Malam berganti pagi. Tika ini aku sedang menyiapkan sarapan untuk aku dan Zariel. Hari ni perutku teringin mahu makan sandwich. Jadi aku terus mempersiapkan bahan-bahan yang diperlukan.
Aku mula memotong sayur-sayuran yang akan digabungkan bersama roti sandwich nanti. Tidak lama selepas itu, dapat aku dengari langkah kaki yang turun dari tangga. Siapa lagi kalau bukan Zariel.
"Amboi, rajin pula kau buat breakfast hari ni." Sapa Zariel.
"Saya lapar, sebab tu saya buat. Alang-alang tu saya buat untuk awak sekali." Aku mengiyakan ucapannya.
Setelah aku siapa menyediakan sandwich buatanku untuk sarapan pagi ini, aku mula menghidangkannya di atas meja. Zariel mula duduk di atas kerusi makan. Aku juga turut berjalan ke meja untuk turut menjamah sandwich bersama dengan Zariel.
"Eh, kenapa kau jalan terhenjut-henjut pula ni?" Soal Zariel ketika menyedari bahawa langkah kakiku sedikit lambat kerana... faham faham ajelah Zariel oi!
"Err.. awak tak ingat ke semalam? Teruk awak 'belasah' saya tau. Masa malam pertama kita pun awak tak adalah buat sampai macam tu sekali." Ujarku.
"Ouh! Sebab tu rupanya. Dah makan! Nanti kita naik atas aku tolong sapukan ubat tahan sakit untuk kau." Nada Zariel terdengar selamba.
What? Biar betul mamat ni?
°°°Usai sahaja selesai menjamu selera, aku ingin melangkah kaki menuju ke ruang tamu. Namun tiba-tiba langkahku terhenti tatkala merasakan satu tangan kekar yang menggenggam pergelangan tanganku.
"Eh, nak pergi mana ni? Kan aku suruh naik atas."
"Tak apa lah saya nak rehat kat depan." Aku cuba untuk mengelak.
"Tak payah banyak songeh! Naik atas atau aku dukung kau! Ke nak jadi macam semalam lagi?"
Gulp! Melebih pula si Zariel ni. Tak cukup lagi ke semalam dia dah buat apa dekat aku. Hari ni nak tambah lagi? Memang minta kaki lah kau ni Zariel!
"Err.. tapi saya tak sakit pun--"
Aku terjerit kecil tatkala aku sudah berada dalam dukungannya. Zariel membawaku naik ke atas dan lebih tepat lagi ke arah bilik kami.
"Zariel! Turunkan saya!" Aku meronta-ronta untuk dilepaskan.
"Huh! Awak ni kenapa? Suka hati aje gendong anak orang! Entah-entah dengan perempuan lain pun awak buat macam ni!" Tuduhku tak puas hati.
"Anak orang tu isteri aku juga. Kau tak payah nak tuduh aku bukan-bukan lah! Aku bukannya macam si Xavier tahi hidung masin tu!"
Amboi... sempat lagi nak mengata tuan dia si Zariel ni! Kalau King Xavier tu ada dekat sini sekarang, mahu tak berkecainya otak si Zariel ni kena tembak dengan senapang!
Aku melihat Zariel menuju ke arah laci berdekatan dengan meja solekku. Dia membuka laci tersebut lalu mengeluarkan satu botol yang aku boleh teka itu adalah botol ubat sapu. Zariel mula berjalan dekat ke arahku.
"Open your legs, mariposa." Arah Zariel selamba.
"Eh, awak nak buat apa ni?!" Aku mula berasa tidak sedap hati.
"Aku nak sapu ubatlah. Kalau kau tak buka kaki, macam mana aku nak sapu dekat area 'ekhem' kau tu?"
What the fish!! Zariel ni memang nak ambil kesempatan aku rasa.
"Tak payahlah! Saya boleh buat sendiri. Bukan susah pun!" Aku cuba untuk mengelak.
Itulah kau Maira! Pergi cari pasal dengan dia buat apa? Kan dah mendapat bala! Zariel ni pun satu, ada aje peluang yang dia nak ambil! Aku mengutuk diriku di dalam hati.
"Buka ajelah! Lagipun kalau kau tak cari pasal dengan aku, ni semua tak akan jadi tau!"
"Mana saya tahu! Saya gurau aje semalam. Awak tu yang terus terkam saya." Aku memuncungkan bibirku.
"Tch! Memang padan dengan muka kau, Mak Cik Bedah!"
"Mak Cik Bedah awak panggil saya?!" Aku mula menatap tajam ke arahnya.
"Ya. Kenapa? Kau tak suka aku panggil kau mariposa kan? Jadi apa salahnya aku tukar jadi Mak Cik Bedah?" Zariel tersenyum sinis ke arahku.
"Zariel!!!"
"Apa?"
"Hish.. bagi ubat tu dekat saya!" Lantas aku merampas botol ubat itu dari genggaman tangan Zariel.
"Saya boleh sapu sendiri ubat ni. Awak Pergi lah kerja dulu. Nanti lambat!" Ujarku.
"Tak nak.. wlekk!" Zariel menjelirkan lidahnya ke arahku. Dadaku sudah turun naik menahan amarah.
"Keluar!!!" Tengkingku.
"Eh.. sabar Mak Cik Bedah.. sabar..my little pony... my little pony... aaaaa~" Zariel cuba untuk menenangkanku.
"I said get out!!!!"
"Ya. Ya. Aku keluar! Huh! Dasar monyet tak boleh bawa bincang!"
Zariel bangun dari katil lalu mula beredar dari bilik ini. Tak lama setelah itu aku mendengar bunyi enjin kereta Audi Q5 miliknya yang sudah keluar dari area pagar rumah ini.
Aku mengeluh nafas panjang. Lega hati aku! Ada ke patut dia suruh aku mengangkang depan dia?! Memang tak guna punya Zariel! Dan lagi satu, apa hal pula dia pergi reka nama aku jadi Mak Cik Bedah pula ni?! Nama aku cantik-cantik suka hati aje dia tukar. Kau tunggulah Zariel. Nanti aku akan reka nama khas untuk kau. Padu punya! Kau tunggu...
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pasti mempunyai rahsia bukan? Tetapi bagaimana pula jika diri seseorang dijadikan sebagai rahsia yang...