Bab 7

10 1 0
                                    

Bambam mengekori Ha Neul dari belakang. Dia cuba menyorok di celah tiang yang ada.

"Hoi, apa kau buat?"

Terjungkit bahu Bambam apabila disergah seseorang dari belakang. Pandangan Bambam beralih ke arah orang di belakangnya.

"Yu Gyeom. Kau ni tegur elok-eloklah. Nasib tak tercabut jantung aku tadi", tegur Bambam kepada rakan sekelasnya. Yugyeom terbahak-bahak ketawakan Bambam.

"Apa yang kau intai tu? Kau mengintai anak pengarah kolej ni ke?" Soal Yu Gyeom sambil tu dia pun menyorok di sebalik tiang. Matanya pandang dari atas  ke bawah susuk tubuh Ha Neul.

"Seksi betul bodyshape", kata Yu Gyeom kemudian dia lap air liur yang hampir keluar dari mulut.

"Perlahan suara kau tu. Nanti dia dengar susah kita pula", balas Bambam.

Mereka dua begitu asyik memandang Ha Neul yang sedang berbual dengan beberapa orang pelajar aliran kebudayaan di depan bilik tarian. Tanpa sedar Hyung Won sudah tercegat di belakang mereka berdua.

"Ehermm"

Bambam dan Yu Gyeom tidak mengendahkan deheman Hyung Won. Mereka sangka hanya suara dari pelajar yang ada di situ. Sekali lagi Hyung Won melangkah dan berdiri ke hadapan mereka. Terkejut kedua-dua budak lelaki itu.

"Awak berdua ikut saya sekarang!" Tegas Hyung Won. Yu Gyeom dan Bambam telan air liur. Muka mereka pucat dek rasa takut.

"Sir, maafkan kami", ujar Yu Gyeom.

"Ikut juga saya ke bilik disiplin sekarang", balas Hyung Won. Walaupun Hyung Won tidak tunjuk muka yang garang namun suaranya telah menakutkan mereka.

"Sir, saya rela bersihkan kawasan kolej ni seminggu tapi tolong jangan buang saya dari sini. Nanti mak saya tahu mesti dia marah saya. Silap hari bulan saya merempat tidur bawah jambatan sebab kena halau dari rumah oleh mak saya", beritahu Bambam. Teegetar-getar tangan dia menyentuh tangan Hyung Won. Sejuk.

"Korang berdua ni banyak sangat alasan. Ikut saya. Kita bincang dekat sana", kata Hyung Won. Bambam dan Yu Gyeom tidak punya pilihan lagi lalu menuruti perintah pensyarah tersebut tanpa bantahan.

               ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ

Terkumat-kamit bibir Bambam. Sedang berdoa gamaknya agar dia tidak dibuang dari kolej. Yu Gyeom duduk di sebelah Bambam namun matanya dia tidak diam memerhati sekeliling bilik disiplin yang juga bilik kerja Hyung Won.

Hyung Won bancuh teh di ruangan khas. Serba lengkap dalam bilik tersebut. Boleh dikatakan serupa seperti sebuah rumah. Mujur tidak mempunyai katil. Hanya terdapat sofa mewah yang boleh dijadikan katil.

"Sila minum", kata Hyung Won sebaik dia hidang seteko air teh hijau. Wangi baunya. Juga ada 2 potong kek untuk Bambam dan Yu Gyeom.

Kedua-dua mereka saling berpandangan. Hyung Won beri isyarat untuk mereka jamu hidangan yang dia beri. Maka tanpa segan silu mereka tuang air teh ke dalam cawan kecil yang ada di situ. Kelihatan haus betul ketika mereka meneguk teh suam tersebut.

Bambam cuit hujung kek dengan garfu dan suap ke dalam mulut. Begitu comel gelagat Bambam tambahan pula krim kek terkena di atas bibir. Hyung Won hulurkan tisu pada Bambam lalu Bambam pun lap krim itu.Yugyeom sudah hampir habis menjamah kek. Hyung Won hanya senyum lihat gelagat budak-budak tersebut.

Apabila kedua-duanya selesai menghabiskan kek. Hyung Won kembali sandarkan tubuh di sofa. Matanya pandang mereka dengan pandangan yang tenang tanpa membuat mereka rasa gementar.  Kakinya bersilang begitu juga jari kedua-dua tangannya.

Bambam hirup secawan teh sebelum dia mula berbicara dengan Hyung Won.

"Saya mengaku sebenarnya saya sedang mengintip Cik Ha Neul. Saya cuma ingin tahu kenapa dia tiba-tiba berada di sini", jelas Bambam. Yugyeom angguk kepala. Dia tidak tahu keadaan sebenar kerana dia baru sahaja berada bersama Bambam tadi.

"Sebab itu je?" Soal Hyung Won dalam mood bersahaja.

"Ada lagi. Saya nak tahu kenapa cik Ha Neul rapat dengan sir. Dia kekasih sir ke?"

Bambam beri senyuman sinis sambil kenyit mata. Yu Gyeom buat sorakan teruja. Mereka lupa di hadapan mereka adalah seorang pensyarah bukan rakan sekelas.

"Bukan.. Ha Neul tu adik saya. Dia ke sini untuk buat lawatan memandangkan ayah saya tidak berapa sihat. Ha Neul ganti ayah untuk pantau keadaan semua kelas dan respon dari pelajar jika mereka mempunyai masalah atau cadangan untuk penambahbaikan di kolej ini." Hyung Won beri penjelasan. Bambam dan Yu Gyeom tunjuk reaksi terkejut. Dalam masa sama mereka teruja kerana lepas ini akan kerap bertemu Ha Neul.

"Sir, macam mana Ha Neul boleh jadi adik awak?  Nama keluarga Ha Neul Kim. Nama keluarga sir bukankah Chae?"  Dengan beraninya Bambam keluarjan soalan sebegitu kepada Hyung Won. Yu Gyeom cubit peha Bambam agar kawannya sedar dia sedang bercakap dengan seorang pensyarah.

"Sakitlah!" Jerit Bambam sambil tepis tangan Yu Gyeom. Yu Gyeom senyum pada Hyung Won apabila dia sedar pensyarah muda itu angkat kening lihat perbuatannya.

"Sebenarnya kami berdua adik beradik tiri tapi disebabkan kami berdua membesar bersama sejak kecil jadi dah jadi seperti adik beradik kandung. Kami sangat rapat. Disebabkan orang tidak tahu kami adik beradik orang akan sangka kami adalah kekasih", jawab Hyung Won dengan tenang.

Mata Yu Gyeom terpaku pada gambar potret keluarga yang besar terpapar pada dinding. Dia tunjuk pada Bambam kerana tahu bahawa Bambam masih belum lihat gambar tersebut.

"Saya harap awak berdua simpan cerita ini. Kalau awak mahu bertemu Ha Neul, pergilah tapi jangan sampai ponteng kelas seperti ini. Lain kali habiskan kelas dulu." Hyung Won beri nasihat.

"Baik, Sir Chae. Sekali lagi kami minta maaf atas perbuatan kami", balas Bambam.

"Sir, terima kasih belanja kami kek. Teh ni pun sedap. Boleh ajar saya macam mana nak bancuh teh? Saya selalu kena marah dengan nenek saya sebab tak tahu bancuh teh", ujar Yu Gyeom malu-malu kucing.

Hyung Won ketawa setelah dengar kata-kata Yugyeom. Kemudian dia senyum dan beritahu dia akan ajar. Malahan dia jemput mereka untuk datang berjumpa dia jika mereka ada sesuatu ingin berbincang.

Mereka berdua bersurai. Lega Bambam kerana masih boleh terus belajar di Haneul Academy.

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now