Chaewon p.o.v
Kelas yang mulanya huru hara terdiam apabila melihat Miss Choi memasuki kelas bersama Chaewon di belakangnya. Mereka bukan terkejut melihat Miss Choi namun terkejut melihat gadis di belakang Miss Choi. Sekilas tengok hampir seiras dengan Minju, dua kilas takde nampak macam Minju.
" Selamat pagi kelas. Semua boleh duduk. Baiklah hari ni kita ada murid baru. Sila perkenalkan diri kamu." Arah Miss Choi. Chaewon memandang semua pelajar kelas itu sebelum mengukir senyuman sinis.
" Bang Chaewon. Call me Chaewon. Oh, sebelum lupa. Saya kakak kembar Minju. Siapa yang selalu buli Minju, selamat datang ke dunia saya..." Kata gadis itu tenang tanpa rasa gentar atau takut. Seisi kelas terdiam mendengar kata-kata Chaewon. Miss Choi mengarahkan supaya Chaewon mengambil tempat duduk bersebelahan dengan meja kosong kepunyaan Minju. Langkah Chaewon terhenti apabila secara tiba-tiba seorang lelaki meletakkan kaki di tempatnya berjalan. Dia mengangkat muka memandang lelaki itu.
" Apahal? Jalan je lah... Bukannya aku halang kau berjalan pun kan?" Soalan lelaki itu membuatkan Chaewon mencebik kecil. Dia memijak kaki lelaki itu sebelum sambung berjalan ke tempat duduknya meninggalkan lelaki yang mengaduh kesakitan apabila kakinya dipijak oleh gadis itu.
" Seteruk macam ni kau kata kau masih okey adik? Kenapa kau berahsia macam ni dengan kembar kau sendiri Bang Minju?" Gumam Chaewon sendirian melihat tulisan dan contengan pelbagai benda teruk di meja Minju. Dia sumpah dia akan ingkar arahan Daddynya kali ni. Dia akan cari dan balas dendam atas kesengsaraan adiknya di sekolah.
----------
Di Hospital,
Minju p.o.v
" Mummy, mana Chae? Chae merajuk dengan Min ke sampai tak nak melawat Min lagi?" Soal gadis itu perlahan. Eunbi yang datang membawa makanan untuk anaknya menggelengkan kepala perlahan sebelum mengambil tempat duduk di sebelah katil Minju.
" Chae pergi ke sekolah kamu Min... Mummy dah cuba halang tapi kamu kenalkan kakak kamu tu macam mana? Ni dia tinggalkan nota untuk kamu. Makanan kamu hari ni pun dia yang buat. Kamu makan eh..." Minju mencapai nota yang dihulurkan ibunya sebelum membaca dengan perlahan. Tulisan tangan kakaknya.
Hei Min... Sorry Unnie tak dapat melawat kau hari ni. Balik sekolah nanti Unnie melawat kamu. Makan makanan yang Unnie sediakan ye.. Penat Unnie masak. Kalau tak habis, siap kau. Btw, I'm in your school. Don't worry. I will be fine.
Love, From your sister, Anna Bang Chaewon." Mummy benarkan Unnie masuk ke sekolah tu? Mummy macam mana kalau Unnie kena buli juga?" Soal Minju kerisauan. Eunbi tersenyum kecil sebelum mengusap kepala anaknya perlahan.
" Mummy dah cuba halang Min... Tapi tak berjaya. Chaewon masih dengan perangai keras kepalanya. Kan dia dah cakap dalam tu, jangan risau. Jadi kamu jangan risau ye... Fokus untuk sembuh semula je..." Balas Eunbi menenangkan anak bongsunya itu. Minju mengangguk nak tak nak. Dia membuka bekal yang diberi kakaknya sebelum bibirnya mengukir senyuman kecil.
" Betul ke Unnie buat semua ni? Macam tak percaya je... Unnie mana pandai masak..." Kata Minju perlahan. Eunbi tergelak kecil melihat reaksi anaknya melihat makanan yang dimasak kakaknya.
" Kamu jangan pandang rendah kat kakak kamu Min... Dulu, mungkin dia tak pandai. Tapi sejak duduk jauh dari Mummy dengan Daddy, kakak kamu makin pandai masak tau... Yang penting, kamu kena habiskan lah kalau tak nak tengok kakak kamu merajuk. Good luck my baby..." Minju terkedu. Banyak betul dia kena habiskan ni... Mummy biar betul?
Sementara itu,
Waktu rehat,
Chaewon p.o.v
Brak! Bunyi meja dilanggar mengejutkan hampir semua pelajar kelas yang sedang menikmati makanan masing-masing kecuali seorang pelajar yang masih menyuap makanan ke dalam mulutnya. Bento yang dibuatnya mesti dihabiskan kalau dia nak dapat tenaga secukupnya. Pelajar yang berlagak gangster itu berjalan sehingga tiba di hadapan Chaewon. Chaewon langsung tak mengangkat muka atau kelihatan gentar dengan pelajar di depannya itu.
" Woi! Kau Bang Chaewon kan? Kakak kembar Minju?" Soal pelajar lelaki itu namun tak menerima apa-apa respon dari kakak kembar Minju itu. Pelajar lelaki itu geram dan mengambil bekal Chaewon sebelum membalingnya ke lantai. Hampir tumpah semua makanan Chaewon. Chaewon menghentak chopsticknya di atas meja sebelum berdiri dari duduknya.
" Ya aku kakak kembar Minju! Apa masalah kau hah?!" Gadis itu bersuara tanpa rasa takut melihat pelajar lelaki di hadapannya.
" Apa masalah aku? Hei! Kau dah pijak kaki ahli aku tau. Aku nak kau minta maaf sekarang kalau tak... " Ayat lelaki itu berhenti di tengah jalan sambil memandang Chaewon. Chaewon mencebik kecil sebelum mendekatkan mukanya ke arah lelaki itu.
" Kalau tak apa? Apa kau nak buat? Buli aku macam kau buli adik aku? Buatlah kalau dapat. Aku tak akan minta maaf dekat dia atau dekat sesiapa pun!" Balas Chaewon tenang sebelum mengangkat sebelah keningnya mencabar lelaki itu.
" Kau!" Lelaki itu mengangkat tangan ingin memukul gadis itu namun Chaewon lebih cepat mengangkat kakinya menendang perut lelaki itu kuat. Berlakulah pergaduhan antara beberapa orang pelajar lelaki dengan Chaewon di dalam kelas itu sehinggalah akhirnya seorang cikgu meleraikan pergaduhan mereka.
" Kamu semua! Pergi ke bilik disiplin sekarang!" Arah guru itu. Di dalam bilik disiplin, Sir Seo yang diarahkan memerhatikan mereka sedikit terkejut. Empat pelajar lelaki yang memiliki kecederaan di diri mereka dan Chaewon yang hanya memilik sedikit kesan calar di pipinya.
" Kami tak tipu Sir! Memang dia pukul kami! Kami tak sentuh dia langsung!" Jawab pelajar bernama Han Jisung pada Sir Seo. Kawan-kawannya, Lee Felix, Kim Seungmin dan Yang Jeongin mengangguk tanda setuju dengan kata-kata Han. Sir Seo memandang Chaewon manakala gadis itu hanya mengangkat bahu tanda tak tahu.
" Saya tak kisah siapa mulakan pergaduhan ni. Yang saya tahu, saya bagi amaran dan jangan buat lagi. Saya lepaskan kamu semua dengan amaran. Kamu berempat boleh pergi tapi Chaewon kamu tunggu dulu!" Empat pelajar lelaki itu meninggalkan Chaewon bersama Sir Seo di dalam bilik disiplin.
" Kamu masuk sini nak belajar ke nak balas dendam Bang Chaewon?" Soal Sir Seo perlahan. Chaewon tersenyum kecil memandang Sir Seo.
" Alah Uncle ni... Buat-buat tak nampak jelah apa Chae buat boleh? Chae cuma nak cari pembuli Min je..." Balas Chaewon. Ya. Sir Seo ialah pak cik kepada Chaewon. Dia berkahwin dengan Bang Yena yang merupakan adik Chan. Selain menjadi cikgu, dia juga mempunyai kerja rahsia yang tidak diketahui sesiapa.
" Uncle tutup mata cuma untuk kali ni Chae... Jangan buat lagi, boleh? Kamu boleh balik kelas semula..." Chaewon mengangguk dan meninggalkan bilik disiplin meninggalkan Changbin yang sedikit pening dengan perangai anak buahnya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
YOU ARE READING
REVENGE
RandomSETELAH MINJU DAN CHAEWON TERPISAH DENGAN BEGITU LAMA APABILA CHAEWON TERPAKSA MENJAGA NENEK DAN ATUK MEREKA DI LUAR NEGARA, AKHIRNYA KEMBAR KEMBALI BERSATU APABILA CHAEWON DIKHABARKAN YANG MINJU MASUK KE DALAM HOSPITAL SETELAH HAMPIR MEMBUNUH DIRIN...