DC 27 : Bunuh

26 2 0
                                    

"Tak sangka aku Rayyan ada adik yang cantik macam kau. Aku macam pernah nampak arwah abang kau yang aku bunuh tu masa dia berlagak jadi hero dulu. Lepastu, baru aku teringat dekat abang kau yang sulung ni. Dia orang kembar kan?"

"Kau lepaskan Iffa sekarang! Kalau kau nak balas dendam dekat abang aku, kau balas je dekat aku. Jangan kau berani-berani sentuh Iffa!" Bentak Camelia marah.

"Ray..." Terketar-ketar badan Iffa setelah mereka berdua diculik oleh Aidil tanpa Rayyan sedar. Sejak dari tadi, air mata tidak henti-henti keluar dari matanya.

"Apa? Kau nak aku lepaskan Iffa?" Aidil berdiri. "Tak boleh, sebab Iffa milik aku dan kau hak aku." balas Aidil seraya ketawa besar. Dia mula mendekati Iffa. Setelah itu, dia duduk bercangkung di hadapan Iffa sambil tersenyum sinis. "You tak rindu I ke sayang?" Tangannya mula naik menyentuh pipi Iffa. "I rindu you."

"Pergilah bodoh!" Jerit Iffa dengan suara yang terketar-ketar. Seluruh tubuh badannya kini menggigil ketakutan.

"Hoi set*n kau jangan sentuh dia!" Jerit Camelia pula pada Aidil.

Aidil mengalihkan pandangannya ke arah Camelia. Dia bingkas berdiri dan berjalan menghampiri Camelia yang tiada langsung riak takut di wajah yang cantik itu. "Habis tu, aku nak sentuh siapa? Kau? Boleh je..." Tangan Aidil segera mencengkam kuat tangan Camelia hingga badan Camelia tergerak dan berdiri.

"Kau tak takut ke kalau aku sentuh kau?" Tajam panahan mata Aidil memandang Camelia yang sedang tersenyum sinis.

"Aku tak takut lah bodoh!" jawab Camelia kuat hingga berdesing telinga Aidil.

Mendengarkan itu, Aidil segera menolak kuat badan Camelia ke atas katil.

TOK! TOK! TOK! Bergema kuat ketukan di pintu rumah Aidil mengejutkan mereka bertiga. "Kejap, ya baby." Aidil berjalan keluar dari biliknya yang menempatkan mereka bertiga dan menuju ke arah pintu rumah. Dia dah boleh agak siapa yang datang. Tangannya naik memulas tombol pintu rumah dan membuka pintu rumahnya.

Sebaik sahaja, pintu rumah Aidil dibuka kaki Rayyan laju melangkah masuk ke dalam rumah dan berlari ke arah pintu bilik yang terbuka luas. Alangkah leganya dia apabila melihat Iffa dan Camelia berada di dalam bilik itu.

"Ray!" Iffa bingkas berdiri dan berlari memeluk Rayyan.

Camelia juga sudah bangun dan berdiri. Dia tersenyum melihat abang sulungnya sudah pun berada di hadapan matanya kini. "Lelaki tak guna tu ada sentuh pipi Iffa tadi."

"Hah?!" Naik dua oktaf suara Rayyan selepas mendengar kata-kata Camelia. "Habis tu, Camy pula?"

"Jangan risau pasal Camy. Camy okey je cuma... Camy nak abang dua kali ganda balas dendam dekat dia sebab kalau abang lambat datang tadi mungkin maruah Camy dah melayang." jawab Camelia selamba sambil berpeluk tubuh.

Berasap telinga Rayyan mendengar jawapan daripada Camelia. Berani Aidil sentuh adiknya!

"Nak buat jejak kasih ke?" Aidil berjalan menghampiri mereka bertiga. "Ada bawa dua puluh lima ribu yang aku minta?" Pandangannya dialihkan pada Rayyan.

"Camy." Rayyan menghantar isyarat mata pada Camelia agar menjaga Iffa.

Camelia menganggukkan kepalanya sedikit seraya berjalan mendekati Rayyan dan Iffa. Setelah itu Rayyan mula menapak ke arah Aidil.

"Ada? Mana? Aku dah tak sabar nak jadi kaya ni." Terbit senyuman sinis di bibirnya.

DAK! DAK! DAK! Tiga kali tumbukan padu daripada Rayyan diberikan pada wajah Aidil. Di bibir dan kedua-dua belah pipi Aidil. "Sini kau!" Ditolaknya, badan Aidil hingga jatuh ke atas lantai. Satu tendangan kuat pula Rayyan berikan di kaki Aidil kemudian dia sambung menumbuk muka Aidil berkali-kali. "Berani kau sentuh Dina! Berani kau sentuh adik aku!!! Kau dengar sini, kalau lepasni kau berani lagi culik adik aku atau Dina, siap kau aku kerjakan!!!" Keras dan kuat suara Rayyan memberi amaran pada Aidil.

"Ray...sudah lah tu. Aku takut...jom kita balik." Iffa segera melangkah mendekati Rayyan dan meraih tangan Rayyan agar segera pergi dari situ.

"Kau orang nak ke mana?! Rayyan Ridzuan!" Panggil Aidil yang telah pun berjaya berdiri. "Kau nak aku bunuh kau macam mana aku bunuh adik kau?"

"Aku akan pastikan kau dapat hukuman nanti!" Dia memang dah lama tau bahwa Aidil yang melanggar Iffa dan arwah adiknya, Raykarl dulu.

"Tapi aku akan 'bunuh' hati kau." Sambung Aidil membuatkan langkah kaki Rayyan terhenti.

Rayyan seperti dapat meneka apa yang akan dilakukan oleh Aidil sebentar lagi. Dia memusingkan badannya ke belakang dan dia terkejut apabila ternampak tangan Aidil mula menarik picu pistol dan dihalakan pada Iffa.

"Jangan! Dina!"

BANG!























"FIKRI tolong selamatkan Ray. Please." Sebaik sahaja pintu wad tertutup rapat, Iffa terduduk lemah di atas lantai. Mereka sampai ke hospital dengan dibawa oleh ambulans. Manakala, Aidil pula telah ditangkap oleh pihak polis yang Rayyan bawa sebelum dia ke rumah Aidil dan rupanya pihak polis memang telah bersedia di luar rumah Aidil. Pihak polis bergegas masuk ke dalam rumah apabila mendengar bunyi tembakan di dalam rumah.

Beberapa jam kemudian,

Fikri keluar dari wad kecemasan dan berjalan mendekati Calina, Isya, Camelia dan Iffa dengan riak wajah sedih.

"Fikri macam mana dengan Ray?" Jantung Iffa kini berdegup kencang seakan ingin pecah apabila memikirkan tentang Rayyan.

"Maafkan kami. Kami tak dapat selamatkan Encik Rayyan."

Jantung Iffa bagai berhenti selepas mendengar jawapan dari Fikri. Dia segera berlari masuk ke dalam wad kecemasan dengan air mata yang tak henti-henti keluar dari matanya dan semakin deras.

"Ray..." Iffa segera menghampiri Rayyan dan berbisik perlahan di tepi telinga Rayyan. "Bangun Ray. Please, bangun. Sebelum ni kau lamar aku kan? Aku tolak kan? Tapi sekarang aku terima Ray. I'm say YES! Aku tak sanggup nak hilang kau buat kali kedua. Aku dah hilang abang, aku tak nak hilang kau pula Ray. Jangan tinggalkan aku, please, bangun Ray! Bangun! Aku dah ready nak kejar bahagia bersama kau. Bangun Ray. Bangun."

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now