Bab 40

2 1 1
                                    

Setelah Mark datang mencari semula Soo Min untuk minta wanita itu menerima cintanya, Mark juga telah buktikan bahawa dia mahu bertanggungjawab sebagai seorang lelaki yang boleh melindungi Soo Kin dan Esther. Sepanjang 8 bulan, Mark tidak pernah telat melawat Soo Min. Dia juga sering kali meluangkan masa bersama Esther demi merapatkan hubungan dengan anak kandungnya.

Dan akhirnya, Soo Min memutuskan untuk mempercayai Mark dan menikahi jejaka itu. Jejaka yang sudah mencuri hatinya setelah sekian lama. Insan yang paling dia sayangi walau disaat perpisahan mereka.

"Tahniah Soo Min. Aku gembira akhirnya kau dapat apa yang hajati selama ni. Setelah apa yang jadi pada kau, aku dapat rasa betapa besarnya cinta kau pada Mark." Ucap Ha Neul sambil bantu betulkan rambut Soo Min yang telah dihias.

"Terima kasih Ha Neul. Kalau tak sebab kau punya rancangan, aku tak dapat jumpa dah dengan Mark", balas Soo Min.

Ketika mereka berdua masih lagi berbual, ketukan pintu kedengaran. Dua-dua toleh ke arah seseorang yang masuk ke dalam ruang persediaan itu.

"Ha Neul, boleh dah awak iring Soo Min ke luar. Pengantin lelaki dan bersedia." Ujar ibu Ha Neul.

"Jom.." Ha Neul hulur tangan kepada Soo Min. Soo Min tarik nafas sekejap buat hilang gelisah dan sambut tangan Ha Neul.

Ha Neul mengiringi Soo Min sebagai pengapit hingga ke depan dan serahkan kawan baiknya itu kepada Mark.

"Ingat janji awak." Sempat Ha Neul bagi peringatan kepada Mark sebelum dia menuju ke tempat duduknya. Mark senyum dan angguk.

Majlis berlangsung dengan sempurna. Mark dan Soo Min telah sah menjadi pasangan suami isteri. Akhirnya mereka semua telah mendapat kebahagiaan yang mereka inginkan.

"Tuhan, terima kasih atas restu yang Engkau berikan. Akan aku hargai setiap detik waktu yang dikurniakan sebelum ianya berhenti." Mark berdoa setelah dia melangkah keluar dari dewan. Tangannya kini sedang pegang erat tangan Soo Min.

"Terima kasih sayang", ucap Mark.

"Terima kasih juga kepada awak." Balas Soo Min. Kedua-duanya tiba-tiba tersipu malu. Merah pipi mereka.

"Weh, apa ni laju sangat keluar. Takkan nak balik dah." Terkejut Mark dan Soo Min apabila dengar suara Hong Bin menegur mereka dari belakang.

"Eh, tak.. Aku terlalu teruja sampai bawak Soo Min lari keluar", balas Mark.

"Kau ni.. Sabar la.. Jangan gelojoh." Hong Bin sakat Mark sambil senyum sinis. Mark dah malu semula.

"Ok semua berkumpul kat sini.. Kita nak tangkap gambar ramai-ramai", arah jurukamera.

Mereka pun berkumpul. Masing-masing tersenyum riang. Terciptalah satu kenangan dan juga pembukaan hidup yang lebih sempurna.

~~~

•TAMAT•

Sεdετiκ Wαktυ Sεbεlυm Mαsα βεrhεηtiWhere stories live. Discover now