Minju p.o.v
" Kenapa Abang gila sangat jemput semua budak dalam kelas kita eh, Min? Abang hilang akal ke apa?" Soal Chaewon perlahan memandang satu persatu tetamu yang datang untuk menghadiri majlis perkahwinan Hyunjin dan Yuri. Kebanyakan yang datang adalah pelajar dari sekolah mereka dan 4 daripada 7 pembuli Minju pun datang.
" Abang kan macam kau juga. Kadang-kadang tak betul sangat..." Balas Minju senang. Chaewon menampar bahu adiknya perlahan sebelu tergelak kecil. Merek hanya perhati satu persatu tetamu dari balkoni yang terdapat di bilik Chaewon.
" Hehehe... Jom ke bawah. Tu Mummy dah panggil. Jom ke bawah..." Ajak Chaewon. Kedua-dua gadis itu pantas turun ke bawah mendapatkan ibu mereka. Mungkin nak kena temankan Yuri ke, nak tolong apa-apa ke...
" Mummy perlukan bantuan kami berdua?" Soal Minju perlahan. Eunbi mengangguk dan memberikan sehelai kertas berisi nama tetamu yang hadir pada hari ni.
" Kamu check satu persatu nama kat sini. Pastikan orang yang takde nama kat sini takde kat majlis ni. Kamu tahulah kan, keadaan akan jadi huru hara kalau ada sesiapa buat kacau kat majlis ni. Pastikan tau. Jangan sampai ada yang terlepas." Pesan Eunbi sebelum Chaewon mengambil helaian senarai tetamu yang datang itu. Mereka membaca dengan laju satu persatu nama sebelum Minju bersuara.
" Minho Oppa takde pun, Mummy?" Kata Minju setelah habis membaca senarai sampai ke bawah sekali.
" Yalah... Uncle dengan Auntie pun takde juga..." Celah Chaewon pula. Eunbi mengangguk sebelum tersenyum kecil.
" Memang lah takde. Mereka memang wajib kat sini. Yang tu tak payah check pun. Tapi kat situ, ada ahli keluarga Minho sekali datang. Nanti kamu kena check juga..." Balas Eunbi senang sebelum berlalu kerana suaminya memanggil dirinya. Belum sempat kedua-dua anaknya nak pergi, Minho mengangkat tangan memanggil Minju ke sana. Minju memandang ke arah Chaewon.
" Kau pergilah. Aku pergi buat seorang diri je pun boleh... Tak ramai pun tetamu. Mungkin Minho nak kenalkan kau kat family dia..." Kata Chaewon yang sedar dengan pandangan Minju yang bertanya kepadanya. Minju tersenyum dan memeluk Chaewon perlahan sebelum berlari ke arah Minho. Dia tersenyum manis melihat lelaki dan perempuan separuh baya yang berada berdekatan dengan Minho.
YOU ARE READING
REVENGE
RandomSETELAH MINJU DAN CHAEWON TERPISAH DENGAN BEGITU LAMA APABILA CHAEWON TERPAKSA MENJAGA NENEK DAN ATUK MEREKA DI LUAR NEGARA, AKHIRNYA KEMBAR KEMBALI BERSATU APABILA CHAEWON DIKHABARKAN YANG MINJU MASUK KE DALAM HOSPITAL SETELAH HAMPIR MEMBUNUH DIRIN...