Bab 30

3 1 0
                                    

Ha Neul duduk termenung sambil pegang sehelai surat di tangannya. Ya itu adalah surat daripada bungkusan yang dia terima dari penghantar misteri. Tetapi apa yang membuatkan fikirannya jauh melayan ialah tentang isi kandungan surat itu bukanlah tertulis tentang dirinya.

Ttok! Ttok! Ttok!

Bunyi ketukan pintu dari luar menghapus lamunan Ha Neul. Dia segera kemas surat-surat yang terabur di atas meja dan segera sorokkan di dalam laci. Dia betulkan sedikit pakaiannya dan segera membuka pintu. Senyuman terpancar dibalik pintu.

"Cik puan, ini makan malam dan juga ubat. Pesan Tuan muda, Cik puan harus tidur sebaik makan ubat supaya cukup rehat." Kata pembantu peribadi Ha Neul.

Ha Neul mengangguk. Dia mengerti akan kerisauan suaminya itu. Dia juga tahu bahawa dia harus berehat. Ha Neul mengangkat dulang berisi makan malam untuk diletakkan sendiri di atas meja.

"Lepas habis makan, saya akan kemaskan sendiri ya. Awak boleh berehat", ujar Ha Neul. Sememangnya beruntung siapa yang bekerja bersama wanita ini kerana dia tidak pernah mengarahkan semua pekerjanya bekerja lebih masa. Malahan dia sangat mengambil berat terhadap semua orang yang berada di sekelilingnya.

Ha Neul kembali duduk di ruangan kerjanya itu. Dia lihat makanan yang kelihatan enak tetapi seleranya tiada. Tumpuannya hanyalah tertumpu dengan surat yang dia keluarkan semula. Satu persatu dia teliti penulisan dari surat itu.

"Mark, kenapa kau masih tunggu kepulangan dia?" Soal Ha Neul lalu menekup wajahnya dengan telapak tangan sebelum dia berpaling semula ke luar jendela. Melihat bulan yang menerangi langit gelap.

Φ • Φ • Φ • Φ • Φ Φ • Φ • Φ • Φ • Φ

"Apa semua ni Mark?!" Bentak Soo Min sambil menunjukkan dokumen penceraian ke arah Mark.

Mark senyum sinis. Dia keluarkan sebatang rokok dan membakar hujung putung. Berasap ruangan kecil yang menjadi bilik rahsia Mark. Asap rokok dengan selambanya dihembuskan ke muka Soo Min. Langkah Soo Min makin menjauh apabila Mark makin kerap hembus asap rokok ke wajahnya.

"Hebat juga kau. Bilik rahsia aku ni punya la susah orang tahu tapi kau boleh jejak sampai ke tempat ni", ujar Mark sambil memicit putung rokok yang sudah kontot ke dalam bekas abu.

"Saya tak bodoh Mark. Semua gerak geri awak saya perhatikan. Perangai awak pun  saya perhatikan. Semakin lama semakin teruk. Mana Mark yang saya kenali 3 tahun lalu?? Saya nak Mark yang dulu!"

Sebak dada Soo Min. Dia mudah menangis dan hatinya juga mudah tersentuh terutama sekali apabila keadaanya sekarang yang sedang babyblues.

Mark memberi senyuman sinis melihat wanita bergelar isterinya menangis. Sememangnya dia tidak sedikit pun rasa kesian. Tangisan Soo Min tidak mampu melembutkan hati Mark. Jiwanya mati seperti boneka. Di dalam pelusuk fikiran Mark hanya ada seorang sahaja wanita yang dia cintai sejak bertahun lalunya. Namun tanpa sedari ada hakikat yang yang sangat berat yang dia cuba pertikaikan daripada menerimanya.

"Eh perempuan, kau dengar sini baik-baik! Aku benci kau!! Kalau tak disebabkan kau, aku tak akan kehilangan orang yang aku cintai tahu tak?!!" Tempikan Mark menusuk ke dalam telinga Soo Min.

Terdiam Soo Min daripada tangisan sendu. Terkebil-kebil matanya memandang Mark dari belakang. Air mata yang tersisa terus dia kesat dengan lengan baju.

"Apa maksud awak?" Soal Soo Min.

Mark memusingkan tubuh, kini mereka saling bersemuka. Mark merenung tajam wajah Soo Min yang tersenyum pahit.

"Kau tanya aku? Kau pura-pura lupa?" Soal Mark lagi.

Soo Min mula berfikir apakah salah yang dia lakukan? Apakah yang Mark maksudkan? Sedang asyik dia melayan fikiran, pipinya pedih dipegang kuat oleh Mark.

"Sakit.. Mark...Sakit...Jangan macam ni" rayu Soo Min sambil sentuh tangan Mark yang masih melekap di pipinya. Mark rapatkan bibir ke telinga Soo Min, lalu berbisik sesuatu.

"Kau yang pisahkan aku dengan tunang aku! Kau rancang semuanya supanya orang yang aku cinta tinggalkan aku!! Kau yang minta Ha Neul pergi jauh dan tinggalkan aku!!"

Soo Min terduduk ke lantai. Semua rahsia dia terbongkar. Ya benar selama ini memang Soo Min membuat satu rancangan untuk memisahkan Ha Neul dengan Mark. Soo Min terlalu cintakan Mark hingga sanggup berlaku kejam. Soo Min juga sebenarnya yang mengupah seseorang untuk menculik Ha Neul. Tetapi perancangannya menjadi satu tragedi yang sangat pilu. Dia mengambil masa setahun untuk perlahan-lahan melupakan kejafiam itu tetapi tidak sangka bahawa Mark hingga ke hari ini masih ingat. Mungkin sebab itulah Mark semakin menggila!

"Sekarang aku nak kau berambus dari sini!" Ujar Mark dengan tegas. Dia keluar dari bilik rahsia itu dan masuk ke bilik Soo Min.

Soo Min berlari mengejar Mark. Dia takut jika Mark terjumpa satu lagi rahsia yang dia simpan dalam biliknya.

"Mark!!" Jerit Soo Min apabila lihat Mark mengeluarkan semua pakaian Soo Min dan campak ke dalam bagasi.

"Mark, tolong jangan macam ni.. Tolong dengar penjelasan saya", rayu Soo Min lagi. Mark endah sahaja kata-kata Soo Min. Tangannya pantas bekerja. Memasukkan pakaian dan beberapa barang peribadi Soo Min dan terus mengunci rapat bagasi itu.

Mark heret bagasi itu hingga ke tingkat satu. Soo Min tidak berhenti mengejar Mark. Sebaik sahaja sampai di ruang tamu, Mark melempar bagasi tersebut ke lantai. Dia pusing ke belakang, memandang Soo Min yang sedang merayu dan mula menyentuh kakinya.

"Mark.. Aku boleh jelaskan segalanya.. Maafkan aku Mark.. Tolong jangan buat aku macam ni.."

Mark tidak hiraukan rayuan Soo Min. Tangannya terus menggenggam rambut Soo Min hingga wanita itu merintih kesakitan.

"Keluar dari sini!!" Jerit Mark sambil merenung muka Soo Min dengan pandangan tajam.

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now