DC 3 : Diserang

54 3 0
                                    

"Tolong kahwinkan anak you dengan Iffa boleh?" tanya Isya mengejutkan Calina.

"Dengan siapa?" tanya Calina pula, anak lelakinya ada dua orang dan kedua-dua anak lelakinya juga 'unavailable'.

"Raykarl?" jawab Isya pada Calina. Dia dah lama berminat dengan Raykarl, jika Raykarl menjadi menantunya dialah orang yang paling bahagia. Raykarl ialah menantu lelaki limited!

"Sorry, Raykarl dah orang lain." balas Calina tersenyum hambar.

"Rayyan?" Sikap Rayyan dan Raykarl bagai langit dan bumi. Jauh beza namun Rayyan ada sebab kenapa dia berubah tiga ratus enam puluh darjah.

"You tahukan apa yang jadi dengan Rayyan? Dia masih belum dapat lupa apa yang jadi dengan dia. Dia dah terlampau benci sangat dengan perempuan. I tak rasa Rayyan dapat terima Iffa." Jawab Calina lagi membuatkan keluhan berat terlepas dari mulut Isya.

"You kena banyak berdoa untuk Iffa supaya dia jumpa dengan lelaki yang dapat bimbing dia betul-betul." Calina memberi semangat pada Isya.

"Harap-harap macam tulah." balas Isya tersenyum pahit.

























"HOI!" Seorang perempuan berlari ke arah Iffa dan menarik-narik rambut Iffa tanpa sempat Iffa menghalang.

Dia masih bingung dengan apa yang terjadi. Tiba-tiba sahaja dia diserang semasa dia baru melangkah keluar dari kafenya, Iffa Irdina Kafe.

"Kau ni memang dasar perempuan murah**n! Kau rampas suami aku!" jerit perempuan itu.

"Kau ni siapa hah?!" Iffa menolak kuat badan perempuan itu dari terus-terusan menarik rambutnya. "Aku rampas suami kau? Siapa suami kau?!" Tajam mata Iffa memandang perempuan itu. Habis kusut rambutnya kerana perempuan itu. Dahlah dia dituduh merampas suami orang.

"Kau ni tak tahu ke atau buat-buat tak tahu?!"

"Aku tak tahu! Siapa suami kau?! Aku ni belum gila lagi lah nak rampas suami orang!" Bentak Iffa geram bercampur marah.

Perempuan itu merenung seketika wajah Iffa. Macam benar apa yang dikatakan oleh Iffa. "Betul kau tak tahu?"

"Tak!" Iffa menjeling tajam perempuan yang sedang berdiri di hadapannya ini.

Perempuan itu menganggukkan kepalanya tanda faham. Maknanya, suaminya yang salah! Suaminya dah menipu dua orang dalam satu masa!

"Siapa suami kau? Bila aku tanya tak nak jawab pula!" Giginya diketap kuat sehingga bergerak-gerak rahangnya. Dia dah naik hantu! Perempuan ini suka hati sahaja tuduh dia rampas suami orang.

"Aidil Fahri suami aku." jawab perempuan itu tenang sambil menanti riaksi Iffa dan ternyata Iffa terkejut.

"Siapa?" Iffa mulai gelabah. Hatinya kian resah. Takut telinganya salah dengar.

"Aidil Fahri! Kami dah kahwin empat tahun dan selama empat tahun jugalah aku terseksa! Dia cakap dia bercinta dengan kau dari umur kau orang enam belas tahun. Tapi kalau betul lah kau tak tahu yang dia tipu kau selama ni, aku akan maafkan kau, sebab kau tak salah."

Mendengarkan itu, kakinya terasa lemah. Air mata mulai bertakung di tubir matanya. 'Empat tahun?' Dia tak percaya! Aidil takkan sanggup tipu dia! " Bu...bukti mana?"

"Nah!" Perempuan itu menyerahkan telefonnya pada Iffa dan di skrin telefon itu terpapar gambar kahwin Aidil dan perempuan di hadapannya sekarang ini.

"Sekarang kau percaya?"

Iffa menyerahkan semula telefon itu pada perempuan dihadapannya sekarang ini. Perlahan-lahan kakinya berjalan pergi dari situ. Hatinya bagai dicucuk-cucuk dengan pisau yang tajam. Banyak persoalan yang belum terjawab di dalam benaknya.

Dia tak tahu ke mana arah tujunya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia menyeluk beg tangannya dan mengeluarkan telefon. Tangannya yang masih menggigil, menyambungkan panggilan itu tanpa melihat siapakah gerangan yang memanggil.

"Ir dekat mana sekarang ni? Ir dah balik ke?" soal suara lembut Isya, mummynya.

"Mummy... Ir... tak kuat. Ir.... sakit... Ir sakit, mmy."  Esak tangis Iffa mula kedengaran membuatkan Isya mulai risau. Iffa terduduk lemah di atas jalan.

"Kenapa Ir? Ir dekat mana sekarang ni?" Suara Isya mula kedengaran cemas.

"Ir..." Belum sempat pun Iffa menjawab pandangannya berbalam-balam. Sekelip mata sahaja badan Iffa rebah di atas jalan.

























"TERIMA kasih sebab dah tolong mummy tadi. Kalau Karl takde, mummy tak tahu nak minta tolong siapa lagi." Mujur, Raykarl ada datang ke rumahnya tadi dan menolongnya mengesan nombor telefon Iffa untuk mencari di mana keberadaan Iffa. Rayyan, Raykarl dan Camelia memang dah biasa memanggilnya dengan panggilan 'mummy' memandangkan Calina dan dia bersahabat baik.

"Sama-sama mummy. Tadi Karl dah periksa keadaan Iffa. Dia demam. Bagi dia rehat cukup-cukup dan jangan lupa suruh dia makan ubat." Selaku doktor, Raykarl terus memeriksa keadaan Iffa. "Sorry, tadi Karl ada sentuh tangan Iffa nak periksa nadi dia." Sambung Raykarl lagi. Dia kalau boleh tak nak sentuh perempuan yang bukan mahramnya namun, disebabkan perubatan dia perlu menyentuh tangan Iffa.

"Tak apa. Mummy faham." balas Isya. Lemah-lembut dan sopan santun Raykarl bertutur sama seperti sahabat baiknya, Calina.

"Karl balik dulu."

"Kirim salam dekat mama kamu dan Camy, ya." Pesan Isya sebelum Raykarl melangkah keluar dari rumahnya.

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now