DC 30 : Halal

30 1 0
                                    

"Wohoo! Bahagianya rasa!" Suara Rayyan sedang mandi sambil menyanyi kedengaran dari dalam bilik air membuatkan Iffa yang baru sahaja sampai tergelak.

Beberapa jam, yang lalu mereka berdua telah sah menjadi kekasih halal.

Mata Iffa diliarkan memerharti sekeliling bilik Rayyan. Kemas tapi... terasa kosong. Kaki Iffa bergerak mendekati meja yang beberapa jarak di sebelah katil yang menempatkan cermin besar di atasnya.

Tangannya perlahan-lahan naik membuka tudung nikahnya kemudian diletakkan ke atas katil milik Rayyan. Setelah itu, zip bajunya cuba diturunkan namun malangnya, gelang nikahnya pula tersangkut pada zip baju nikahnya.

"Alamak!" Iffa mendengus geram.

"Lain kali kalau tak pandai minta tolong hubby." Rayyan yang melihat keadaan Iffa seperti cacing kepanasan itu mula mendekati Iffa. Tangannya naik menyentuh gelang nikah Iffa dan zip Iffa.

"Arrr!" Sebelah tangan Iffa segera naik menutup kedua matanya setelah terpandangkan Rayyan yang baru sahaja keluar dari bilik air dan mendekatinya dengan hanya bertuala separas lutut tanpa baju.

"Why love?" soal Rayyan setelah dia berjaya memisahkan gelang nikah Iffa dari zip baju.

"Yang awak keluar dari bilik air dengan tuala je dah kenapa? Kenapa awak tak pakai baju hah?" tanya Iffa pada Rayyan. Dia telah menukarkan panggilan 'kau, aku' kepada 'saya, awak' selepas Rayyan sah menjadi suaminya.

"Love malu eh? Kita kan dah halal buat apa love nak malu." Rayyan ketawa kecil.

"Love?" Iffa memusingkan badannya ke belakang mengahadap Rayyan dan saat itu juga jantungnya terasa seakan laju. Tiba-tiba, hatinya seperti disapa dengan sesuatu perasaan yang suatu masa dulu pernah menyapa hatinya ketika kali pertama dia bertemu dengan Rayyan.

"Mulai, dari hari ni." Kedua-dua tapak tangan Iffa diraih dan diusap perlahan. "Saya akan panggil awak love dan awak akan panggil saya hubby. Thank you sebab sudi terima hubby jadi suami dan imam love." Satu kucupan dilabuhkan ke dahi Iffa membuatkan jantung Iffa semakin laju.

Tanpa Iffa sedar tangannya menggenggam erat tangan Rayyan dan air mata mulai bergenang di tubir matanya. Hatinya tiba-tiba berasa pedih dan seperti rindu yang selalu berlabuh di hatinya kini terubat.

"Ya Allah, why are you crying love?" soal Rayyan terkejut apabila melihat satu-persatu air mata mengalir keluar dari anak mata berwarna coklat milik Iffa.

"Kalau, love marah hubby sebab cium dahi love, hubby minta maaf..." Rayyan terkejut apabila secara tiba-tiba Iffa memeluknya dengan erat.

"Love... tak marah... hubby... pun." jawab Iffa dengan suara yang tersekat-sekat.

Rayyan tersenyum mendengar panggilan Iffa pada dirinya. Tangannya naik membalas pelukan erat Iffa. "Thank you love. Hubby janji hubby akan bahagiakan love walau dengan macam mana cara pun. I love you."

Semakin kuat tangisan Iffa selepas mendengar kata-kata daripada Rayyan.

"Shhh, dah pergi mandi. Jangan menangis lagi." Rayyan meleraikan pelukan antara mereka berdua. Kemudian tangannya naik melepaskan ikatan sanggul Iffa dan rambut Iffa yang ikal akhirnya turun hingga ke paras bahu.

"Hubby tak nak tengok love nangis lagi." Tangan Rayyan turun menyeka air mata di pipi Iffa.

Iffa tersenyum. "Okey."
























"SINI hubby tolong lapkan." Tuala di tangan Iffa bertukar tangan dan Rayyan sambung mengelap rambut Iffa yang basah selepas mandi. "Tadi mama, mummy dan papa ajak makan tapi hubby cakap hubby nak tunggu love dulu. Lepasni, kita makan sama-sama, ya love?"

"Lahh, kenapa tak makan je dulu? Nanti perut hubby masuk angin pula!" Marah Iffa seraya memusingkan badannya ke belakang menghadap Rayyan.

"Tak apa. Kalau makan sama-sama dengan love baru best!" balas Rayyan seraya tangannya naik mencuit manja hidung Iffa.

"Jomlah, makan." Ajak Iffa sambil tangannya naik meraih tangan Rayyan dan mereka berdua berjalan keluar dari bilik Rayyan.
























"SATU pinggan je? Pinggan untuk hubby mana?" tanya Iffa apabila melihat hanya satu pinggan sahaja yang diambil oleh Rayyan.

"Kita kongsi pinggan ni." jawab Rayyan seraya tangannya meletakkan pinggan itu ke atas meja makan dan dia melabuhkan punggung di kerusi sebelah Iffa.

"Oh, kalau macam tu. Hubby suap love, love suap hubby. Macam mana boleh?" tanya Iffa lagi sambil bibirnya mengukirkan senyuman manis pada Rayyan.

"Lagi lahhh, boleh!" jawab Rayyan ceria.

"Buka mulut! Buka mulut!" Tangan Iffa menyuapkan makanan ke dalam mulut Rayyan bersama dengan senyuman manis.

Tiba-tiba, Iffa tersedak setelah Rayyan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Terasa pedih tekaknya tika ini.

Melihatkan itu, Rayyan bingkas berdiri dan berlari laju ke dapur untuk mengambil gelas setelah itu dia menuangkan air ke dalam gelas itu. Kemudian, dia menapak ke arah Iffa bersama dengan gelas yang berisi air.

"Nahh, minum ni." Rayyan membantu Iffa minum air. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Iffa.

"Thank you hubby."

"Sama-sama love." Tangan kiri Rayyan naik mengusap perlahan kepala Iffa sambil tersenyum manis memandang tepat ke arah wajah Iffa.




















"NAH." Baju arwah adiknya, Raykarl diserahkan pada Iffa ketika mereka baru sahaja ingin tidur.

"Kenapa...hubby bagi baju ni?" soal Iffa pelik walaupun dia tahu itu ialah baju arwah suaminya yang dia selalu peluk untuk tidur.

"Ni kan baju arwah Karl yang selalu love peluk bila tidur." jawab Rayyan.

"Tapi macam mana hubby tahu?" soal Iffa lagi.

"Mama yang bagitau. Sebelum mama tidur mama selalu pergi bilik arwah Karl untuk tengok love dan mama nampak love peluk baju arwah Karl ni. Lepastu, tadi mama pesan dekat hubby supaya jangan marah kalau love nak tidur sambil peluk baju ni." jawab Rayyan.

"Tak apa." Tangan Iffa menyambut huluran baju itu dan diletakkannya ke atas meja bersebelahan dengan katil. "Dulu, arwah abang yang jadi suami love, tapi sekarang ni hubby yang jadi suami love dan love nak peluk hubby bukan baju ni lagi." Beritahu Iffa seraya merebahkan badannya ke atas tilam.

"Betul ni?" Rayyan merebahkan badannya di sebelah Iffa.

"Betul! Tolong, dodoikan love boleh?" soal Iffa pada Rayyan dengan mata yang mulai mengantuk.

"Boleh. Good night love and mimpi hubby tau." Satu kucupan dilabuhkan ke dahi Iffa.

"Good night too hubby. I love you." balas Iffa.

"I love you too." Rayyan tersenyum memandang Iffa yang telah menutup matanya untuk tidur. 'Hubby akan sentiasa berusaha bahagiakan love dari apa yang hubby mampu lakukan dan hanya love yang akan dapat merasai cinta hubby.'

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now