DC 25 : Mimpi

20 1 0
                                    

"I love you Dina. Izinkan aku mengubati rindu kau pada arwah Raykarl. Boleh?"

"Argh!" Iffa tersentak dan terbangun dari tidurnya. 'Apa yang berlaku sebenarnya ni? Kenapa aku mimpi Ray?'

Terasa seperti tangannya sedang memeluk sesuatu dia bangun dari pembaringan dan beralih ke posisi duduk. Sekeping gambar arwah suaminya Raykarl ditatap dengan rasa rindu yang kian hari semakin mencengkam jiwa.

"Abang..." Tangannya mengusap perlahan dan lembut gambar itu. "Kenapa sayang Humaira mimpi dia? Abang kandung, abang. Kenapa sayang Humaira kena tiba-tiba mimpi dia? I miss you." Satu kucupan dilabuhkan ke atas sekeping gambar arwah suaminya.























"APA kau nak?" soal Iffa pada Rayyan dengan bengang apabila diberitahu oleh Izara bahwa Rayyan memanggilnya.

"Uish, garangnya!" Rayyan tersenyum mengejek. "Tolong masakkan aku mi goreng."

"Aku tak nak. Kau boleh je berjalan ke restoran kalau nak mi goreng. Lagipun, aku bukan pembantu peribadi kau kan?" balas Iffa selamba. Dia berpeluk tubuh.

"Aku tak tanya kau. Ni arahan dari aku sebagai bos kau. Dah tugas aku untuk rasa masakkan kau sebagai seorang bos supaya aku tahu yang aku tak silap pilih kau berkerja dekat Hotel Y&K ni." jawab Rayyan kemudian dia tersenyum kemenangan setelah melihat wajah tegang Iffa.

"Kau nak mi goreng apa?" Keras suara Iffa bertanya.

"Salah tu. Sepatutnya, Cik Iffa panggil saya Encik Rayyan. Bukan kau, aku." Lain pula yang dijawab Rayyan.

Iffa menghela nafas berat. "Baiklah, Encik Rayyan nak mi goreng apa?" nadanya sengaja dilembutkan.

"Teka lah." Rayyan ketawa kecil.

"Saya ada banyak kerja lagi nak buat jadi lebih baik Encik Rayyan jangan bazirkan masa saya. Kalau kerja saya tak siap nanti Encik Rayyan juga yang marah." Marahnya ditahan sebelum meletus.

"Saya nak mi goreng ayam dan teh ais."

"Saya pergi buat dulu."

"Ehh, kejap!" Rayyan menghalang Iffa dari meneruskan langkah kakinya.

"Ada apa?" Wajah Rayyan ditatap dengan kesabaran yang masih dikawal.

"Apa kata macam ni." Rayyan berpura-pura berfikir seketika. "Kita kan kawan? Saya rasa lebih baik kita gunakan bahasa saya, awak."

"Tak nak. Sebab sekarang kan waktu kerja."

"Haah, tapi sebagai bos saya berhak tentukan peraturan." balas Rayyan lagi, tak nak kalah.

"Habis tu, semua perkerja di Hotel Y&K ni pun kena ber-saya, awak ke?" Iffa mulai main tarik tali.

"Tak. Sebab yang boleh ber-saya, awak hanya kita berdua je."
jawab Rayyan sambil matanya menghantar pandangan redup.

"Kenapa pula?"

"Saya lapar dah ni. Bila awak nak masak untuk saya?"

'Eii!' naik meremang bulu roma Iffa saat mendengar panggilan Rayyan. 'Aku dengan Ray mana pernah ber-saya, awak. Ni kenapa pula tiba-tiba?'

"Hello, hello." Rayyan melambaikan tangannya di hadapan Iffa apabila melihat Iffa sedang berada di dunia sendiri.

"Saya pergi buat dulu. Encik Rayyan boleh tunggu di pejabat ni." Iffa cepat-cepat berjalan keluar dari pejabat Rayyan. Tak betah dia berdiri lama-lama dengan Rayyan dalam pejabat Rayyan. Takut entah, apa lagi yang akan Rayyan karutkan.
























"TEMAN saya makan."

"Saya ada banyak kerja lagi nak buat. Encik Rayyan boleh makan seorang diri. Saya minta diri dulu." Pinta Iffa seraya senyum segaris.

"Ni arahan dari saya sebagai bos awak. Kalau awak tak nak teman saya makan, awak bawa sekali makanan ni keluar." balas Rayyan pula. Dia akan usaha sedaya upaya agar Iffa teman dia makan.

"Buat?" Wajah Rayyan ditatap dengan reaksi keliru.

"Saya dah kenyang." jawab Rayyan. Matanya dilirikkan ke wajah Iffa. Dia cuba membaca riak wajah gadis yang dicintainya itu.

"Okey." Kaki Iffa digerakkan melangkah keluar dari pejabat Rayyan dengan senyuman kemenangan melihatkan wajah Rayyan yang terkejut.

'Kau fikir aku kisah kalau kau tak nak makan? Nak aku pujuk lah tu! Padan muka kau Ray. Susah tau nak buat aku jatuh cinta.'

Mata Rayyan berkedip memandang Iffa yang baru sahaja keluar dari pejabatnya. 'Dia tak pujuk aku? Macam tu je dia keluar dari pejabat aku?'

Rayyan menyandarkan badannya ke kerusinya dengan helaan nafas berat.
























"AWAK dah nak balik ke?" Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati Iffa yang baru sahaja ingin masuk ke dalam perut kereta.

"Haah." jawab Iffa acuh tak acuh.

"Saya hantar awak balik. Ni arahan dari saya sebagai bos awak."

"Tapi arahan tu tak valid sebab sekarang ni dah habis waktu kerja." balas Iffa seraya ketawa kecil seakan mengejek Rayyan.

Panas telinga Rayyan mendengar balasan dari Iffa. Dia akan berusaha sedaya upaya untuk buat Iffa jatuh cinta padanya semula.

"Saya pergi dulu. Bye." Tangan Iffa naik melambaikan tangannya ke arah Rayyan. Kereta Iffa akhirnya perlahan-lahan pergi dari situ meninggalkan Rayyan terpinga-pingga.

"Gagal lagi!" Rayyan menghentakkan kakinya dengan perasaan yang sangattt geram.
























IFFA akhirnya, membuat keputusan menyambung panggilan dari nombor yang tidak dikenali setelah telefonnya berdering beberapa kali. "Hello?"

"Hai Dina. Awak tengah buat apa tu?" Suara garau seseorang menyapa gegendang telinganya membuatkan telinganya berasap.

"Dari mana Encik Rayyan dapat nombor saya?" Dia tahu sangat suara garau itu adalah milik Rayyan.

"Tak payah lah ber-encik, bagai. Awak boleh panggil saya dengan panggilan awak. Sebab sekarang dah malam dah habis waktu kerja." Soalan Iffa dihiraukan sahaja.

"Kalau takde apa-apa yang penting saya letak dulu."

"Ehh, kejap!" Rayyan segera menghalang Iffa dari memutuskan panggilan antara mereka. "Mama ajak awak dinner di rumah." Beritahu Rayyan pada Iffa.

"Tapi..."

"Kalau awak tak nak saya boleh cakap dekat mama tapi mesti mama kecewa nanti. Awak tak nak ke?" Sengaja soalan itu dilontarkan pada Iffa.

"Nak. Cakap dekat mama yang saya bersiap sekejap baru saya bertolak pergi sana." jawab Iffa seraya memutuskan panggilan.

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now