MMP8

25 2 0
                                    

Huabin POV

Doktor tahan aku lagi dua hari dalam hospital sebab kuman salam badan so dorang nak perhatikan aku for maybe 24 hours. Macam kritikal lah eh tapi tak pe. Ikut je kalau tak nak mampus.

Dalam masa dua hari tu, Jungwon langsung tak pergi berlatih. Dia 24 juga ada tepi aku. Kalau keluar pun beli makan or beli some needs. Tidur pun kat hospital, kat sofa pula tu. Haih.... first time aku tengok anak orang kaya ni bersusahan. Jap.... macam aku hidup tak kaya dari kecil.

Mulanya fikir dia buat sebab paparazi kat luar bilik aku and memang the next day dapat artical pasal dia become the husband material. Siap ada gambar dia usap aku time tengah tidur malam buta lah, gambar dia jaga aku malam-malam. Haih.... hidup selebriti fake. Tapi aku biarkan je. Tapi bila aku dah make sure tak ada any paparazi kat luar, dia tetap buat yang sama. Jaga aku tengah malam, usap kepala aku masa aku tidur, aku terkejut. Ada lagi ke paparazi kat luar, bukan aku check tak ada? Tapi kenapa dia pelik semacam?

Sekaramg aku tengah kemas barang sebab nak balik, dah dapat injection, dah sihat, boleh balik. I mean what am I suppose tu do right here? Aku still kena ambil ubat juga.

"Huabin, awak dah sudah kemas belum?" Aku pusing dan nampak Jungwon yang masuk dengan satu beg pastik berisikan ubat. Dia baru panggil aku 'awak' ke? Nak tanya ke? Biarlah, maybe dia mula nak prihatinkan aku sejak aku pengsan kat rumah.

Aku pandang dia dan senyum kecil. "Dah." Jawabku. "Jom balik." Aku ajaknya. Sebelum aku sempat keluar, Jungwon halang aku dan ambil beg baju dari tangan aku. Aku pandang dia dengan pelik tetapi tetap membiarkan dia mengambil beg aku. Kemudian dia berikan beg plastik ubat kepada aku.

Sebelah tangannya kemudian memegang erat tangan kiri aku. Kemudian kami keluar. Dalam perjalanan kami ke parking kereta, aku mula tanya soalan. "Ada paparazi ke?" Bisik ku dengan perlahan sebaik mungkin.

Jungwon tengok kiri kanan kemudian pandang aku. "Tak ada. Awak rasa diperhati ke?"  Bukan rasa diperhati, tapi rasa nyawa hujung tandung. Kau nak bunuh aku ke Yang Jungwon? Kenapa baik sangat ni?

Aku tetap memandang sekeliling parking lot, mencari manusia yang cuba membuat fitnah. Qalaupun tak ada, aku tetap teruskan lakonan 'isteri mithali' sampailah dalam kereta.

Sebaik sahaja masuk kereta, aku tarik nafas lega. Kalau dalam kereta kerja dia, memang tinted gelaplah, tak adalah dorang boleh ambil gambar aku kalau aku belasah Jungwon. "Yang Jungwon, awak ni kenapa?" Soal Huabin.

"Kenapa?" Soalnya kembali. Ha soalan dibalas soalan, memang mamat ni nak minta penampar.

"Tak adalah, yang awak pegang tangan saya tadi kenapa? Awak bagitahu saya, ada paparazi kan kat luar tu?" Soalku, dah tu takkan mamat ni buang tebiat nak pegang tangan aku pula, kan?

Jungwon mengeluh. "Kan saya kata, tak ada paparazi." Jawabnya.

Aku memandang dia dengan pelik. Kemudian mata kami berkunci, pandangan mata kami tidak kengkang sehingga Kwangsoo, si manager Jungwon tegur. "Kalau tak ada apa lagi kita gerak eh Jungwon?" Soalnya.

Jungwon memandang ke arah Kwangsoo lalauangguk kepalanya sebelum dia memandang ke luar tingkap. Pipi aku mula merasakan panas seperti bakal menunjukkan kemerahan. Jadi aku terus tutup kepalaku dengan hoodie dan pura-pura tidur.

Jungwon memanaskan badan sebekum dia memulakan latihan. Kemudian dia ternampak sahabat baiknya yang sedang menuju ke arahnya. Dia berikan senyuman kemudian berhenti memanaskan badan sebaik sahaja lelaki itu tiba didepannya.

"Jay hyung." Tegurnya.

Jay angguk kepalanya, tidak bersuara. Dia juga memalukan pemasnasan badan. "Kau seminggu dua ni busy betul jaga bini kat hospital sampai tak sempat nak berlatih." Tegurnya.

Marry Me Please //[{Yang Jungwon}]\\Where stories live. Discover now