membuatkan seluruh kelab malam ini menjadi sunyi.
"K...kenapa ni king? A...apa salah saya?" Soal ayah tergagap-gagap.
Xavier mengambil sebuah bagasi hitam lalu mencampaknya ke arah ayah hingga dia meringis kesakitan.
"Kau ambil duit tu dan kau boleh berambus dari sini! Macam mana mau boleh buat kasar dekat anak kau, macam tu lah kau akan dapat balik! Lepas ni jangan tunjuk lagi muka tua kau tu depan aku dengan anak kau! Berambus!!" Ujarnya keras dengan tatapan penuh benci kepada ayah atas perbuatannya tadi.
"B-baik king.. s-saya pergi dulu.." Ayah mengambil bagasi hitam tersebut lalu mula melangkah kaki berdar dari situ secepat mungkin sebelum Xavier mengamuk.
"Okey little princess. You know right now you're mine, right?" Ucapnya dengan nada garau dan tidak henti dari tadi menilik tubuhku.
"T-tuan.. tolong jangan apa-apakan saya" Ucapku memohon belas kasihan darinya.
"Aku dah beli kau RM170 ribu tahu tak? Jadi tak berbaloi lah kalau aku beli kau dengan harga macam tu tapi aku tak dapat apa-apa kan?" Sindirnya menatapku sinis.
Xavier mula berjalan ke arah ku. Di mencangkung di hadapanku dan tangannya mula merayap membelai pipi mulusku. Aku menepis tangan dia kasar dan meludah air liur ke wajahnya.
"Wow! Wow! Huh! You're so naughty, little princess. Berani kau ludah aku kan?" Ucapnya lalu mengangkat tangan kepada anak buahnya untuk tidak memgeluarkan pistol dari poket mereka atas tindakan ku sebentar tadi.
"Leo! Bawa dia masuk ke bilik 513 sekarang! Ikat tangan dia di kerusi dan jangan sampai terlerai faham!"
"Baik, king!" Balas Leo lalu menunduk sedikit kepalanya ke arah Xavier sebagai tanda hormat.
Leo mula berjalan ke arah ku lalu menarik paksa tanganku untuk mengikuti langkah besarnya itu. Aku sesekali cuba untuk memberontak namun tidak berhasil kerana tenaga jantannya lebih kuat daripada tenagaku.
Setelah sampai ke bilik 513, Leo menghempas kuat tubuhku di kerusi lalu mula berjalan ke arah laci berdekatan dengan katil.
Dia membuka laci tersebut lalu mengeluarkan seutas tali dan mula berjalan ke arahku. Dia menggenggam tangan mungilku ke belakang dan mula mengikat tanganku sekuat kuatnya.
Akh!
Aku meringis kesakitan tatkala tanganku diikat dengan begitu kuat dan kemas. Aku menatap Leo yang baru saja selesai mengikat tanganku.
"Lepas lah! Aku tak nak duduk sini!" Ujarku tak puas hati dengan tindakannya yang mengikat tanganku. Ingat tak sakit le ikat aku kuat-kuat?
"King dah beli kau! Jadi kau kena patuh dengan dia! Ikut kemahuan dia! Layan nafsu dia! Tu memang kerja kau, PELACUR!" Ujarnya lalu pergi ke arah pintu dan memulas daun pintu itu dan mula berlalu pergi dari bilik ini.
"Hiks! Tolong!! Lepaskan aku!! Hiks.. ibu!! Tolong Maira ibu!!!"
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pasti mempunyai rahsia bukan? Tetapi bagaimana pula jika diri seseorang dijadikan sebagai rahsia yang...