Bab 4

722 29 0
                                    

"SIR, ini semua adalah maklumat tentang perempuan yang sir perkatakan tadi. Her name is Humaira Alfatun Nisa binti Othman. 21 years old and she works at Cafe Cantania." ujar Zariel dengan membaca maklumat Humaira dengan teliti.

"Humaira Alfatun Nisa.. Wow! That's a nice name! Memang padan dengan wajah dia yang cantik dan lekuk tubuh dia yang..." Ujar Xavier dengan menekankan perkataan tubuh dari mulutnya.

"Urm sir, betul ke sir dah beli perempuan tu daripada ayah dia?" Soal Zariel ingin tahu.

"Kau ingat aku main-main ke Zariel. Ya, memang aku dah beli dia and ayah kandung dia sendiri yang jual dekat aku. Cih! Orang tua tu memang tak layak bergelar ayah! Kenapa? Kau tak percaya ke?" Ucap Xavier lalu mengambil sepuntung rokok dari kotak rokok lalu menyalakan api ke hujung puntung rokok tersebut.

"Bukan saya tak percayakan sir. Cuma... saya nak kepastian aje" Balas Zariel ragu-ragu.

"Dah! Malam ni siapakan semua orang kita. Aku nak semuanya berjalan lancar. Tak sabar aku nak jadikan perempuan tu milik aku." Ujar Xavier lalu mula melenggang pergi dari situ.

Zariel hanya menatap kepergian tuannya. Memang tuannya sudah merancangkan segalanya. Namun, jauh dalam sudut hatinya.. dia tak sanggup ingin melaksanakan tanggungjawab demikian.

"No.. dia bukan milik kau.. she's mine! Only mine..." Lirih Zariel dengan mengetap kuat giginya. Dia tidak mahu miliknya dikacau oleh orang lain.


TOK! Tok!

"Maira! Kau dah siap belum?! Lambat lah kau ni perempuan!! Cepat lah!" Ujar ayah sambil terus mengetuk pintu bilikku dengan kuat.

Saat ini aku hanya termemung ke arah cermin yang sedang memantulkan tubuhku yang terbaluti dengan mini dress yang sudah dibeli oleh ayahku. jauh ke arah jendela. Aku melirik ke arah mini dress yang sudah ayah siapkan untukku. Dress yang singkat, bahagian bahu dan kaki dan yang terdedah. Sungguh aku berasa jijik dengan diriku saat ini.

"Aku tunggu kau dekat luar. Kalau kau tak siap lagi, siaplah kau aku kerjakan!" Ucap ayah lalu melangkah kaki pergi dari situ.

Aku mengelap kasar air mataku yang mula mengalir. Aku tidak tahu harus berbuat apa lagi melainkan harus mengikuti arahan dari ayahku. Aku ibarat kuli di matanya.

"D...dah. Maira dah siap ayah.." Lirihku setelah sampai di hadapan ayahku.

"Hm, capat masuk kereta!" Arahnya dan dibalas dengan anggukkan kecil kepalaku.

Sepanjang perjalanan, tidak ada langsung percakapan antara kami. Hanya keheningan sahaja di sini. Aku mula mengeluarkan suaraku untuk memecahkan keheningan.

"Ayah... kenapa Maira tak perlu bawa baju-baju Maira sekali?" Soalku memecahkan keheningan.

"Tak payah! King Xavier tu orang kaya. Banyak baju mahal yang dia boleh belikan dekat kau! Asalkan kau layan dia" Ujar ayah lalu tersenyum sinis menatapku.

"Layan? Apa maksud ayah?" Soalku kebingungan.

"Halah kau ni, lembablah! Berikan segala yang dia nak lepas tu kau dapatlah apa pun yang kau nak. Tu pun tak boleh fikir!"

"T...tak, tak! Maira tak nak jadi pelacur ayah! Maira masih ada maruah diri! Maira tak nak ikut dia ayah!" Ucapku tidak terima dengan apa yang dikatakan oleh ayah tadi. Aku? Jadi pelancur?

"Buatlah apa cara sekalipun! Kau takkan boleh lepas dari ketua mafia tu sebab dia dah beli kau, kau tahu tak?! Jadi kau jangan nak berani cuba untuk lari dari dia!" Tengking ayah lalu memecut laju menghala ke destinasi kami iaitu... kelab malam.

𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞Where stories live. Discover now