Bab 20

21 2 0
                                    

Ha Neul duduk di hujung katil sebaik dia selesai mandi. Tubuhnya lemah dan kepalanya berdenyut. Kejadian yang menimpa dirinya 3 hari masih terbayang dalam ingatan. Dia menjadi gelisah untuk keluar rumah walaupun hanya untuk pergi ke kedai serbaneka berdekatan.

Rengekan Amelia menghentikan lamunan Ha Neul. Dia segera toleh ke belakang dan senyum pada anak gadisnya.

"Selamat pagi sayang," ucap Ha Neul lalu cium pipi Amelia. Gadis kecil itu senyum melihat wajah ibunya.

"Ha Neul, jom makan."

Ha Neul lihat Hong Bin berdiri di muka pintu dengan wajah berseri.

"Saya dah siapkan sarapan. Jomlah kita makan sama-sama" ujar Hong Bin lagi.
"Baik. Saya basuh muka Amelia kejap", balas Ha Neul lalu segera bawa Amelia ke bilik air dan bersihkan muka Amelia yang sedikit comot kerana terkena sisa susu.

Ha Neul segera pergi ke ruang makan. Hong Bin menghulurkan tangan untuk ambil Amelia daripada isterinya. Amelia diletakkan ke dalam kerusi bayi bersebelahan Hong Bin.  Terkapai-kapai tangan Amelia apabila nampak botol yang berisi susu suam di atas meja.

"Amy minum susu dulu ya, daddy dengan mummy nak sarapan", Hong Bin beritahu pada anaknya. Amelia senyum sebagai tanda faham.

Suasana pagi itu sangat sunyi tidak seperti biasa. Sslalu Ha Neul akan berbual bersama Hong Bin tetapi kali ini dia senyap. Senyuman juga sedikit tawar seperti tidak mempunyai semangat. Hong Bin letak sudu dan garfu lalu merenung wajah isterinya.

Ha Neul tidak angkat muka. Dia asyik potong telur dadar yang ada di dalam pinggan hingga hampir hancur. Di dalam mulutnya juga masih mempunyai makanan yang belum habis dikunyah. Entah berapa lama lagi Ha Neul  mahu kunyah makanan itu.

Hong Bin mula tidak puas hati lalu dia menegur Ha Neul. Teguran Hong Bin tidak didengari oleh Ha Neul kerana dia sedang berkhayal.

"Sayang, awak okay ke tidak ni?" Soal Hong Bin sambil menyentuh bahu Ha Neul.

Pisau dan garfu di tangan Ha Neul terlepas kerana dia terkejut. Pucat wajah Ha Neul. Hong Bin tarik kerusi di sebelah Ha Neul lalu melabuhkan punggung.

"Awak kenapa? Sejak semalam, awak jadi pendiam. Saya bercakap dengan awak pun macam awak tak dengar. Lambat bagi reaksi. Awak tak sihat ke?" Tegur Hong Bin. Ha Neul geleng kepala.

"Saya okay", jawab Ha Neul sambil usap tangan Hong Bin.

"Saya tak rasa awak okay. Awak selalu tak macam ni. Last awak macam ni masa hamilkan Amelia.. Awak tengah hamil ke?"

Ha Neul tolak tangan Hong Bin. Reaksi wajahnya berubah.

"Awak ni mula la nak merepek. Saya tak hamil pun. Cukup ada Amelia seorang ni. Dia pun masih kecil, perlukan perhatian", ujar Ha Neul. Hong Bin ketawa nakal kemudian peluk isterinya.

"Manalah tahu sebenarnya ada orang baru dalam ni", balas Hong Bin sambil usap perut Ha Neul.

"Tak ada!" Ujar Ha Neul dalam nada marah. Hong Bin gelak kerana seronok dapat mengusik isterinya. Kemudian dia pujuk semula Ha Neul.

"Saya gurau. Awak, kalau ada masalah boleh beritahu pada saya. Saya suami awak juga kawan baik awak yang setia bersama walau dalam apa jua keadaan. Jadi segala perkara yang jadi masalah pada awak, saya akan cuba untuk selesaikan."

Ha Neul diam seketika. Dia mahu beritahu pada Hong Bin akan tetapi dia risau suaminya pula akan jadi susah hati kerana dirinya. Namun dengar kata-kata itu, dia yakin bahawa Hong Bin akan bantu dirinya. Jika tidak dapat membantu pun, sekurang-kurannya dia lega ada orang jadi pendengar luahan yang dia sudah penat pendam.

Ha Neul segera cerita kepada Hong Bin bahawa dia jadi tajut untuk keluar rumah kerana sering diganggu oleh Mark. Dia beritahu bahawa Mark pernah menjadi kawan rapat ketika dia belajar tetapi sekarang cara Mark membuat dirinya rasa terganggu terutama apabila dia sedar dirinya sudah menjadi isteri orang. Ha Neul beritahu dia sudah tidak mahu terlalu rapat dengan Mark untuk jaga batas pergaulan.

Ha Neul juga turut cerita bahawa dia trauma selepas kejadian dia hampir diculik dan diperkosa oleh orang yang dia tidak kenali.

Hong Bin duduk dengan tenang, dengar luahan isterinya kemudian dia beri kata-kata semangat agar isterinya tidak bersedih. Malahan, Hong Bin juga beritahu dia sudah upah 2 orang pengawal peribadi yang akan bersama Ha Neul ketika Ha Neul berada di luar.

Sebaik Ha Neul dengar tentang itu, dia menjadi lega. Hatinya kian tenang. Bersyukur kerana dia mempuyai suami yang penyayang serta memahami dirinya.

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now