Bab 34

3 1 0
                                    

4 TAHUN LALU

"Ha Rin, berhenti!" Mark segera mencapai tangan seorang wanita yang berada di hadapannya. Namun tangannya ditepis dengan kasar dan wanita itu terus berjalan ke depan dengan pantas.

Mark berusaha untuk memujuk tunangnya, Kim Ha Rin. Beberapa kali Mark menyeru nama Ha Rin tetapi dia tetap berkeras tidak menoleh ke belakang.

"Ha Rin, dengar dulu penjelasan saya. Saya tak sengaja nak kianat hubungan kita", ujar Mark.

Langkah Ha Rin berhenti lalu dia menoleh ke belakang. Mereka saling menatap wajah sesama sendiri.

"Awak tak sengaja?? Wah, senang betul awak punya alasan ye Mark." Kata Ha Rin dengan nada keras menunjukkan dia sedang marah.

"Sumpah, saya cinta awak seorang je. Soo Min tu hanya pembantu saya je. Saya pun tak tahu macam mana boleh terjebak dengan godaan Soo Min."

Ppap!!

Pedih pipi Mark apabila dia mendapat satu tamparan daripada tunangnya. Mark kaku. Dia lihat air mata Ha Rin mengalir dengan deras sambil meratapi wajahnya.

"Kita putus.."

Cincin yang ada di jari manis Ha Rin kini sudah jatuh ke atas jalan tar. Mark lihat cincin tersebut bergolek tanpa berkata apa-apa. Ha Rin berjalan dengan lebih pantas, masuk ke dalam kereta.

"Ha Rin! Ha Rin!!" Jerit Mark sambil mengejar Ha Rin yang sudah mula menghidupkan enjin kereta. Melihat Ha Rin terus sahaja meninggalkan dirinya, Mark segera mencari keretanya dan segera mengejar Ha Rin dengan kereta pula.

Kedua-dua mereka sedang saling berselisih di atas jalan raya yang dibasahi hujan lebat. Mujur jalan tidak begitu sibuk jadi mudah untuk Mark memandu dengan begitu laju untuk mengejar Ha Rin. Ha Rin melihat kereta Mark semakin menghampiri di belakangnya maka dia terus memecut dengan lebih laju. Mark memotong ke lorong kiri kerana mahu berada di sebelah Ha Rin agar mudah dia berkomunikasi.

Malang tidak berbau apabila secara tiba terdapat sebuah kereta putih dengan laju merempuh kereta yang dipandu Ha Rin dari lorong hadapan. Mark terkedu melihat kejadian yang berlaku di hadapan mata. Kereta Ha Rin berputar beberapa kali di atas jalan kemudian terbabas hingga melanggar penghalang jalan lalu terjunam ke curam menghampiri sungai. Kereta tersebut kelihatan remuk akibat beberapa kali sempat terhempas di atas batu yang besar. Seminit kemudian dengar pula bunyi letupan.

"HA RIN!!!" Jerit Mark sambil berlari pergi ke tepi jalan dan lihat api marak di bawah. Beberapa buah kereta yang lain turut berhenti dan ada yang menghubungi pasukan penyelamat.

"Ha Rin.... Ha Rin!!!!" Teriakan Mark bergema. Hujan lebat terus membasahi bumi. Mark ditenangkan oleh dua orang lelaki yang berada di situ namun dia tidak dapat kawal tangisannya.

"Selamatkan tunang saya. Tolong selamatkan tunang saya", ujar Mark kepada lelaki yang berada di sisinya. Mereka hanya mampu angguk kepala. Dia tidak berani jamin tentang keselamatan Ha Rin kerana lihat api begitu marak dan tiada bayangan seseorang keluar dari kereta.

Keadaan ketika itu agak riuh kerana ramai orang mula berhenti untuk lihat apa yang berlaku.

Mark hanya duduk di tepi sambil lihat anggota bomba membawa Ha Rin naik ke atas. Tubuh Ha Rin ditutupi oleh kain berwarna hitam.

"Ha Rin.."

Mark segera mendekati dan mahu sentuh tetapi dihalang oleh pihak bomba.

"Maafkan saya. Saya harap awak tabah menerima kenyataan bahawa tunang awak telah meninggal. Sebahagian tubuhnya mengalami lecur yang teruk." Jelas ketua pasukan dari unit penyelamat itu.

Mata Mark tidak lekang melihat mayat Ha Rin dibawa masuk ke dalam ambulans. Dia terduduk di tepi jalan sambil menjerit-jerit panggil nama Ha Rin. Semua yang ada di situ cuba tenangkan Mark.

Sebulan selepas kemalangan, Mark jadi tidak terurus. Dia tidak tidur lena dan sering meracau. Dia juga kerap berhalusinasi tidak kira masa. Ada kala dia bercakap seorang diri seolah-olah sedang bercakap dengan Ha Rin.

"Diamlah! Aku tengah bercakap dengan tunang aku ni", marah Mark apabila sahabatnya menegur.

"Tapi Mark.. Kau call siapa tu? Ha Rin kan dah tak ada." Teguran sahabatnya, Bambam tidak dia peduli.

Semakin hari semakin aneh kelakuan Mark hinggalah satu lagi berita buruk dia perlu terima. Ibu dan bapanya meninggal akibat kemalangan semasa dalam perjalanan ingin bertemu dengan Mark setelah pulang dari luar negara.

"Mark hyung, tadi hospital call.. Mereka beritahu papa dengan mama dah tak ada", ujar Bambam ketika Mark sedang terkaku berdiri di ruang tamu sambil menonton televisyen yang memaparkan tentang kemalangan.

Secara tidak langsung tubuh lelaki itu jadi sangat tidak berdaya dan rebah ke lantai.

Φ • Φ • Φ • Φ • Φ Φ • Φ • Φ • Φ • Φ

"Jaebeom hyung, bagaimana dengan keadaan Mark hyung?" Dr. Lim atau mudah dikenali sebagai Jaebeom mengurut dahi sebelum dia melihat wajah Bambam yang kelihatan penuh tanda tanya.

"Mark alami depresi dan sekarang ni dari hasil pemeriksaan kemungkinan dia akan alami masalah hilang ingatan sementara disebabkan mengalami kesedihan yang lampau dan juga tekanan drastik yang menganggu sarang ingatan." Jelas Jaebeom.

Jaebeom usap bahu Bambam dan beritahu tentang rawatan seterusnya dan beri jaminan bahawa Mark akan pulih sekiranya dia mengikuti rawatan susulan dengan betul.

Setahun Mark menderita hilang ingatan. Soo Min menjadi insan yang berusaha mahu Mark segera pulih. Pelbagai cara dia lakukan hinggalah dia memilih untuk buat sesuatu yang salah. Dia manipulasi ingatan Mark dengan mengatakan bahawa tunang Mark lari ke luar negara dan berkahwin dengan orang lain. Mark mula menyoal kebenaran tersebut.

Soo Min yang tidak dapat elak daripada ditanya berulang kali terus tunjuk gambar perkahwinan Ha Neul dan Hong Bin dari berita di media sosial.

Mark terus bertanya pelbagai soalan tentang apa yang terjadi dan Soo Min teruskan penipuan. Mark terus mempercayai Soo Min dan dalam ingatan terkini Mark tunangnya ialah Ha Neul. Jadi Mark nekad untuk dapatkan semula tunangnya.

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now