Bab 19

14 2 0
                                    

Daehyun menghembuskan asap rokok yang berkepul dalam mulutnya sambil renung gambar Ha Neul bersama Mark.

"Kau tahu pasal Ha Neul?" Soal Dae Hyun pada Jin Young. Jin Young letak tin beer atas meja lalu renung gambar Ha Neul.

"Ni bukan awek yang kau suka masa kat kolej ke?" Soal Jin Young pula. Dae Hyun senyum sinis.

"Betul. Perempuan ni yang aku tergilakan sangat tapi belum sempat aku melamar, dia dah pindah luar negara. Jadi model. Sekarang bila aku jumpa balik, dia ada dengan jantan ni. Aku meluat tengok muka jantan ni dari dulu lagi", jelas Dae Hyun. Putung rokok yang sudah pendek ditonyoh atas meja dengan kuat hingga hancur.

"Aku rasa kena buat sesuatu", kata Dae Hyun sambil jeling Jin Young.

"Nak buat apa? Macam ada rancangan baik je", tegur Jin Young.

"Aku nak kau intip Ha Neul. Aku pula intip Mark. Aku rasa mereka kerap berjumpa dekat kawasan ni. Lepas tu..."

Daehyun senyum lebar. Dia rebah badan atas sofa, lalu capai gambar tersebut.

"Aku nak pisahkan mereka!" Sambung Dae Hyun. Justeru itu, gambar tersebut dikoyak dua. Dae Hyun cium gambar Ha Neul manakala gambar Mark dia bakar di dalam tong sampah.

Jin Young tepuk tangan tanda gembira. Malahan dia dan Dae Hyun juga merancang culik Ha Neul.


               ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ×ΦΦ

Seperti yang dirancang, keesokkan harinya Dae Hyun dan Jin Young keluar dari pondok persembunyian mereka.

Mereka berpisah dan menuju ke arah berlainan. Dae Hyun nampak kereta Mark di atas jalan raya menuju ke tempat kerja lalu dia ekori dari belakang. Jin Young pula lepak di dalam kafe dimana Ha Neul sering singgah di waktu pagi.

Mata Jin Young bukan sahaja tertumpu mencari Ha Neul, malahan dia juga sempat cuci mata lihat gadis-gadis muda seperti pelajar sekolah tinggi yang datang ke kafe itu. Meleleh air liur Jin Young tatkala lihat ada gadis mengenakan skirt singkat yang menutupi aras peha sahaja. Bukan itu sahaja, dia juga buat helah jatuhkan dompet berhampiran gadis itu, dan apabila dia mahu ambil dia akan mengintai kaki gadis tersebut.

"Uishhh putih gebu kaki dia ni. Kalau dapat ramas ni memang seronok", bisik Jin Young dalam hati sambil jilat bibir.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Jin Young jawab panggilan dari Dae Hyun.

"Hello.." Tegur Jin Young sambil cari tempat duduk berhampiran jalan raya.

"Aku nampak Ha Neul baru keluar dari syarikat Mark. Aku syak mereka saling berjumpa. Sekarang Ha Neul macam menuju ke kafe dia selalu pergi. Aku ternampak dia keluarkan member card kafe tu", kata Dae Hyun.

"Baik. Aku tunggu dia datang", balas Jin Young. Berdebar jantungnya menanti kehadiran Ha Neul.

10 minit menanti, akhirnya Jin Young nampak kelibat Ha Neul. Dia segera tutup muka dengan topi. Tubuh Ha Neul diperhatikan dari atas ke bawah.

"Cantiknya perempuan ni. Patut Dae Hyun tergilakan sangat dia. Aku kena bertindak ni", kata Jin Young dalam hati.

Jin Young beratur di belakang Ha Neul. Kebetulan ternampak Ha Neul sedang chatting dengan seseorang yang digelar 'sayang'.

"Sayang? Mark ke?" Bisik hati Jin Young. Kemudian dia keluar dari kafe dan tunggu Ha Neul di lorong berhampiran kereta Ha Neul.

Dengan pantas Jin Young hubungi Dae Hyun dan beritahu bahawa Ha Neul sedang chatting dengan Mark. Dae Hyun semakin berang lalu arahkan Jin Young culik Ha Neul.

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now