Bab 13

11 1 0
                                    

Yu Gyeom lap gelas yang baru dikeluarkan dari kabinet. Bambam pula sedang berbual dengan beberapa orang gadis yang duduk di meja vip.

"Gyeom, harini ada DJ special datang. Kau siapkan dessert untuk tetamu kita tu" Kata pengurus kelab malam sambil duduk di depan Yu Gyeom.

"Siapa DJ tu boss?" Tanya Yu Gyeom sambil susun semua cawan.

"DJ H.One, dia ni banyak juga buat persembahan masa kat luar negara. Dia ada album sendiri juga. Ni kali pertama dia terima tawaran untuk buat persembahan kat kelab malam ni. Sebelum ni dia sibuk di tempat lain", jelas pengurus yang dikenali sebagai JB.

"Tak sabar pula tengok muka dia" ujar Yu Gyeom.

Bambam datang dan duduk di depan Yu Gyeom sebaik sahaja JB menuju ke tempat lain.

"Gyeom, tadi awek kat sana cakap ada  DJ popular nak datang. Kau kenal ke?" Soal Bambam.

"Aku tak kenal. Ni pertama kali dia datang sini. Hah kau cakap teringin jadi DJ kan tadi? Apa kata kejap lagi DJ tu datang kau cuba minta dia kolaborasi dengan kau", kata Yu Gyeom.

"Ishh, tak naklah.. Aku gurau je tadi. Bagi aku cocktail satu, dahaga. Sembang lama sangat dengan awek tadi. Cantik sangat aku pun terpikat."

Tersengih Bambam sambil jeling pada gadis yang berbual dengannya. Gadis tersebut juga sedang senyum lihat Bambam selak rambut depan. Nampaklah gadis tadi pun terpikat dengan Bambam.

Yu Gyeom letak segelas cocktail yang dipesan oleh Bambam. Kemudian dia pergi menyediakan pula hidangan untuk tetamu khas sebaik sahaja dapat isyarat tetamu tersebut sudah tiba. Sorakan kuat membingitkan telinga. Para pengunjung kelab malam tersebut berpusu-pusu mahu ke depan pentas. Teruja lihat kemunculan DJ H.One.

Bambam juga tidak lepaskan peluang. Dia berusaha bergerak dalam kesesakan manusia untuk berada di depan pentas. Cahaya lampu kian bertukar warna. Berkelip dan bergerak mengikut rentak muzik yang dimainkan oleh DJ H.One. Orang ramai semakin khayal dengan muzik yang diputarkan. Mereka menari mengikut rentak.

Bambam juga sama. Walau tidak jelas wajah DJ tersebut namun gadis-gadis muda yang ada di situ menjerit menyebut nama DJ tersebut. Mereka berbisik sama sendiri menyatakan DJ tersebut sangat kacak. Bambam pasang telinga dan gelak perlahan-lahan.

"Ini rupanya sebab ramai sangat awek suka ke kelab malam.." Bisik Bambam dalam hati.

Malam semakin gelap namun kelab tersebut masih lagi bercahaya. Cukup membuatkan para pengunjung rasa terhibur. Mereka disajikan pula dengan nyanyian solo oleh DJ H.One maka semakin kuat sorakan daripada pengunjung perempuan. Mereka tidak rasa malu malah lebih tenang meluahkan perasaan.

Cukup dua jam setengah, DJ itu berhenti membuat persembahan. Dia hanya putarkan lagu yang tidak hardcore seperti persembahahnya, beri peluang kepada sesiapa yang masih lagi mahu menari.

Ketika DJ itu turun dan duduk di tempat VIP, ramai yang datang mengelilinginya. Mereka mahu bergambar dan dapatkan tandatangan.

"Popular juga DJ H.One ni", kata Bambam dalam hati sambil berjalan cuba menghampiri DJ itu.

Sedang dia berdiri dihujung kumpulan manusia yang masih mengelilingi DJ H.One, Yu Gyeom telah datang membawa minuman dan pencuci mulut. Bambam ambil peluang ini dengan mengekori belakang Yu Gyeom.

Tiba-tiba Bambam berhenti apabila dia lihat wajah sebenar DJ H.One. Dia cuit lengan Yu Gyeom suruh lihat wajah DJ tersebut. Kawannya juga terkejut. DJ tersebut toleh ke arah mereka berdua dengan tenang. Dia beri senyuman.

Tergetar-getar tangan Yu Gyeom mahu menghidang air dan beberapa jenis pencuci mulut di atas meja. Bambam sudah mula tunduk. Takut dia mahu tunjukkan muka. Tidak sangka DJ itu adalah pensyarah di kolej mereka berdua. Tidak sangka lelaki yang sangat bergaya dan kelihatan tegas di kolej adalah seorang DJ di kelab malam.

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now