Bab 8

785 31 0
                                    

"Dah puas tenung?"

Blush!

Lamunanku terhenti tatkala Zariel menyoal diriku sebegitu rupa. Memang naik merah lah pipi aku dibuatnya! Alahai Maira.. kau dah kenapa pergi tenung tubuh sasa lelaki tu?

"Aku tanya dah habis tenung ke? Sebab aku nak pakai baju ni" Soal Zariel ketika menyedari gerak geriku yang sedang menahan malu.

"Err.. saya nak mandi" Aku mengalihkan perbicaraan. Lantas aku terus mencapai tuala mandi yang sudah tersedia di dalam almari lalu berlalu masuk ke dalam bilik air.

Zariel yang melihat reaksiku hanya tersenyum nakal. Sumpah malu gila! Ini kali pertama aku tengok tubuh orang lelaki tahu! Tapi nasib baiklah dia sudah bergelar suami, kalau tak.. memang arwah lah aku pergi gali kubur sendiri.

Setelah 15 minit aku membersihkan diri, aku ingin keluar dari bilik air. Namun langkahku terhenti tatkala aku baru menyedari yang aku terlupa membawa pakaian yang perlu dipakai malam ini. Ya Allah Maira.. macam mana kau boleh lupa! Takkan nak keluar bilik air dengan tuala separah dada hingga lutut aje!

Aku memaki diriku sendiri di dalam hati. Asyik sangat tengok six pack suami ni lah jadinya! Aku ingin keluar dari bilik air ini dan berharap Zariel sudah keluar dari bilik tidur.

Aku memberanikan diri untuk membuka sedikit pintu bilik air untuk menjenguk Zariel sama ada masih berada di situ ataupun tidak. Namun aku langsung tidak melihat kelibat Zariel di situ. Okey line clear!

Aku melangkah kaki menuju ke almari. Aku memilih baju tidur yang aku ingin pakai malam ini. Akhirnya aku memilih baju tidur bercorak buah ceri untuk dipakai pada malam ini. Saat sedang asyik memilih di bahagian pakaian dalam pula, aku dapat merasakan ada hembusan nafas dari belakang telingaku.

"Are you trying to seduce me, mariposa?" Alamak suara tu... suara Zariel!

"Opocot mak kau janda anak lapan!" Pula dah! Time ni juga lah kau nak melatah Maira oi!

Aku menutup mulutku dan memejam mataku. Tak sanggup menatap pandangan mata Zariel yang betul-betul di hadapanku saat ini.

"Look at me, mariposa." Garau suaranya. Aku masih memilih untuk menutup mata dengan kedua dua belah tangan mungilku.

"Look. At. Me." Satu persatu perkataan disebut olehnya. Aku tidak tahu harus bereaksi apa lagi.

Aku hanya mengikuti arahannya. Aku mula mengalihkan tanganku yang menutupi wajahku dan memberanikan diri untuk menatap manik mata Zariel.

Diam. Sunyi. Tidak ada apa-apa yang berlaku. Namun aku menyedari nmmanit mata Zariel bukan lagi menatap mataku tetapi beralih kepada bahagian dadaku yang sedikit terbuka. Yalah, tadi aku tak sempat nak pakai baju dia dah ada dekat belakang!

Sepantas mungkin aku menutup dadaku dengan kedua tanganku. Zariel hanya terkekeh. Aku tidak faham akan tindakannya saat ini. Aku fikir dia akan marah bila aku keluar dari bilik air dengan keadaan macam ni.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Are you trying to seduce me?" Zariel mengulangi kembali soalannya sebentar tadi.

"Mana ada saya nak goda awak! Sebenarnya tadi saya lupa nak bawa pakaian sekali masa nak mandi. Saya pun bukalah pintu nak jenguk dekat luar awak masih ada dalam bilik ni ke tak. Bila saya tahu awak tak ada saya pun pergilah ambil baju. Lepas tu tiba-tiba awak bisik belakang saya. Dah lah saya nak pergi pakai baju!" Jelasku panjang lebar. Aku ingin melangkah kaki menuju ke bilik air semula tetapi tanganku dicegah oleh Zariel.

Zariel menarik tanganku lalu menolak lembut tubuhku ke atas katil. Dia mula merangkak naik ke atas katil. Dengan cepat aku ingin bangun namun sepantas kilat Zariel mencengkam kedua tanganku.

"Eh awak nak buat apa ni?! Awak jangan macam-macam dekat saya!" Aku mula tak sedap hati. Mamat ni nak buat apa pula dekat aku?

"Calm down, mariposa." Ujarnya menenangkanku.

"Nama saya bukan mariposa lah! Ibu ayah saya bagi nama saya cantik-cantik suka hati aje awak ubah! Humaira. Nama saya Humaira! Panggil Maira aje!"

"Humaira? That's a beautiful name. But I prefer to call my wife mariposa. Mariposa means butterfly. It is a word from Spanish. Kalau kau tak suka aku panggil lau macam tu, apa kata aku panggil kau sayang?"

Blush!

Haih, ni dah kali kedua aku blushing! Kenapa mamat ni romantik sangat? Aku tak kuat nak tahan malu ni!

"Okey. Memandangkan malam ni malam pertama kita. Aku rasa malam ni bagus kalau kita exercise kan?" Ujarnya sambil menatap nakal diriku.

Exercise? Oh, baru aku perasan ada maksud tersirat rupanya di sebalik 'exercise' tu. Aku hanya diam. Raut wajah Zariel bertukar lembut saat melihat raut wajahku yang terlihat risau.

"Humaira, kau terima aje apa yang aku beri. Aku takkan kecewakan kau. Kau isteri kau. Tolong beri aku hak untuk jadi milik kau seutuhnya. I'm yours, mariposa" Ujarnya menatap dalam diriku. Aku hanya tersenyum tipis dan menganggukkan kepalaku sebagai tanda setuju dengan kehendaknya.

Zariel tersenyum lembut kepadaku. Dia bangkit dari atas tubuhku lalu berjalan ke arah suis lampu.

Tap!

Suis lampu ditutup. Hanya cahaya bulan purnama dari bumbung lut sinar ini sahaja yang menerangi kegiatan kami pada malam ini. Malam ini aku sudah menjadi milik Zariel Lutfan yang seutuhnya. Dia milikku dan aku miliknya.

 Dia milikku dan aku miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞Where stories live. Discover now