Bab 11

6 2 0
                                    

"Hong Bin, Ha Neul.. Dah siap?" Soal Puan Kim. Amelia digendong kemas agak tidak jatuh. Sudahlah Amelia sangat lasak orangnya. Tidak padan dengan kecil.

"Sudah mama", jawab Ha Neul. Dia ambil Amelia dan letakkan di atas kerusi sambil dipegang oleh Hong Bin.

"Macam ni la anak perempuan mummy.. Comel je bila ikat rambut." Ha Neul sikat sedikit rambut hadapan Amelia supaya tersusun kemas selepas ikat rambut gadis kecil itu.

"Jom sayang, nanti lambat pula appointment kita", tegur Hong Bin sebaik dia lihat jam di tangannya.

"Hari ini anak daddy kena suntik vaksin. Jangan menangis tau. Mummy dengan daddy ada dengan Amy", kata Hong Bin kepada Amelia. Terkebil-kebil mata Amelia dengar daddy kata begitu.

Hong Bin dan Ha Neul meninggalkan rumah untuk bawa Amelia ke hospital bagi dapatkan pemeriksaan susulan juga suntikan vaksin.

Amelia duduk di bangku belakang sambil gigit permainan khas yang lembut. Amelia sedang dalam proses untuk tumbuh gigi jadi dia akan cari sesuatu yang boleh digigit maka Ha Neul sediakan permainan khas tersebut.

"Siapa lelaki yang jumpa awak 2 hari lepas?"

Ha Neul palingkan wajah ke arah Hong Bin apabila suaminya tanya begitu. Hong Bin kelihatan tenang ketika memandu.

"Bambam dan Mark. Mereka berdua tu saya kenal sejak saya masih belajar disana. Mark senior saya manakala Bambam junior saya. Bambam tahun ni akan tamatkan pengajiannya. Mark pula menguruskan perniagaan keluarga."

Ha Neul jelaskan beberapa perkara kepada Hong Bin. Namun Hong Bin seperti tidak berminat untuk tahu latar belakang mereka. Sekali lagi Hong Bin menyoal Ha Neul.

"Awak ada apa-apa hubungan istimewa dengan Mark?"

Berkerut dahi Ha Neul dengar soalan itu. Dia renung muka Hong Bin sedalam yang boleh. Jika ada kuasa mahu sahaja Ha Neul lihat apa di dalam pemikiran Hong Bin.

"Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan Mark. Saya kenal dia pun tak lama sebab lepas saya habis diploma saya terus dapat tawaran belajar ke  luar negara. Lepas tu saya jumpa awak. Jatuh cinta dengan awak. Saya cuma ada hubungan istimewa dengan awak seorang je", jawab Ha Neul. Dia sentuh tangan kanan Hong Bin yang berada di gear.

"Cuma awak je yang istimewa dalam hati saya. Sebab awak terlalu istimewalah saya sanggup jadi stalker awak. Setiap hari saya habiskan duit belanja awak makan masa kita belajar dulu. Lepas tu saya reject lelaki lain pun sebab awak tau.. " Tambah Ha Neul. Saja dia mahu Hong Bin kenang semula kenangan mereka berdua.

Hong Bin ketawa kerana dia teringat kembali kisah mereka.  Amelia di belakang juga ketawa walaupun tidak faham perbualan mummy dan daddy. Hong Bin lihat Amelia melalui cermin hadapan.

Kini Ha Neul pula rasa mahu bertanya sesuatu kepada lelaki  kacak yang sedang memandu di sebelahnya.

"Awak tanya tadi tu sebab cemburu ke?"

Hong Bin beri senyuman sinis. Tangan kanan di atas gear kini beralih ke atas steering. Kelihatan seperti dia cemas untuk jawab soalan tersebut.

"Saya tak cemburu", jawab Hong Bin. Ha Neul renung Hong Bin.

"Betul awak tak cemburu? Tapi macam awak cemburu."

Hong Bin tarik nafas perlahan-lahan kemudian dia pandang sekilas ke arah Ha Neul. Dia pula letak tangan pada tangan Ha Neul. Tangan isterinya digenggam erat. Dengan nada yang lembut dan tenang Hongbin menjawab.

"Saya dapat rasa Mark macam ada perasaan pada awak. Ketika saya lihat korang bertiga berbual, mata Mark hanya tumpu pada awak seorang. Bambam tidak pula begitu. Malahan ketika saya hampiri korang, wajah Mark berubah. Dia renung saya seolah dia benci kehadiran saya disitu. Tambahan pula ketika awak paut tangan pada lengan saya. Mark seperti menahan marah. Renungan dia semakin dalam walaupun dia senyum ketika bercakap dengan awak."

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now