Jungwon POV
Malam akhirnya tiba, sekarang waktu dimana semua orang masuk ke bilik masing-masing dan berehat. Aku dan Huabin masih lagi kaku berdiri di sisi katil.
Kenapalah aku boleh lupamyang kami kena tidur sama-sama?! Haih, kalau aku satu bilik dengan Changbin hyung pun, dia dah ada bini. Plus dia kawin dengan perempuan tu pun sebab dia suka sama suka. Tambah bonus lagi hyung bakal jadi ayah. Haih... pantas betul kerja Changbin hyung. Aku dengan Huabin ni? Kahwin kerana alasan sendiri, bukan atas cinta. Satu katil? Memang kekok.
"Uummmmm awak tidur atas katil lah, saya tidur kat lantai." Tawarnya.
"Eh mana boleh, awaklah tidur atas katil. Atas lantai sejuk. Saya je yang tidur bawah." Mana mungkin aku nak biarkan dia sakit sekali lagi. Masuk hospital lagi minah ni karang. Sebelum dia cakap lagi, aku dah potong dia. "Macam ni, memandangkan awak dan saya tak nak kalah, kita tidur satu katil. Lagipun saya athelit yang nak jaga kesihatan, awak pula baru sahaja sihat." cadnag aku.
Tapi keadaan makin kekok. Apalah cadangan aku ni? Kenapa dia nak ttidur satu katil dengan aku pula? Dia bukan suka aku pun. Aku rasa macam nak pukul diri sendiri je. Aku hampir nak tampar diri sendiri, tapi terbatal bila aku nampak dia dah ada atas katil. "Awak baring cepat sebelum saya tukar fikiran." Seriuslah? "Tunggu apa?" tegurnya selepas nampak aku diri kaku di sebelah katil.
"Oh." dengan lekas aku naik atas katil dan selimutkan badan aku.
Malam tu penuh dengan akward but it's all fine bila Huabin dah tidur dulu, dan aku pun dah tidur. Aku bangun pada tengah malam kerana aku berasa sangat haus. Aku bangun dan perlhana dan kemudian keluar dengan senyap supaya aku tak bangunkan Huabin. Selepas keluar tu aku terus pergi ke dapur. Aku capai cawan gelas di kabinet atas, kemudian isi air dari mesin air coway psehingga penuh. Belum sempat aku minum habis, seseorang masuk ke dapur juga.
"Oh... Jungwon ah."bapak mentua aku. Bapak mentua aku ni loving betul. Aku cemburu gila bila aku tengok macam mana dia layan anak-anak dia. Dia tetap layan mereka macam budak kecil walaupun mereka sudah mendirikan rumah tangga.
"Appa."tanap lengahkan masa, aku capai gelas bersih dan isi air lalu berikan kepada orang tua itu.
"Nyenyak kamu tidur malam ni?" soalnya pada aku.
"Ya. Katil Huabin tu besar dan empuk, selesa sangat tidurnya."jawapku dengan iklas.
Kemudian dia mengeluh. "Huabin tu dari kecil sampai besar memang manja. Appa yang suka sanagt manjakan dia. Sampai Changbin pun selalu cemburu. Kamu nak tahu kenapa appa manja kan dia?" tipulah aku tak nak tahu. Aku angguk. "Masa Huabin bayi dulu, Huabin pernah demam panas sampai kami semua risau. Dia masuk hospital sampai sebulan. Doktor kata masa tu kalau kami tak hantar ke hospital dengan lebih awal, kami kemungkinan akan kehilangan dia. Sejak masa tu, appa terus dan terus perhatikan dia lebih. Masa zaman sekolah tadika dia, pernah kena buli, tapi dia tak pernagh lawan dan tak pernah bagitahu kami. Changbin yang dapat tahu dia kena buli di sekolah, terus dia repot kat kami. Bila kami berurusan dengan guru-guru dan ibu bapa, dia tak salahkan mereka pun. Dia cakap yang kalau dia lawan balik, dia sama je jahat macam mereka. Masa tu appa rasa macam dia ni terlalu baik untuk dunia yang kejam ni. Tiba masa dia berkahwin, appa takut sangat nak lepaskan dia. " luahnya. Bapa siapa yang rela melepas anak mereka? Tak kira mereka lelaki atau perempua, tak kira jika mereka sudah besar panjang, dimana mereka, dimata mereka anak mereka tetap kecil.
Cemburu... aku cemburu dengan keluarga kau, Seo Huabin. Sejak aku sampai sehingga kini, keluarga kau sambut aku dengan penuh kehangatan. Ini keluarga yang aku idamkan. Tapi suatu hari nanti aku akan lepaskan kau, kenikmatan berkeluarga ini, pasti aku rindui.
"Kalau suatu hari kamu tak mampu nak jaga dia lagi, tak mampu lindungi dia, tak cintakan dia lagi, hantarkan dia pulang pada appa." aku angguk. Mestilah aku akan lepaskan dia dan bairkan dia hidup dengan lelaki yang mampu dia kebahagian. Aku tak mampu.
Balik ke bilik semula, aku baring dia sebelah dia dan menutup mata untuk sambung tidur. Tapi tak sempat aku dibuai mimpi aku merasakan dadaku dihempap oleh sesuatu yang berat. Aku buka mata dan hampir tergerak terkejut apabila nampak kepala milik Huabin berada di dada ku. Tangannya pula merangkul pinggang aku dengan erat seperti bantal peluk. Aku cuba untuk lepaskan pelukanya, tetapi makin kuat dia peluk apabila aku mengalihkan tangannya. Disebabkan aku tahu bahawa sia-sia sahaja aku mengalihkan dia ke posisi yang betul dan aku tidak mahu dia terbagun. Aku biarkan dia tertidur di dadaku. Senyum aku terukir kepada tindakkan kecil Huabin yang comel ketika tidur tanpa aku sedar. Aku usap kepalanya lembut. Tekstur rambut yang lembut dan bau syampoo yang wanyi darinya aku bau. Tidak lama kemudian aku dibuai mimpi.
Huabin's POV
Terasa lama tidur, aku buka mata aku dengan perlahan. Cahaya matahari dari luar terhalang masuk ke dalam bilik oleh tirai bilik aku yang besar. Kerana terlalu malas untuk terus bangun, aku membuat keputusan untuk melelapkan mata sebentar sebelum memulakan hari aku seperti biasa. Beberapa saat pertama selepas aku melelapkan mata, aku terasa seperti sesuatu yang tidak kena. Keempukkan bantal yang aku pakai selalu rasanya keras. Aku buka mata aku dan melihat bantal aku. Hampir aku terjerit kerana aku bukan baring di atas bantal tetapi tubuh badan manusia, tak lain dan tak bukan milik Yang Jungwon.
Aku dengan hati-hati aku bangun dengan segera lalu memproseskan apa yang berlaku. Baru aku teringat kini aku dan Jungwon terpaksa berkongsi bilik kerana kami berada di rumah keluarga aku.
Aku menepuk dahi sendiri dengan perlahan. "Apa yang cuba kau buat semalam Seo Huabin? Kenapa kau jadikan dada dia sebagai bantal?" gumamnya perlahan. Kemudian aku jenguk ke arah Jungwon, takut dia sudah sedar atau belum. Mata lelaki itu masih lagi tertutup rapat menandakan dia masih lagi tidur. Aku keluh lega.
Entah kenapa rupa Jungwon yang sedang tidur menarik perhtaian aku tanpa aku sedar. Aku mendekati diri aku padanya supaya aku dapat lihat dengan dekat. Hidung, bibir, dan keningnya, semuanya nampak menarik. tangan aku bermain dengan rambur depannya tanpa aku perasan. Untuk pertama kalinya, aku rasa dia terlihat sangat tampan. Terbayang mukanya yang tersenyum dan menampakkan lesung pipitnya yang aku boleh nampak di kaca TV sahaja. Makin tampan bila dia senyum, memuatkan aku juga senyum makin lebar ketika membayangnya.
"Handsome kan suami kau ni?"suara Jungwon yang masih lagi menutup matanya. Kemudian dia membuka matanya selepas ayat yang dikatakan.
Aku terkejut tambahan malu apabila ditegurnya kerana aku memerhatikan mukanya, aku yakin muka aku kini sudah berwarna merah dek kerana aku. Segera aku memandang ke tempat lain. "A-Aaa.... awak siaplah. Saya nak turun, tolong eomma masak." Aku segera mengelakkan diri dari diusik oleh Jungwon dengan mencari topik.
Lagipun sudah pagi, seharusnya aku tiba masa aku menyediakan sarapan. Aku pun bergerak unutk turun dari katil tetapi Jungwon dengan pantas dia menolak aku baring semula. Kemudian dia mengunci aku dengan tangannya sepaya aku tak dapat lari. "Merahnya muka kau, sayang." usiknya. Makin merah muka aku apabila panggilan 'sayang' keluar dari mulutnya. Bukan pertama kali dia memanggil aku 'sayang'. kali pertama dia memanggil aku begitu kerana kami berada di hospital, kemungkinan paparazi ada berdekatan. Tetapi kini di rumah, dalam posisi begina, Bohong sungguh jika aku tidak malu.
"Apa awak buat ni? Saya nak pergi buat breakfast lah." Kataku dengan membuat nada rimas. Padahal hanya aku seorang tahu betapa malunya aku kini di dalam pelukkan Jungwon. Aku cuba untuk melepaskan diri tetapi Jungwon tidak memberikan sebarnag perlonggaran.
Aku memandang dia dengan muka marah aku tapi reponnya hanya senyum. Tiba-tiba dia melekatkan bibirnya dengan bibir aku. Aku terkedu, tidak tergerak satu pun otot-otot aku dek kerana terkejut. Selepas dia melepaskan ciumannya. Aku memandangnya dengan mat yang terbeliak besar, Jungwon langsung tidak menunjukkan tanda malu, malaha dia senyum dengan lebih lebar.
Tanpa aku sedar aku menolaknya dengan kuat sehingga dia melepaskan aku. Aku kemudian lari dari luar bilik. KENAPA DIA KISS AKU?!!!!!!
~!#$%^&*()_+TBC'_+#$%^&*
YOU ARE READING
Marry Me Please //[{Yang Jungwon}]\\
FanfictionYang Jungwon seorang atlet sukan renang terpantas negara. Dia sangat dihormati orang kerana teknik renangnya yang telah menewaskan ramai lawannya. Bukan sahaja sebab itu dia dihormati. Keluarganya dari orang-orang ternama yang memilik syarikat terbe...