Bab 1 - Cuti Akhir Tahun Bahagian 1

25.6K 61 0
                                    

"Are you readyyyyyy??!!!", teriak Irene.

"Yeahhhh!!!", teriak kami berempat.

"Kita semua patut cakap terima kasih dekat Violet, sebab dia berani bogel dalam kereta on the way pergi PD", ujar Irene sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arahku.

"What?", tanya Rose.

"Hey, Irene. Kenapa pecah lubang?", tanyaku.

"Oooppss...", Irene menutup mulutnya.

Manakala Linda dan Farah bertepuk tangan sambil mengatakan mereka kagum denganku. Rasanya, itulah benda paling gila yang pernah aku buat, tambah mereka lagi.

Rose pula mencubit perutku yang masih lagi lembut dan tidak fit seperti Farah.

"Ampun mommy...jangan cubit anakanda. Lain kali aku ajak mommy bogel sekali", gurauku.

Menambahkan geram Rose padaku, serta-merta dia mencubit berkali-kali serta menepuk bontotku. Manakala Linda, Farah dan Irene pula mengetawakanku sambil menjadi batu api.

Ketika itu, kami berlima sedang berjalan kaki menuju hentian bas dengan membawa beg masing-masing.

Hampir dua jam kemudian, kami akhirnya tiba di lokasi yang hendak dituju setelah menaiki beberapa bas. Irene kemudiannya membelikan tiket untuk kami berlima dengan menggunakan duit yang telah diberikan Zul kepadanya.

Farah memelukku serta merehatkan kepalanya di atas bahuku sambil berjalan bilik persalinan.

"Ngantuk lagi ke?", tanyaku kepada Farah.

Dia hanya menganggukkan kepalanya sambil bibirnya dijebikkan. Sekaligus membuatkan Linda mencubit punggung Farah serta mengejeknya.

"Alah...alah...alah...keciannya dia. Tulah...dah tau nak pergi jalan, bergayut lagi dengan pakwe sampai pukul 3 pagi", perli Linda sambil menyubit pipi Farah dengan geram.

"Tak apa...nanti kena air segarlah tu", pujukku.

Selesai sahaja menukar pakaian, aku menunggu kawan-kawanku di loker berhadapan dengan bilik persalinan. Rose keluar dahulu sebelum Farah, Linda dan Irene.

Swimsuit berwarna hitam yang dipakai Rose menyerlahkan lagi kematangannya, walaupun dia sebaya dengan kami semua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Swimsuit berwarna hitam yang dipakai Rose menyerlahkan lagi kematangannya, walaupun dia sebaya dengan kami semua. Rose tersenyum mesra melihat aku sedang menunggunya.

 Rose tersenyum mesra melihat aku sedang menunggunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Violet - The Final Year [Complete]Where stories live. Discover now