Dua hari berlalu. Kini rumah tanggaku kembali normal walaupun hubungan kami masih dirahsiakan. Ya. Tidak ada sesiapa pun yang tahu. Kami masih merahsiakannya.
"Betul ke kau nak jumpa dekat sini? Batang hidung kau pun tak ada lagi?" Ujar Zariel kepada lawan bicaranya di atas talian telefon.
Zariel memusing-musingkan badannya dan berjalan kehulur-kehilir mencari orang yang ingin berjumpa dengannya. Katanya mereka akan lepak di cafe ni. Tapi orangnya langsung tidak memunculkan diri.
"Awak ni dah kenapa berjalan ke sana, ke sini, ke sana, ke sini dah macam kucing hilang anak? Eh, ni bukan kucing hilang anak tapi kerbau hilang anak!" Aku memerhati gerak geri Zariel yang dari tadi tak reti nak duduk diam.
"Diamlah!" Zariel menjeling ke arahku sekilas. Aku terkekeh perlahan melihat reaksinya begitu.
"Zariel!"
Kedengaran satu suara garau yang menyeru nama Zariel. Lantas kepala kami berpaling. Aku melihat seorang lelaki yang boleh dikatakan kacak dengan pakaian pejabatnya berjalan ke arah kami. Oh! Lebih tepatnya ke arah Zariel.
"Zariel... lama tak jumpa kau! Kau sihat?" Sapa lelaki tersebut lalu memeluk erat Zariel. Tak lama setelah itu mereka berdua melepaskan pelukkan.
"Macam kau tengok sekarang lah Mikael."
Mikael? Ouh, lelaki ni namanya Mikael rupanya.
"Siapa tu? Bini kau eh?" Soal Mikael tatkala melihatku yang berada di atas kerusi di cafe tersebut.
"Tch! I'm not married anymore, Kael. She's just my maid."
What the fish! Dia kata aku maid dia? Ada juga nanti yang mendapat penampar ajaran turun temurun nenek moyang aku!
"Maid? Are you serious? She is too beautiful to be called a maid." Mikael menatapku seakan akan tidak percaya.
"Nak buat macam mana? Dia yang minta kerja dengan aku. Kau ingat aku ni ada masa sangat ke nak kemas rumah. Harapkan perempuan ni ajelah." Selamba Zariel.
Amboi... sedap mulut dia aje kata aku pergi minta kerja dengan dia. Kalau balik rumah nanti kau suruh aku buat kerja rumah juga, siaplah kau kena smack down dengan aku Zariel!!
"Eh takkan nak berdiri aje. Jom lah duduk." Zariel mengajak Mikael untuk duduk di kerusi bersama.
Mikael mengambil tempat untuk duduk di hadapanku dan Zariel di sebelahnya.
"Ekhem! Tiba-tiba rasa macam nak membuang lah pula. Kael, aku ke tandas lah kejap." Belum sempat aku ingin mengikuti langkah Zariel, dia terlebih dulu memberi isyarat untukku tetap duduk di sini.
Sekarang, hanya aku dan Mikael sahaja yang berada di meja yang bernombor 14 ini. Aku hanya dia tak berkutik. Tak tahu nak cari topik untuk berbual. Tapi aku rasa elok kalau aku tutup mulut saja.
"What's your name, beautiful?" Huh, soalan? Ya, soalan itu dituju kepadaku.
"Humaira." Jawabku ringkas.
"Ouh Humaira... kalau saya nak panggil Ira boleh?" Soal Mikael ketika aku hanya menjawab soalannya dengan ringkas sahaja.
"Err.. biasanya orang panggil Maira." Aku tersenyum lembut ke arahnya.
"Ouh Maira... kalau Zariel pula panggil Maira apa?"
"Mak Cik Bedah."
Belum sempat aku menjawab Zariel terlebih dulu memintas keinginanku untuk berucap. Tapi.. what?! Mak Cik Bedah again?!
YOU ARE READING
𝐎𝐆 | 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞
Romance𝐌𝐄𝐌𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 " 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐚𝐧: 𝐇𝐢𝐬 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐖𝐢𝐟𝐞 " Rahsia. Semua manusia yang berada di atas muka bumi ini pasti mempunyai rahsia bukan? Tetapi bagaimana pula jika diri seseorang dijadikan sebagai rahsia yang...