DC 46 : Hati dan perasaan

31 2 0
                                    

"Yan pergi lah pujuk Iffa tu. Jelaskan segalanya pada dia semula. Dia masih keliru lagi tu. Sorry tau, mama tampar Yan hari tu. Dah lah dua kali, lepastu, kuat pula tu!" Ucap Calina pada Rayyan cuba menceriakan semula wajah Rayyan setelah Rayyan melihat Iffa pergi dari situ.

"Okey, ma. No problem. Yan naik atas dulu. Assalamualaikum, ma, ba." Balas Rayyan pula sudah tidak sabar hendak ke bilik. Kaki Rayyan dibawa mendekati Fikri yang sedang duduk di atas sofa. "Fikri aku naik atas dulu tau. Apa-apa, kau call je aku. Thanks sebab sudi tolong aku." Kemudian, kakinya melangkah pergi dari situ dan menuju ke arah tangga.

"Camy nanti hantar Fikri balik tau. Fikri minum lah dulu. Camy yang buat air ni." Pelawa Calina.

Fikri menganggukkan kepalanya perlahan. Anak matanya dilirikkan sedikit ke arah Camelia yang sedang tersipu malu sebelum tangannya mencapai gelas dan mencicip sedikit air teh panas.






















"LOVE." Pintu bilik ditutup perlahan dan dikunci. Kemudian, kaki Rayyan dibawa menghampiri Iffa yang sedang duduk di birai katil. Rayyan melabuhkan punggung di sebelah Iffa. "Love okey? Love faham tak apa yang hubby ceritakan tadi?" tanya Rayyan dengan nada suara perlahan dan lembut.

"Awak ingat saya ni apa?" Ada getaran dan sebak dalam nada suara Iffa. Kepalanya dialihkan ke kiri memandang tepat ke arah wajah Rayyan bersama dengan air mata yang sedang bergenang di tubir mata, yang pada bila-bila masa sahaja akan jatuh. "Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal? Kenapa awak tak jelaskan pada saya sebelum ni? Kenapa awak buat saya jadi isteri derhaka? Kenapa awak kena buat saya macam orang bod*h? Saya tak suka tau kalau orang berahsia dengan saya. Awak tu suami saya dan saya ni isteri awak, that's it!" Air mata yang ditahannya akhirnya jatuh menitik keluar dari anak mata Iffa.

"Love..." Baru sahaja Rayyan ingin meneruskan kata-katanya, namun terhenti apabila Iffa mengangkat isyarat tangan biar dia menyambung bicara terlebih dahulu.

"Saya minta maaf, tapi saya sakit sangat-sangat. Hati ni sakit sangat sampai tak dapat terima semua benda yang berlaku ni. Kita teruskan hubungan kita sebab baby je. Soal hati dan perasaan kita tolak tepi dan focus pada baby je dulu." Sambung Iffa seraya bingkas berdiri dan berjalan ke sebelah katil. Perlahan-lahan, Iffa membaringkan badannya ke atas katil membelakangi Rayyan yang masih tergamam dengan bicaranya.

"Love dah tak... sayangkan hubby ke? Hubby akan teruskan hubungan ni bukan semata-mata sebab baby tapi sebab love dan sebab cinta kita juga. Love takkan pernah jatuh di tangan orang lain. Love milik hubby seorang. Cinta ni takkan pernah surut untuk love. Hubby buat semua ni untuk keselamatan love dan baby tapi... kalau love tak faham, tak apalah. Hubby doakan suatu hari nanti pintu hati love akan terbuka untuk terima semua benda yang berlaku ni." Balas Rayyan pula kemudian gilirannya membaringkan badan ke atas katil secara melentang. Kepalanya didongakkan ke atas memandang kipas yang berputar dan tangannya diletakkan ke atas dahinya. Fikirannya tika ini sangat serabut memikirkan keadaan hubungan dia dan Iffa. Semoga suatu hari nanti hubungan mereka berdua akan kembali pulih...






















"SEDAP air teh panas tadi." Puji Fikri pada Camelia semasa Camelia menghantarkannya sehingga ke halaman rumah Ridzuan dan Calina.

"Ouh." Hanya itu yang keluar dari bibir Camelia. "Thank you." Sambung Camelia lagi. Baik Camelia atau Fikri sama-sama masih dalam keadaan malu.

"You're welcome." balas Fikri pula.

Keadaan hening seketika apabila tiada sepatah kata yang keluar dari bibir mereka berdua.

'Dia tak nak balik ke?' Getus hati Camelia apabila merasakan kakinya telah kebas berdiri lama-lama di halaman rumah.

'Nak balik ke tak eh?' Getus hati Fikri pula. Kakinya turut merasakan perkara yang sama, kebas.

"Bu..." Anak mata Fikri bertembung dengan Camelia apabila Camelia memandangnya setelah dia mengeluarkan kata. Dan perkara itu membuatkan jantung mereka berdua berdegup laju.

"Maksud saya... bulan sekarang ni cantik kan?" Cepat-cepat Fikri menyambung bicara apabila merasakan ada perasaan 'aneh' menyelinap masuk ke dalam hatinya.

"Hah? Ouh, ya, ya." Pipi Camelia mula naik merah akibat malu 'terpandang' Fikri lama-lama.

"Saya balik dulu. Assalamualaikum." Ucap Fikri pada Camelia bersama senyuman manis menghiasi bibirnya.

"Waalaikummusalam." jawab Camelia pula dengan nada suara yang lembut.

"Cantik awak pakai tudung. Manis je. Tak pernah saya nampak orang perempuan pakai tudung semanis awak sebelum ni." Puji Fikri lagi sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam keretanya.

Semakin merah pipi Camelia akibat dari kata pujian Fikri.

"Camy!"

"Ya, ba?" Cepat-cepat kaki Camelia dibawa masuk ke dalam rumah apabila terdengar namanya dipanggil oleh Ridzuan. "Bye!" Sempat lagi tapak tangan Camelia naik melambai ke arah Fikri sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Fikri tersenyum melihat lambaian Camelia.

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now