DC 12 : Janji

35 2 0
                                    

"Come, sayang Humaira." Raykarl menolong Iffa duduk di atas tikar yang Raykarl telah bentangkan sejak awal lagi sambil menghadap laut.

"Bestnya..." Iffa memejamkan matanya sambil membiarkan angin lalu menyapa tubuh badannya.

"Tak sejuk ke?" soal Raykarl pada Iffa apabila melihat Iffa menikmati angin pada malam itu.

"Tak sejuk sangat." jawab Iffa tapi masih dalam keadaan memejamkan matanya.

"Sini." Tangan Raykarl segera menarik badan Iffa dan dirapatkannya jarak antara mereka berdua.

"Sayang Humaira, pandang abang sekejap." Arah Raykarl seraya tangannya naik menyentuh kedua-dua belah pipi Iffa. "Janji dengan abang, kalau abang dah pergi dari dunia ni suatu hari nanti sayang Humaira, kena kejar kebahagiaan sayang dan tolong lupakan abang. Boleh janji dengan abang?" Sepasang anak mata milik Raykarl menatap wajah Iffa dengan pandangan redup dan penuh harapan.

"Apa abang cakap ni? Kita akan bercinta macam ni sampai ke tua. Sayang Humaira, tak nak janji dengan abang kalau itulah janji dia. Dengar sini." Tangan Iffa naik meraih tangan milik Raykarl yang sedang menyentuh kedua-dua belah pipinya dan diusap perlahan. "Dah takde tempat lagi untuk orang lain masuk dalam hati sayang kecuali abang. Abang seorang je yang layak dapat cinta di hati sayang. Nobody else, just you." Iffa membalas pandangan redup Raykarl.

"Thank you, sayang Humaira." Raykarl segera menarik Iffa ke dalam pelukannya.

























"KAU dah jadi milik orang yang aku sayang. Aku tak dapat kau pun tak apa, asalkan kau bahagia dah cukup untuk aku. Aku bahagia kalau kau bahagia. Aku yakin adik aku akan jaga dan sayang kau secukupnya. Aku minta maaf sebab mungkir janji aku dulu. Aku tak datang tengok kau masa kau baru buka kafe. Aku ada sebab. Aku tak nak kau kecewa bila dapat tahu yang aku..." Satu-persatu air mata milik Rayyan keluar dari matanya membasihi pipi. "Aku minta maaf. Kau layak dapat lelaki yang lebih baik dari aku. Aku akan cuba lupakan kau, Dina." Gambar terakhir milik Iffa dibuangnya ke dalam api yang marak.

'Kisah aku dan kau dah tamat sejak aku mungkir janji aku.'








-Jika aku pegang janji aku dulu, adakah kita akan kekal bahagia seperti dulu? Atau Allah merancang sesuatu yang lain untuk kita?-

























(Imbas Kembali) - (Rayyan dan Raykarl)

"Alhamdulilah, ummi. Kita dapat anak kembar." Satu kucupan dilabuhkan ke atas dahi Calina. Ridzuan tersenyum memandang wajah Calina.

"Alhamdulilah, lelaki ke perempuan?" tanya Calina. Dia turut tersenyum.

"Anak lelaki kembar. Baba dah tahu dah nak letak nama apa." Wajah bayi lelaki kembar mereka berdua ditatap silih berganti.

"Apa?" tanya Calina lagi.

"Anak sulung, Rayyan dan anak bongsu, Raykarl. Sedap tak nama tu? Baba memang dah cadang nak letak nama-nama tu kalau kita dapat baby boy." jawab Ridzuan teruja.

"Macam mana nak bezakan sulung dan bongsu baba?" soal Calina pada Ridzuan. Ini adalah salah satu hal yang dia risaukan jika mereka dapat anak kembar.

"Yang sulung ni, ada parut dekat atas kening kanan dia dan yang bongsu ni takde." jawab Ridzuan lagi selepas dia meneliti wajah kedua-dua anak kembar lelakinya. "Ehh, dia ada dimple lah! Rayyan ada lesung pipit, ummi!" Beritahu Ridzuan teruja selepas dia ternampak lesung pipit milik Rayyan apabila Rayyan tersenyum.

Calina hanya membalas dengan senyuman manis. Dalam hati dia berdoa agar kedua anak lelakinya membesar dengan sihat dan selamat.

























"IFFA tahu tak yang kau ada kembar?" soal Fikri pada Rayyan, sahabat baiknya.

"Apa punya soalan lah kau ni! Mestilah dia tahu. Muka aku kan sama dengan adik aku!" jawab Rayyan, geram.

"Habis tu, dia tak tanya Raykarl pasal kau? Kau pernah bagitau Iffa ke yang kau ada kembar?" soal Fikri lagi.

"Aku pernah bagitau dia masa kami still bercinta. Tapi dia tak tahu yang Raykarl tahu pasal dia." jawab Rayyan lagi.

"Aku pening lah! Kau bercinta dengan dia dari umur kau orang berapa? Sebab masa dekat sekolah dulu ramai orang cakap yang Iffa bercinta dengan Aidil. Kau tua dua tahun dari Iffa kan?"

"Haah. Aku bercinta dengan Iffa masa umur dia 15 tahun dan umur aku 17 tahun. Aidil yang paksa Iffa bercinta dengan dia sedangkan Iffa tak nak. Tapi aku suruh Iffa pura-pura bercinta dengan Aidil kalau tak... aku tak tahu apa jadi dekat Iffa." balas Rayyan sambil merenung keluar tingkap pejabatnya.

"Iffa tahu tak yang kau jaga dia dari jauh sebelum dia nikah dengan Raykarl?" tanya Fikri.

"Tak."

"Kau tak nak jumpa dia?"

"Aku tak nak jumpa dia. Lagipun, sekarang dia dah jadi isteri adik aku dan adik ipar aku. Aku takkan balik Malaysia. Aku akan tinggal dekat London ni sampai bila-bila." balas Rayyan lagi.

"Kau tak fikir pasal mama dan baba kau ke?"

"Aku...sampai masanya nanti aku akan balik Malaysia dan jumpa mama, baba dan adik-adik aku." jawab Rayyan seraya melepaskan keluhan berat.

"Kau tak rasa ke yang Iffa patut tahu apa yang jadi dekat kau dulu? Kau tau tak sampai sekarang dia masih fikir yang kau mungkir janji."

"Iffa tak patut tahu apa yang jadi dekat aku dulu. Kalau dia tahu, dia akan lagi kecewa dengan aku. Aku tak sanggup. Lagipun, sekarang dia dah jadi isteri adik aku." balas Rayyan. "Cuma tulah aku tak sangka lepas aku pergi tu dia masih teruskan hubungan dia dengan Aidil tak guna tu!" Sekali lagi Rayyan mengeluh.

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now