DC 47 : Imbas Kembali - Halau II

33 2 0
                                    

"Assalamualaikum." Rayyan memberi salam seraya tangannya naik membuka pintu rumah dan melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Sepi sahaja keadaan di ruang tamu. Melilau mata Rayyan memerharti sekeliling ruang tamu. Kemudian, kaki Rayyan menapak pula ke arah dapur dan keadaan masih sama. Tiada susuk tubuh perempuan yang dicarinya.

"Dina ada dekat atas kot. Camy tunggu je dekat bawah ni, nanti Camy naik atas kalau Abang Yan panggil." Pesan Rayyan pada Camelia yang baru sahaja masuk ke dalam rumah.

Dengan hati yang berdebar Rayyan berjalan naik tangga menuju ke biliknya.

"Hubby dah balik?" Iffa tersenyum memandang Rayyan yang baru sahaja masuk ke bilik mereka berdua sambil kakinya melangkah mendekati Rayyan. "Salam."

Rayyan memandang wajah Iffa seketika. Terngiang-ngiang di telinganya tentang pesanan Ridzuan padanya. 'Maafkan hubby. Hubby tak kuat untuk tengok love di dalam rumah ni, untuk sakiti love dalam rumah ni. Hubby tak kuat, jadi, untuk itu hubby terpaksa dera hati hubby sendiri supaya halau love. I'm sorry, love.'

Rayyan menyambut huluran tangan Iffa tanpa memandang wajah Iffa, selepas Iffa mencium belakang tapak tangannya laju dia menarik kembali tangannya.

"Hubby." Diamati wajah Rayyan yang semakin tegang dengan anak matanya berwarna coklat. Hairan dia melihat sikap Rayyan begitu. "Ada masalah ke dekat hotel?" Tanya Iffa dengan lembut.

'Ya Allah, Engkau berilah hambaMu ini kekuatan dan kesabaran.' Tersiksa hatinya ketika mendengar suara lembut Iffa. Tidak pernah terlintas pun di fikirannya untuk menghalau Iffa. Tapi, dia perlu lakukan itu agar semuanya berjalan dengan lancar. 'Maafkan hubby, love. Ini semua untuk rumahtangga kita dan baby. Bismillah.' Dengan lafaz bismillah di dalam hati, Rayyan sudah bersedia memulakan lakonan palsunya.
"Kemas pakaian love sekarang ni. Love keluar dari rumah ni sekarang!" Sekelip mata sahaja suara Rayyan tiba-tiba bertukar tegas membuatkan jantung Iffa seakan terhenti.

"Hu... hubby? Kita nak pergi mana?" Tergagap-gagap suara Iffa menyoal.

"Bukan hubby dengan love tapi love yang keluar dari rumah ni. Camy ada dekat bawah tu tengah tunggu love." Jawab Rayyan tanpa memandang wajah Iffa. Dia tak kuat. Dia tak kuat untuk memandang wajah takut dan terkejut Iffa.

"Tapi... kenapa? Ke...napa hubby tak ikut sekali? Love nak... tinggal dekat mana?" Wajah Rayyan dipandang dengan riaksi terkejut dan keliru.

"Mulai, dari hari ni love tinggal dekat rumah Camy. Camy baru beli rumah baru. Jaga baby kita elok-elok, hubby tak nak ada apa-apa jadi dekat baby kita." Jawab Rayyan lagi dengan tegas.

"Hu...bby halau love ke?" Air mata mulai bergenang di tubir matanya. Digigit bibir bawahnya menahan sebak yang semakin menggunung di dada.

"Camy!" Kuat suara Rayyan menjerit memanggil Camelia yang sedang menunggu Iffa di ruang tamu. Dia tak sanggup lagi untuk berlama-lama dengan Iffa.

"Ya, abang?" Mendengar sahaja suara Rayyan memanggilnya, kaki Camelia laju berlari masuk ke dalam bilik Rayyan dan Iffa. Dapat dia lihat Iffa sedang berdiri di hadapan Rayyan dengan riaksi keliru. 'Dah mula dah.'

"Tolong Dina kemas pakaian dia. Abang Yan nak keluar." Usai memberi arahan pada Camelia kaki Rayyan baru sahaja ingin melangkah namun, terhenti apabila secara tiba-tiba Iffa memeluk kuat kakinya. Dia tak kuat lagi untuk terus berada di sebelah Iffa seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Hu...bby love ada buat salah ke? Kenapa hubby halau love? Kalau love ada buat salah, hubby bagitau lah. Love akan betulkan. Please, hubby jangan halau love. Please." Teresak-esak Iffa menangis sambil merayu pada Rayyan.

"Lepas." Naik seoktaf suara Rayyan menyuruh Iffa supaya melepaskan kakinya. Bukan hati Iffa sahaja sakit namun, hatinya juga turut sama terluka.

"Kalau hubby tak kesian dekat love, hubby kesian lah dekat baby kita. Please, hubby. Please!" Rayu Iffa lagi. Wajahnya telah basah dengan air mata.

"Camy." Rayyan memberi isyarat mata pada Camelia supaya menolong Iffa dari menahan kakinya. 'Bukan hubby tak kesian pada love atau baby kita tapi, sebab hubby kesian lah hubby terpaksa halau love. Love jaga diri elok-elok tau. Kalau, love jaga diri baby kita pun selamat. Dua-dua, selamat dah buat hati hubby lega. I love you, bidadari dunia dan syurga hubby.'

Camelia yang melihat isyarat mata abangnya itu segera mendapatkan Iffa yang sedang kuat memeluk kaki Rayyan dan tangannya mula menarik tangan Iffa melepaskan kaki abangnya.

"Hubby!" Anak mata Iffa menghantar langkah kaki Rayyan pergi dari situ bersama dengan air matanya yang tak henti-henti keluar dari mata Iffa.

"Iffa, Iffa." Camelia menahan Iffa dari mengejar Rayyan yang baru sahaja pergi dari situ dengan memegang kuat tangan Iffa.

"Camy! Camy suami aku dah pergi tu! Tolong bagi aku pergi. Aku nak tahu apa salah aku! Aku..." Iffa terduduk di lantai apabila telinganya menangkap bunyi kereta Rayyan keluar dari perkarangan rumah mereka berdua. Namun dia tak putus asa, dia berdiri semula dan kakinya pantas berlari keluar dari bilik tanpa sempat Camelia menghalang.

Iffa berlari menuruni tangga hingga keluar rumah dan melihat kereta Rayyan telah tiada. Kakinya dibawa berlari pula ke tengah jalan untuk mengejar kereta Rayyan namun, hampa apabila melihat kereta Rayyan telah laju pergi dari situ. Iffa akhirnya, terduduk lemah. Dia keliru. Kenapa Rayyan sanggup menghalaunya dari rumah mereka sedangkan sebelum ini banyak janji dan kata-kata manis yang keluar dari bibir Rayyan. Otaknya tika ini perlukan jawapan dan penjelasan dari Rayyan. Hatinya sakit bagai dicucuk-cucuk dengan pisau yang tajam. "Kenapa hubby sanggup buat love macam ni?"






















PAP! Tajam sepasang anak mata Calina mencerlung memandang tepat ke arah wajah Rayyan. Merah pipi Rayyan akibat menerima tamparan kuat darinya.

"Bagitau mama sekarang ni kenapa Yan buat Iffa macam tu?! Yan tak ingat ke apa yang mama cakap sebelum ni? Yan nak mama ingatkan semula ke?!" Bergema satu rumah dengan suara Calina menyoal Rayyan. "Mama cakap JANGAN SAKITKAN HATI IFFA LAGI!" Ditekan kuat satu-persatu perkataan yang keluar dari bibirnya. PAP! Tapak tangannya naik melayang ke sebelah lagi pipi Rayyan. Sakit hatinya apabila Rayyan telah menceritakan segalanya pada dia.

"Yan naik atas dulu. Yan ngantuk dah, good night, ma." Itu sahaja balasan dari Rayyan. Kakinya dibawa naik ke biliknya. Lebih baik, dia tumpang rumah baba dan mamanya untuk menghilangkan rasa sakit kepalanya. Dia masih belum ada jawapan untuk semua yang terjadi sekarang ini.























"CAMY tolong bagitau aku kalau abang Yan ada bagitau kau apa-apa. Kenapa dia halau aku? Kenapa dia suruh kau ambil aku? Kenapa aku kena tinggal dengan kau? Apa salah aku?!" Di dalam kereta Camelia pula, Iffa tak habis-habis mendesak Camelia dengan pertanyaannya.

"Camy! Jawab lah aku! Aku tanya ni!" Intonasi suara Iffa mula bertukar tinggi.

"..."

"Aku tak nak tinggal dengan kau kalau kau tak jawab aku! Berhenti sekarang!" Naik seoktaf suara Iffa sehinggakan Camelia menghentikan keretanya secara tiba-tiba.

Camelia mendengus geram. Kepalanya dialihkan ke wajah pucat Iffa. Nafas ditarik dengan sedalam-dalamnya kemudian, dihembuskan perlahan. "Aku takde jawapan yang kau nak. Aku tak tahu. Abang Yan yang tiba-tiba call aku suruh aku ambil kau. Berbuih dah mulut aku ni tanya dia, tapi dia tak nak jawab. Dahlah, Iffa. Kau tenangkan je dulu diri kau. Kau kena ingat, dalam perut kau tu ada baby. Dia pun perlukan perhatian dari kau. Nanti kau pilih je nak tidur dekat bilik mana. Kalau ada apa-apa panggil je aku. Ingat, pastikan kau tidur dekat bilik bawah. Aku takut kalau kau naik turun tangga nanti." Panjang lebar jawapan dari Camelia membuatkan Iffa hanya berdiam diri. 'Aku minta maaf, Iffa. Aku terpaksa tipu kau untuk keselamatan kau dan baby.'

'Kenapa hubby buat love macam ni? Apa salah love pada hubby? Hubby tak sayang love dah ke? Hubby tak sayang baby kita ke? Mana semua kata-kata manis yang keluar dari bibir hubby dulu? Sampai hati hubby buat love macam ni. Hubby langsung tak fikir pasal perasaan love. Hubby tipu love!'

Derita Cinta (COMPLETED)Where stories live. Discover now