Bab 39

3 1 0
                                    

Soo Min lihat semua staff sedang berbaris di pintu belakang, menanti kehadiran Soo Min.

"Kenapa ni?" Soal Soo Min. Setelah disoal, tiada ada seorang pun staff yang berani balas soalan Soo Min.

Soo Min terus berjalan menuju ke meja nombor 4. Sebaik Soo Min pandang tetamu yang sedang duduk sambil senyum kepadanya, langkah Soo Min terhenti. Kakinya jadi berat untuk menuju selangkah ke depan.

"Lee Soo Min, apa khabar?"

"Mark.."

Soo Min terkejut lihat lelaki yang dia cuba lupakan kini ada di depannya. Lebih dia terkejut apabila Mark bangun lalu memeluk tubuhnya. Soo Min kaku.

Staff yang melihat kejadian tersebut juga terkejut dan masing-masing menutup mulut. Ada yang berlari masuk ke dapur kerana tidak mahu masuk campur. Ada pula yang mula membuat kerja dan pura-pura tidak nampak apa yang jadi. Masing-masing cuba abaikan kejadian yang mereka saksikan.

Perlahan-lahan Mark lepaskan pelukan. Dia usap pula rambut Soo Min yang terurai melepasi bahu.

"Mana teman wanita awak?" Soo Min cuba bersikap tenang dan beri soalan secara spontan sambil menjeling belakang Mark.

"Teman wanita? Ni ada depan saya sekarang ni", balas Mark lalu ketawa kecil. Soo Min melangkah ke belakang. Dia tidak selesa terlalu dekat dengan Mark apatah lagi dia dan Mark telah tiada hubungan.

"Awak buat prank apa ni? Saya tak ada masa nak terlibat dengan prank awak", ujar Soo Min dengan nada sedikit serius.

"Soo Min, saya datang sini sebab nak jumpa awak. Saya rindu awak. Sungguh, saya memang rindu pada awak", balas Mark lagi. Kali ini wajahnya berubah serius. Jelas bahawa dia benar-benar ikhlas mahu bertemu Soo Min. Ada pelbagai perkara mahu dia luah kepada Soo Min.

Soo Min masih meragui kata-kata Mark. Mana tidaknya selama dia menyayangi lelaki ituz sedikit pun tidak pernah dibalas dengan baik. Tetapi Soo Min juga tidak salahkan Mark kerana tahu keadaan Mark ketika itu tidak dalam keadaan waras.

"Duduklah.." Mark menyentuh lengan Soo Min dengan lembut. Namun lelaki itu dapat jelingan dari Soo Min.

"Tak payah sentuh saya. Saya boleh duduk sendiri", ujar Soo Min lalu mengambil tempat di depan Mark.

Masing-masing berdiam diri walau sudah 1 jam 15 minit mereka berdepan. Hanya kedengaran bunyi geseran sudu dan garfu pada permukaan pinggan sahaja. Mark sesekali mengangkat muka mahu melihat wajah Soo Min. Sayangnya Soo Min hanya menunduk hingga makanannya habis dimakan.

"Ini.." Mark hulurkan tisu kepada Soo Min ketika dia lihat wanita itu mengelap bibir guna jari.

"Terima kasih." Dingin suara Soo Min. Mark telan air liur, tekaknya jadi kering walhal baru juga dia minum air.

"Soo Min, saya sebenarnya datang sini memang sebab rindu awak. Yang ke dua, saya nak minta maaf atas perbuatan saya. Saya menyesal sangat sebab ikutkan peraasan sampai hilang batas kewarasan. Sekarang saya nak awak tahu yang saya betul-betul dah pulih. Hampir 3 tahun awak menghilang, dan masa tu saya sangat menyesal. Saya mula sedar yang awak sanggup derita demi saya. Masa saya dalam wad pemulihan, setiap hari saya tunggu awak macam biasa tapi awak tak muncul. Lepas 2 bulan saya tanya pada doktor yang rawat saya, kenapa awak dah tak datang. Doktor tu pun buntu tak tahu nak jawab. Akhirnya saya nekad untuk pulih. Sekarang saya dah pulih sepenuhnya dan bernekad cari awak semula. Bersyukur dengan izin Tuhan, saya temui awak."

Tersenyum lebar Mark bercerita kepada Soo Min tentang pengalamannya. Soo Min mendengar dengan tekun. Ya hatinya mulai tersentuh tetapi dia tidak mahu merendahkan egonya. Dia sedaya upaya terus bersikap dingin.

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now