DC 23 : Tak boleh

20 1 0
                                    

Iffa melangkah masuk ke dalam pejabatnya dan menuju ke arah meja. Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi seraya beg sandangnya diletakkan di atas meja.

Matanya melirik ke arah sejambak bunga yang diberi oleh Rayyan padanya sebagai tanda 'terima kasih' sebab dia sudi berkerja di Hotel Y&K.

Tangannya pantas mencapai sejambak bunga itu dan dibeleknya. Akhirnya, dia menemukan sekeping kad yang Rayyan tanya kelmarin. Kad itu dibuka dan dibaca. 'Dina, aku tak pernah tau buat semua ni.' Iffa ketawa kecil membaca ayat barisan pertama.

'Ni, first time aku buat macam ni. Kau tahu lah kan yang dulu kita bercinta, aku tak pernah romantik. Apalagi nak buat ayat-ayat manis bagai.' Iffa ketawa lagi. "Memang kau tak romantik pun dulu!' Gumam Iffa perlahan.

'Jika aku luahkan cinta dan sayang padamu, percayalah cinta dan sayang itu hanya untukmu dan hingga akhir nafasku.' Jantung Iffa seakan berhenti apabila matanya membaca ayat barisan ketiga itu.

'Okey tak ayat tu? Tapi memang betul Dina. Dulu, hari-hari aku sayang, cinta dan rindu pada kau. Tak kiralah masa kita tengah bercinta atau masa aku tinggalkan kau dulu dan sampai sekarang sayang, cinta dan rindu pada kau masih kekal dalam hati aku. Tak pernah walau sesaat pun perasaan ni hilang dari hati aku. Aku sayang kau dengan sepenuh hati aku, Dina. Aku cintakan kau ikhlas dari hati aku dan aku sangat-sangat rindukan kau sejak dari kali pertama kita berdua bertemu dan saat itu ialah hari yang paling bahagia dalam hidup aku. I love you and miss you, no matter what happen in my life Dina.'

Iffa tersentak. Kad itu terlepas dari tangannya. 'Kenapa semakin aku ingin menjauh dari Ray semakin dia buat aku jatuh cinta pada dia?'

TOK! TOK! TOK! Bunyi ketukan di pintu pejabat Iffa bergema.

"Masuk." Iffa mengalihkan pandangannya pada Izara yang baru sahaja melangkah masuk.

"Encik Ray panggil Cik Dina." Beritahu Izara pada Iffa.

"Dia panggil saya? Sekarang ke?"

"Haah. Saya minta diri dulu." Pinta Izara seraya kakinya melangkah keluar dari pejabat Iffa.

Tangan Iffa naik mengutip semula kad yang terlepas dari tangannya sebentar tadi dan dia memasukkan semula kad itu ke dalam bunga.
























"KENAPA kau panggil aku?" soal Iffa pada Rayyan sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabat Rayyan.

"Aku rindu kau." jawab Rayyan seraya ketawa kecil.

"Ray! Aku tengah kerja ni sekarang. Jangan lah panggil aku kalau takde apa-apa hal pasal KERJA." balas Iffa sambil menekan perkataan 'kerja'.

"Kau dah baca kad yang aku bagi?" soal Rayyan pula.

"Kad? Kad apa?" Iffa berpura-pura tak tahu. "Belum, nanti lah aku baca."

"Kau dah baca kan? Aku kenal kau lah Dina. Kalau kau belum baca muka kau takkan gelabah sekarang ni." Rayyan ketawa sekali lagi.

"Mana ada muka aku gelabah!" Bidas Iffa, geram.

"Dina." Rayyan bingkas berdiri dan melangkah menghampiri Iffa. Dia menyeluk poket seluarnya seraya melutut di hadapan Iffa. Sebuah kotak baldu berwarna merah dibuka.

"Ray..." Iffa mati kata apabila melihat sebentuk cincin di dalam kotak baldu berwarna merah itu.

"Izinkan aku kejar bahagia bersama dengan kau buat kali kedua?" Pandangan redup dihantar pada Iffa bersama dengan senyuman manis yang menghiasi bibirnya.

"Aku..." Iffa buntu. Dia tak tahu nak jawab apa. Tapi yang dia tahu mustahil untuk dia cintakan sesiapa selain arwah suaminya, Raykarl. "Sorry, Ray. Aku tak boleh!" Iffa cuba untuk meneruskan ayatnya. "Aku tak boleh cintakan sesiapa pun selain dari abang. Dia dah isi segala kekosongan di hati aku walaupun sekarang ni dia dah takde tapi aku tetap rindukan dia. Aku rindu macam mana dia layan aku, aku rindu senyuman manis dia, aku rindu ayat-ayat dia. Walaupun muka kau orang hampir sama tapi perangai kau orang berbeza! Aku jatuh cinta dengan orang yang berbeza juga. Dia buat aku jatuh cinta pada dia hari-hari. Setiap saat. Aku rindu segalanya tentang dia dan...aku tak boleh nak cinta, sayang dan rindukan orang lain selain dari dia. I'm sorry, Ray." balas Iffa dan kakinya baru sahaja ingin melangkah keluar dari pejabat Rayyan namun sebelah tangan Rayyan naik menyambar tangannya.

Iffa memusingkan badannya ke belakang menghadap Rayyan yang sudah berdiri sambil sebelah tangannya menggenggam kotak baldu berwarna merah itu.

"Kalau kau tak boleh terima aku sekalipun terima lah cincin ni." Pandangan berharap dihantar pada Iffa.

"Enough Ray!" Iffa segera melepaskan tangannya dari genggaman Rayyan. "Enough! Please, jangan buat aku jatuh cinta dengan kau kalau hal itu cuma sia-sia dan kau akan terluka."

"Aku bukan dia dan aku takkan dapat tempat di hati kau macam mana arwah Raykarl dapat dulu tapi aku akan berusaha untuk dapatkannya." tutur Rayyan dengan yakin. "Cuma...aku minta sangat kau terima cincin ni sebagai kawan aku." Sambung Rayyan lagi sambil tangannya menghulurkan kotak baldu berwarna merah itu pada Iffa.

"Ambil lah." Rayyan melihat tangan Iffa yang teragak-agak untuk menyambut huluran kotak baldu berwarna merah itu.

"Okay, thanks." Iffa menyambut huluran kotak baldu berwarna merah itu dan dia segera melangkah keluar dari pejabat Rayyan.

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now