Chaewon p.o.v
" Oh, jadi kaulah Bang Chaewon yang jadi sebutan semua orang tu? Hmm... Boleh tahan cantik." Suara seorang perempuan menyedarkan Chaewon dari lamunannya. Dia berfikir macam mana dia nak balas dendam tanpa diketahui oleh Daddy dan abangnya.
" Cantik macam ni, Chaeyeon? Kau biar betul... Aku lagi cantik dari dia ni tau..." Balas seorang gadis tinggi pulak. Secara totalnya, geng perempuan yang mendekatinya ada 3 orang. Semua dia tak kenal.
" Tak kisahlah dia cantik ke tidak. Kau dengar sini aku nak beri kau amaran. Kau kenal aku siapa?" Chaewon mengangkat bahu tak tahu sebelum membuat muka annoying. Mukanya membuatkan ketiga-tiga perempuan tu agak geram.
" Aku tak kenal korang dan aku tak kisah korang siapa. Aku datang sini nak sekolah. Bukan nak berkawan dengan sesiapa..." Balas Chaewon sebelum menutup loker. Baru dia nak berlalu ke kelasnya, di depannya ada pulak 4 lelaki yang mencari pasal dengannya. Chaewon memandang sekeliling. Baru dia sedar tiada pelajar lain selain 3 perempuan dan 4 lelaki itu.
" Oh.... Jadi macam ni cara korang buli orang? 7 lawan 1? Wau... penakutnya. Kalau berani kenapa tak seorang diri je?" Soal Chaewon perlahan sebelum tergelak sinis. Buku diletakkan di atas tembok sebelum dia mengikat rambut pendeknya.
" Kitaorang belum rasa lagi nak buli kau. Cuma nak bagi kau peringatan. Ingat nama kitaorang. Han Jisung, Lee Felix, Jang Wonyoung, Ahn Yujin, Kim Seungmin, Yang Jeongin dan Lee Chaeyeon. Kalau kau masih nak balas dendam untuk adik kau tu. Kau akan terima apa yang Minju terima sebelum ni..." Kata perempuan yang tinggi tadi. Chaewon berdecit kecil sebelum mengambil bukunya semula.
" Haih... menyusahkan je aku kena ikat rambut aku. Aku tak kisah apa-apa... Dan jangan fikir aku senang untuk dibuli..." Kata Chaewon sebelum berlalu ke kelas. Felix yang kebetulan melihat leher Chaewon tiba-tiba berubah pucat.
Felix p.o.v
" Jomlah ke kelas. Lix, kau kenapa ni? Jom masuk ke kelas..." Ajak Han perlahan. Felix masih tak bergerak. Dia berpusing ke arah rakan-rakannya. Mukanya masih pucat.
" Korang nampak tak? Ada ukiran naga dengan bunga ros kat leher dia... Korang tak nampak tadi?" Soal Felix semula. Itulah penyebab mukanya menjadi pucat. Tatu tu mengingatkan dia kepada seseorang. Lelaki yang pernah hampir membunuh abangnya kerana abangnya tak sengaja terlanggar lelaki itu. Di lengan lelaki itu ada tatu sama seperti yang ada di leher Chaewon walaupun dia tak nampak hampir semuanya.
" Alah kau mungkin salah nampak tu. Tak mungkin lah pelajar ada tatu. Jom ke kelas. Habis kita kalau Sir dah masuk kelas..." Ajak Chaeyeon. Felix mengangguk. Ya kot... Dia mungkin salah nampak je tadi.
" Jomlah ke kelas..."
-------
Hospital,
Wad Minju,
" Min... Aku datang melawat kau ni... Eoh? Auntie!!" Chaewon yang mulanya terkejut melihat tetamu di wad minju tersenyum melihat sepupu dan adik ayahnya yang ada di dalam bilik itu. Dia meletakkan makanan yang dibawa untuk Minju sebelum memeluk Yena.
" Kamu dah besar Chaewon... Dulu auntie rasa kamu masih kecik je... Makin cantik..." Puji Yena perlahan. Chaewon tersenyum kecil sebelum melihat ke arah sepupunya dan memeluk Yuri perlahan.
" Hai bakal kakak ipar. Sihat? Kenapa abang tak ikut sekali?" Soal Chaewon mengusik Yuri perlahan. Yuri tergelak kecil sebelum menepuk bahu Chaewon. Dia dan Hyunjin sekarang bertunang. Belum sampai lagi masa untuk berkahwin. Mereka dah 2 tahun masih bertunang. Chaewon selalu sangat memanggilnya sebagai bakal kakak ipar.
YOU ARE READING
REVENGE
RandomSETELAH MINJU DAN CHAEWON TERPISAH DENGAN BEGITU LAMA APABILA CHAEWON TERPAKSA MENJAGA NENEK DAN ATUK MEREKA DI LUAR NEGARA, AKHIRNYA KEMBAR KEMBALI BERSATU APABILA CHAEWON DIKHABARKAN YANG MINJU MASUK KE DALAM HOSPITAL SETELAH HAMPIR MEMBUNUH DIRIN...