Bab 10

742 27 0
                                    

"Arrgghh! Mana kau Zariel?!"

"S-sabar King. Mungkin Zariel masih dalam perjalanan ke sini" Leo berkali-kali tenangkan Xavier dari sedari tadi masih belum berhenti mengamuk.

"Sir!"

Semua orang menoleh ke arah sumber suara. Terlihat seorang lelaki yang berpakaian serba hitam muncul dari arah pintu masuk markas ini.

"Mana kau pergi Zariel?! Dari semalam aku cari kau! Kau tahu tak yang perempuan tu dah lari?!" Ucap Xavier ketika Zariel mula melangkah maju ke arahnya.

"Perempuan mana pula ni, Sir?" Zariel mengerutkan dahinya. Pura-pura tidak tahu mengenai perihal perempuan yang dimaksudkan oleh Xavier.

"Anak perempuan Othman tu lah. Humaira! Aku dah beli dia dan kurung dia dalam bilik 513 semalam. Tapi sekarang dah tak ada. Perempuan tu dah lari!" Darah Xavier mula memanas. Tak puas hati ketika raut wajah Zariel tidak menunjukkan kerisauan.

"Mungkin Othman dah bawa dia lari, King. Semalam kita dah tangkap dia. Apa kata kita pergi soal siasat dia tentang anak perempuan dia tu." Zariel memberikan cadangan.

Memang dari awal lagi Zariel sudah merancang strategi ini. Dia gunakan Othman untuk dapatkan Humaira untuk dia lindungi dalam jagaannya.

Zariel tidak mahu orang yang sudah lama dia memendam perasaan cinta, hancur dilahap oleh tuannya sendiri dengan menjadi seorang pemuas nafsu.

"Kau yakin ni semua rancangan Othman?" Soal Xavier ingin memastikan.

"Ya. Saya yakin. Tak ada sesiapa lagi yang boleh bawa dia lari selain ayah dia sendiri, kan?" Zariel meyakinkan tuannya.

"Baik. Kalau macam tu sekarang juga kita jumpa Othman. Aku nak tahu dekat mana dia sembunyikan bakal isteri aku." Xavier mula melangkah kaki beredar dari markas itu. Semua anak buah Xavier ikut berjalan di belakang tuannya. Zariel hanya menatap sinis kepergian Xavier.

"Tak. Sampai bila-bilapun dia tak akan pernah jadi milik kau. She is mine Xavier Stephan!"


°°°

Bugh!

Bunyi pintu ditolak dengan begitu keras menyebabkan Othman terjaga dari tidurnya. Kini dia berada dalam keadaan yang sangat menggerunkan. Kedua belah tangannya dirantai gantung ke atas. Wajahnya telah dipenuhi dengan lebam, kesan tumbukan dan parut yang masih segar.

"K-king.. tolong lepaskan saya. Bukan ke urusan kita dah selesai?" Othman memberanikan diri menatap Xavier.

"Selesai? Kau cakap urusan kita dah selesai? Tch! Urusan kita takkan pernah selesai lah Othman! Sekarang ku nak kau bagitahu aku, mana kau sembunyikan perempuan tu? Cakap!" Tegas Xavier sambil mencengkam kuat dagu Othman.

"Perempuan?" Othman mengerutkan dahinya.

"Anak kau lah bodoh!!"

Bugh!

Xavier menumbuk kasar wajah Othman. Amarahnya sudah membuak-buak sedari tadi. Siapa yang kenal Xavier saja yang tahu, betapa kejamnya seorang Xavier jika amarahnya sudah tidak terkawal.

"S-saya t-tak t-tahu.. anak buah King dah kurung dia. King pun dah beri saya duit. Buat apa saya nak ambil dia lagi?" Jawab Othman.

"Kau ingat aku bodoh?! Kau boleh aje kan ambil dia balik lepas tu jual dekat orang lain kan!! Cakap!! Dekat mana perempuan tu sekarang!!" Tengking Xavier sambil mencengkam kuat kolar baju Othman.

"Sumpah saya tak tahu! Saya tak jual dekat sesiapa pun. Lepas saya dapat duit tu, saya terus pergi dari situ! Saya mohon percayalah, King!" Othman merapatkan kedua tapak tangannya memohon ihsan dari Xavier.

"Kau ingat kau boleh tipu aku? Kau ingat kau boleh tipu King Xavier Stephan hah?! Kau ni memang---"

"Sir!"

"Saya rasa daripada kita tanya dia, lebih baik kita ke kelab malam semalam. Mesti dekat sana ada CCTV dan security kan? Lagipun, kalau setakat tanya orang tua ni, sampai kesudah takkan dapat jawapan!"

Zariel melirik sekilas ke arah Othman. Raut wajahnya terlihat sangat puas hati tatkala melihat keadaan Othman yang boleh dikatakan agak menyedihkan itu.

Memang padan dengan muka kau Othman! Macam mana kau layan anak kau dulu, macam tu kau akan dapat dalam penjara ni! Zariel menyeringai sini ke arah Othman.

"Betul juga. Tapi si Othman ni..."

"Saya rasa lagi bagus kalau kita kurung aje dekat sini. Kalau kita bebaskan dia, kemungkinan besar dia akan teruskan lagi rancangan dia." Ucap Zariel penuh dengan kesungguhan.

"Boleh tahan cadangan kau tu. Kau Othman! Urusan kita belum selesai lagi!" Xavier menjeling tajam ke arah Othman. Teguk air liur dibuatnya!

"Let's go Zariel, aku ada benda penting nak discuss dengan kau sebelum kita pergi ke kelab malam nanti."

"Okey, Sir!"

Xavier dan Zariel mula berlalu pergi dari situ dan diiringi juga dengan Leo di belakang. Kini, hanya tertinggal Othman seorang sahaja yang tangannya tergantung di situ.

 Kini, hanya tertinggal Othman seorang sahaja yang tangannya tergantung di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞Where stories live. Discover now