BAB 7

51 4 0
                                    

Chaewon p.o.v

" Aku nak ke tandas sekejap..." Kata Minju secara tiba-tiba apabila mereka berdua sedang menyiapkan kerja sekolah yang masih belum siap. Kedua-duanya masih ada di sekolah walaupun waktu pelajaran dah pun tamat. Chaewon menahan lengan Minju sebelum Minju beredar ke tandas.

" Nak aku teman ke? Kau kan tak berapa berani sangat nak pergi tandas seorang..." Soal Chaewon perlahan. Minju menggelengkan kepala. Chaewon ni sangat suka buat dia macam budak-budak lagi. Pergi tandas pun kena berteman. Chaewon melepaskan tangan Minju akhirnya dan kembali fokus dengan kerja sekolahnya sehingga hari semakin gelap. Awan mendung diluar menunjukkan yang bila-bila masa je hujan akan turun. Dan Chaewon yang tersedar mula risau apabila kelibat Minju masih tak kelihatan. Dia meninggalkan barang-barangnya dan mula mencari Minju. Secara tiba-tiba, telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari Minho. Pantas dia mengangkat panggilan itu.

Chaewon: Minju ada kat Oppa ke? Tak jumpa dia ni... Dia pergi tandas tadi. Tapi sampai sekarang belum balik lagi...
Minho: Bilik sakit. Oppa jumpa dia pengsan tadi dekat dalam tandas. Datang sini tapi jangan terkejut tengok keadaan dia.
Chaewon: Okey...

Selesai je panggilan ditamatkan, Chaewon berlari menuju ke bilik sakit. Tapi di dalam perjalanan, kakinya terhenti apabila mendengar suara orang menyebut nama Minju di salah sebuah kelas kosong. Dia mendekatkan telinga untuk mendengar apa yang orang di dalam bilik itu bualkan tentang Minju.

" Kau tak takut ke apa yang Chaewon akan buat kat kau lepas tahu kau buli adik dia lagi?" Soal satu suara lelaki. Chaewon kenal suara itu. Suara yang paling senang nak kenal. Kim Seungmin. Satu suara tergelak selesai Seungmin berkata.

" Aku tak kisah dan tak takut. Dia perempuanlah.. Apa yang dia boleh buat? Lagipun, kalau dia berani nak tumbuk aku, aku saman dia. Bapak aku kaya, apa aku nak kisah?" Jawab suara kedua. Itupun Chaewon masih kenal. Lee Felix.

" Yalah... Apa yang dia boleh buat kalau kena saman dengan bapak Lix? Bapak dia mana kaya macam bapak Lix... Entah-entah keluarga diaorang tinggal kat tepi jalan je sebenarnya. Pura-pura kaya untuk berlagak datang ke sini... Banyak dah budak macam tu kat sekolah ni, Seungmin..." Balas suara ketiga pula. Suara Han Jisung. Telinga Chaewon rasa panas mendengar orang mengata tentang ayahnya pula. Tak menunggu lama dia meluru masuk ke dalam kelas dan menepuk bahu Felix. Sebaik sahaja Felix memandang ke belakang, tangannya laju menumbuk tepat ke arah muka lelaki itu. Apabila Felix terbaring di tanah, dia mencangkung di sebelah Felix dan menarik kolar bajunya. Seungmin dan Han yang terkejut tak dapat nak buat apa-apa reaksi.

" Kau nak kutuk aku, silakan... Jangan libatkan ayah aku dan kembar aku, manusia. Aku tak kisah lah bapak kau orang paling kaya kat dunia sekalipun, aku tak takut untuk tumbuk kau kalau kau berani cederakan kembar aku, Lee Felix. Ini baru sikit tau. Aku tak tahu apa kau buat kat kembar aku, tapi kalau teruk... Kau akan dapat balasan yang lebih teruk dari ni. Faham?" Felix terpaku tak dapat nak jawab apa-apa. Chaewon melepaskan kolar baju Felix. Sebelum dia pergi, matanya memandang ke arah Han dan Seungmin.

" Mansion kitaorang terletak kat tepi jalan. Maksudnya, betullah kitaorang duduk tepi jalan kan? Tahniah Han Jisung... Kau betul." Sambungnya lagi sebelum berlalu keluar. Meneruskan perjalanan ke bilik sakit untuk melihat keadaan Minju. Sebaik sahaja tiba di bilik sakit, dia melihat Minho di sebelah katil Minju dan Minju yang masih tak sedarkan diri lagi.

" Oppa, macam mana Oppa jumpa Minju?" Itu soalan pertama yang ditanya Chaewon sebaik sahaja dia melihat keadaan Minju. Takde nampak teruk sangat. Cuma ada sedikit cedera kat hujung bibir Minju.

" Pengsan dalam bilik air. Bila dikejut, tak menjawab. Dan, tengok ni..." Minho menyelak selimut yang menutup badan Minju. Ada kesan tapak kaki kat seragam sekolah Minju. Chaewon menggenggam buku limanya. Geram. Nak aje dia pergi sana balik dan tendang tiga manusia itu. Tapi dia kena tahan lagi. Kalau Daddy tahu dia buat kerja kat belakang Daddy dia, mampus dia nanti... Kena kurung 2 minggu kat rumah tak boleh pergi mana-mana kecuali ke sekolah.

" Hah... Tak terkejut pun. Ingatkan lama sikit baru diaorang akan mulakan kerja semula, tak lama rupanya... Sekajap je dah terus buat kerja balik. Oppa, bawa kereta kan? Angkat Minju masuk kereta dululah... Chae ambil barang kitaorang kat kelas kejap." Kata Chaewon. Minho hanya mengangguk. Apabila melintas di depan kelas tadi, ketiga-tiga malaun yang membuli Minju tadi dah tak kelihatan. Baliklah tu. Dasar penakut.

----------

Di Rumah Keluarga Bang,

Chan p.o.v

" Chae, Daddy dapat call dari lawyer ada orang nak ajukan saman kepada Keluarga Bang Chaewon. Apa yang kamu buat sayang?" Hampir tersedak Chaewon mendengar suara Chan. Dia memandang ke Minju yang menunduk tak berhenti dan Hyunjin yang membuat muka dia tak nak masuk campur. Dasar abang tak guna. Dia memandang ke ibunya pula yang mengelak nak memandang ke arahnya.

" Chae tumbuk muka anak dia kot..." Kata Chaewon dengan perlahan mengharap ayahnya tak mendengar. Malangnya untuk dia, Chan mendengar segala-galanya yang dia cakap. Chan mengeluh perlahan.

" Tapi, apa yang Chae buat tu betul kan? Daddy sendiri nampak macam mana keadaan Minju masa balik kan? Itu kerja diaorang lah... Minho Oppa sebagai saksi kejadian..." Sambung Chaewon lagi. Chan mengeluh sekali lagi.

" Tak salah Chae... Tapi, kamu buat dalam kawasan sekolah. Itu yang salah. Kamu boleh kena denda atau kena tatatertib. Lagi-lagi kalau sekolah macam Minju tu tau... Silap-silap lagi teruk kamu boleh kena... Sebab tu Daddy suruh kamu kawal emosi kamu, Chae... Benda ni bukan benda biasa. Kalau kat luar sana, ya. Benda ni dah biasa. Paling teruk kena pun detention. Kat sini tak Chae... Daddy bukan ada selama-lamanya nak cover kamu. Kalau kamu tak pandai nak jaga diri sendiri, macam mana Daddy nak harapkan kamu jaga Minju?" Bebel Chan pada Chaewon. Sungguh dia tak tahu macam mana lagi nak buat dengan anak perempuan dia ni. Degilnya lain macam. Minju sebagai anak bongsu pun tak sedegil dia. Ke dia degil ni sebab dia anak kedua?

" Daddy jangan marah Chae... Ni Semua salah Minju. Minju yang lemah sangat tak dapat lawan diaorang semua..." Kata Minju perlahan sebelum meletakkan garfunya di atas pinggan miliknya.

" TAK!" Bahunya terhenjut kerana terkejut apabila semua ahli keluarga menjerit kepadanya supaya jangan menyalahkan dirinya sendiri. Terpaku Minju apabila dijerit sebegitu.

" Min jangan salahkan diri Min... Min kuat. Min boleh tahan semua pembulian tu sampai hari ni, that's mean you are strong enough. Dan Daddy tak marah Chae, Daddy cuma nasihat Chae je.. Kan Daddy?" Chan mengangguk mendengar kata-kata Chaewon. Minju memandang Chan dengan mata bulatnya bertanya kalau Daddy marah akan kakaknya.

" Ya sayang... Daddy tak marah Chae. Daddy cuma cakap je. Min jangan sedih eh. Macam yang Chae cakap. Min kuat. Daddy tahu anak Daddy semua kuat! Daddy takkan denda Chae. Dan Daddy akan settlekan semua benda ni. Cuma lepas ni, Min jangan berjauhan dengan Chae lagi okey?" Minju mengangguk mendengar kata-kata ayahnya. Mereka semua lega apabila Minju mula makan semula. Tinggal menyelesaikan masalah Chaewon dan saman ni je lagi...

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
REVENGEWhere stories live. Discover now